Tol Percuma Tahun Baru Cina (CNY 2023)

Tol percuma sempena Tahun Baru Cina bakal menjadi kenyataan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bila Tarikh Tol Percuma CNY 2023?

Pemberian tol percuma pada semua jenis kenderaan pada 20 dan 21 Januari 2023 ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya di Malaysia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa inisiatif ini akan bermula pada jam 12.00 tengah malam, 20 Januari 2023 (Jumaat) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 21 Januari 2023 (Sabtu).

Inisiatif ini membabitkan belanja yang dianggarkan berjumlah RM40 juta.

Dengan pelaksanaan diskaun tol ini, diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya serta mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.

 

Kenapa Beri Tol Percuma Sempena Tahun Baru Cina 2023?

Pelaksanaan tol percuma ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan dalam menyambut kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina yang menjadi simbolik kepada titik permulaan dalam kehidupan masyarakat Cina setiap tahun.

Ini juga bertepatan dengan konsep Masyarakat Madani yang diilhamkan Perdana Menteri di dalam program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan baru-baru ini, di mana golongan sasaran bantuan kerajaan mestilah merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

Semua golongan yang memerlukan bantuan haruslah dibantu dengan sebaiknya tanpa mengambil kira perbezaan rupa dan warna kulit.

 

Patuhi Undang-Undang Semasa Memandu

Bukan itu sahaja, aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta.

Sementara itu, beliau turut menasihati pengguna untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi.

Ini kerana sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan perayaan yang amat penting bagi masyarakat Cina. Namun kaum-kaum lain seperti Melayu, India dan lain-lain juga mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga mereka.

Pendapat kami, pemberian tol percuma ini merupakan satu inisiatif yang baik dan dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat. Ia akan memudahkan perjalanan rakyat ke destinasi masing-masing dan memberikan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan saudara-mara pada masa perayaan Tahun Baru Cina.

Kami juga berharap agar pelaksanaan tol percuma sempena Tahun Baru Cina 2023 ini akan dapat meningkatkan kerpaduan dan keselamatan serta menyumbang kepada kemeriahan perayaan di negara ini.

Sumber: Berita Harian

Leave a Comment