Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN (bpn.hasil.gov.my)

Sejak tengah malam 1 April 2020, ramai rakyat Malaysia yang mencari-cari cara login Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk buat permohonan  bantuan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Sila ambil maklum bahawa ini adalah panduan login bagi BPN 1.0 yang lama. Untuk kemaskini terbaru, sila rujuk cara login BPN 2.0 yang baru.

Ramai yang kecewa kerana aliran trafik yang tinggi hingga menyebabkan ia tidak boleh dicapai.

Andai kata sudah kurang sesak, boleh ikuti cara untuk log masuk BPN seperti di bawah.

Selepas berjaya login dan mohon, jangan lupa buat semakan BPN, samada permohonan diterima atau tidak dan pembayaran duit sudah masuk akaun atau belum.

Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.

Cara login Bantuan Prihatin Nasional

Ada beberapa link yang anda boleh cuba untuk cuba log masuk BPN

Log masuk melalui hasil.gov.my

  1. Layari hasil.gov.my
  2. Lihat baris yang pertama
  3. Klik BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
  4. Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my

 

Log masuk melalui bsh.hasil.gov.my

  1. Layari bsh.hasil.gov.my
  2. Lihat bahagian atas sekali, iaitu tulis Bantuan Prihatin Nasional
  3. Klik https://bpn.hasil.gov.my
  4. Anda akan dibawa ke bpn.hasil.gov.my

 

Login Bantuan Prihatin Nasional melalui bpn.hasil.gov.my

Jika anda cuba log masuk melalui hasil.gov.my dan bsh.hasil.gov.my, pautan yang sebenar-benarnya ialah bpn.hasil.gov.my juga.

Untuk menentusahkan bahawa laman BPN yang anda cuba masuk adalah yang sah, pastikan anda nampak paparan seperti di bawah.

  1. Layari portal rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang carian
  5. Ruangan CAPTCHA akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara CAPTCHA yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semakan yang akan dipaparkan:
    • Jika status LULUS: Anda layak untuk terima duit BPN. Tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIDAK LULUS: Anda tidak layak untuk terima duit BPN. Juga tidak perlu buat apa-apa.
    • Jika status TIADA REKOD:  Anda layak untuk terima duit BPN. Anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional
  10. Sebarangkan persoalan tentang status lulus atau tidak, sila hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN untuk kepastian dan maklumat lanjut

 

Siapa yang PERLU login & memohon BPN?

Berikut ialah ringkasan mengenai golongan yang PERLU buat permohonan dan login Bantuan Prihatin Nasional.

Jika anda BUKAN golongan di bawah, tidak perlu buat permohonan.

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah terima BSH sebelum ini

 

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini

 

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

  • Jika ada berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

Semoga penerangan mengenai cara mohon Bantuan Prihatin Nasional di atas jelas.

 

 

Tak boleh login Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Jika anda tidak boleh masuk ke pautan yang diberi, kami sarankan anda hubungi nombor telefon seperti berikut yang khusus untuk pertanyaan mengenai BPN:

Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia

Nombor telefon

  • 03-8882 9089
  • 03-8882 9087
  • 03-8882 9191
  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Email

Waktu operasi 24 jam

 

Telegram

 

Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nombor telefon

  • 1-800-882-747
  • 03-8911 1000

Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang

Ahad – Jumaat

 

Akhir kalam

Usah risau jika tidak dapat login Bantuan Prihatin Nasional.

Kemungkinan besar sistem tidak dapat dicapai kerana terlalu ramai yang cuba login dalam satu-satu masa.

Sila bawa bertenang dan cuba lagi.

Jika boleh login, jangan lupa kemaskini BPN.

Akhir sekali, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila ambil maklum dengan tarikh bayaran BPN untuk Fasa 1 & Fasa 2; dan juga cara pembayaran BPN.

Semoga bermanfaat.

61 thoughts on “Cara Login Bantuan Prihatin Nasional BPN (bpn.hasil.gov.my)”

    • sy pernah dapat brim awal2 dlu sebnyak 2x lpas tu dihentikan.. utk kategori bpn ni sy mmg layak tapi bagaiqmana salurkan dana jika no akaun belum update.

      Reply
    • Pembayaran sekiranya:

      Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
      Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
      Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

      Reply
  1. Nak tembus pun susah. Saya pernah menerima BRIM dulu sebanyak 2 kali. Selepas itu saya dikira tidak layak. Sekarang nak tahu status terkini saya.

    Reply
    • Assalamu ‘alaikum..
      AWAL Tahun 2019 saya PERNAH menerima BSH, kini ingin tahun
      Buat Semakan Status kelayakan
      Sama LAYAK menerima BPN

      Reply
      • Pembayaran sekiranya:

        Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
        Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
        Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

        Reply
  2. Saya cuba semua cara untuk log in BPN untuk buat pemohanan, tapi langsung tidak dapat. Jadi i nak minta tolong bagaimana saya boleh buat pemohonan? Sila tolong?

    Reply
  3. 1. Saya pernah dapat brim awal2 dlu sebnyak 2x lpas tu dihentikan.. utk kategori BNP ni saya mmg layak tapi bila semak, “Tada Rekod, Sila Buat Permohonan di Butang Permohonan Baru” dan saya buat baru tapi tiada jawapan dalam proses atau apa2 jwp… Harap ada maklum balas

    2. Anak saya permohonan BNP dia lulus tapi no. akaun bank tidak aktif lagi. Jadi bagaimana tindakan selanjutnya

    Reply
  4. Saya telah berjaya menghantar permohonan baru. Tetapi salah isi bahagian tarikh perkahwinan yang sepatutnya adalah tarikh penceraian.
    Saya telah masukkan tarikh perkahwinan yang sepatutnya perlu tarikh penceraian.
    Bagaimana saya hendak edit atau kemaskini maklumat tersebut.

    Mohon tindak balas.

    Reply
  5. Sy dh login BPN, masalahnya sy x nmpk cara utk update akaun bank, ada mode Akaun Bank, tetapi x boleh klik n x boleh baca nombor akaun

    Reply
  6. SAYA TERSILAP EJAAN NAMA SAYA PADA BORANG PERHOHONAN?APA YANG PATUT SAYA BUAT.SEMOGA TUAN DAPAT MEMBANTU..PLEASE..

    Reply
  7. saya tersilap ejaan semasa mengisi nama saya pada borang permohonan.apa yang harus saya buat.saya tak jumpa bahagian kemaskini.semoga tuan dapat membantu

    Reply
    • saya nak kemaskini borang bpn pasal no. akaun dan nama bank perlu di masukkan.
      saya belum masuk lagi . tetapi permohonan saya telah lulus.
      macammana caranya puan.

      Reply
  8. Saya tersalah isi bahgian Pendapatan isi rumah dan suami adalah pencen dan tidak bekerja. Saya terklik tidak bekerja sepatutnya klik di Kerajaan kot. Mcm mana nk edit ya..

    TQ

    Reply
  9. kemas kini bahagian yg ditanda seruan iaitu tarikh perkahwinan dan type perkenalan pasangan tp dua2 betul tp masih disuruh kemaskini….dah knapa

    Reply
  10. saya semak status permohonan lulus rm 800 and account my bank tapi duit untuk fasa pertama pembayaran saya tidak terima. cmana tu ya.
    boleh bagi pencerahan??

    Reply
  11. Dengan segala hormatnya, saya ingin bertanya kenapa bayaran bpn yang kedua saya untuk bulan Mei masih belum dimasukkan ke akaun Maybank saya sehingga hari ini,
    Sekian, terima kasih.

    Reply
  12. Assalammualaikum.Bagaimana nak betulkan no akaun bank di status BPN. ?. .sbb,sye punya no akaun bank salah.sye nk perbetulkan no akaun bank sye di BPN.blh bantu sye tk.?

    Reply

Leave a Comment