Maksud Malaysia Madani (Slogan Baru Anwar Ibrahim)

Dalam pentadbiran yang berubah-ubah, setiap kerajaan mempunyai jenama atau slogan tersendiri. Kini, konsep Malaysia Madani yang diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan slogan Keluarga Malaysia yang digunakan pada era pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Bila Slogan Ini Diumumkan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amanat berkenaan “Membangun Malaysia Madani” yang secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari 2023, jam 11.30 pagi.

Beliau juga melancarkan sebuah buku yang diterbitkan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) yang berjudul “Membangun Negara Madani”.

Buku ini merangkumi pengalaman politik serta hasil pembacaan Anwar selama empat dekad, dimulai dari masa beliau sebagai mahasiswa hingga memimpin gerakan reformasi.

Anwar berharap dengan amanat yang akan disampaikan dan buku yang dilancarkan ini, rakyat Malaysia dapat memahami lebih lanjut mengenai konsep masyarakat madani yang diinginkan oleh kerajaan.

Ia juga diharapkan dapat menjadi tajuk perbincangan yang menyentuh isu-isu seperti dasar, isu kemampanan ekonomi dan ihsan serta mewujudkan sifat penyayang dalam masyarakat Malaysia.

 

Apa Maksud Malaysia Madani?

Apakah maksud “madani“?

Sekiranya kita merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), madani membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

Semua orang tahu bahasa Malaysia ialah negara kita yang tercinta. Namun, secara kolektifnya, ia boleh dianggap sebagai masyarakat.

Jadi, apa pula maksud “masyarakat“?

Merujuk kepada DBP sekali lagi, masyarakat pula membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama.

Jadi, jika kita menggabungkan perkataan masyarakat dan madani, dengan mudah kita dapat menyimpulkan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahukan kita semua sebagai kumpulan manusia yang tinggal di Malaysia untuk terus maju dari segi pemikiran, kerohanian dan juga kebendaan.

Terma “masyarakat madani” yang mungkin lebih mudah difahami dalam Bahasa Inggeris dipanggil “civil society“.

Istilah “masyarakat madani” diterjemahkan dalam bahasa Arab sebagai “kota atau peradaban” dan dikaitkan dengan kota suci umat Islam Madinah.

 

Apa Sebenarnya Konsep Malaysia Madani?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan konsep “Malaysia Madani” sebagai satu langkah untuk mengangkat semula martabat negara dan memperolehi semula kehormatan sebagai negara yang makmur berdasarkan enam teras utama.

 

Apa Kerangka Malaysia Madani?

“Madani” merupakan kerangka dasar yang terdiri daripada enam tonggak dasar iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakiman dan Ihsan.

Konsep ini menyentuh pencorakan masa depan, penuh dengan potensi rakyat dan negara. Ini adalah dasar untuk memperkukuhkan lapan keperluan yang telah ditentukan iaitu Ekonomi, Kewangan, Perundangan, Pendidikan, Kemasyarakatan, Budaya, Bandar dan Luar Bandar.

 

Apa Keutamaan Dalam Konsep Ini?

Tiga keutamaan utama yang ingin dicapai dengan konsep “Malaysia Madani” adalah membasmi kemiskinan, mengubah suai semula ekonomi dan memulihkan dan menjana ekonomi.

Dalam masyarakat Malaysia, konsep Malaysia Madani diwujudkan kerana kerajaan komited ingin menjaga rakyat daripada konflik perkauman dan melawan usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.

Dalam pendidikan, konsep ini mencadangkan untuk menghapuskan dasar yang menyusahkan guru dan pelajar, serta menerapkan pemikiran kritis dan kreatif. Fokus pembangunan sahsiah atau ‘character development‘ juga akan diberi perhatian. Konsep ini juga ingin menggerakkan pemodenan sistem universiti dan mewujudkan ijazah yang berkaitan dengan industri dengan fokus kepada teknologi baharu.

Dalam isu alam sekitar, Malaysia Madani bertekad untuk mencapai net-zero green house emissions pada tahun 2050 dan melaksanakan komitmen berdasarkan pendekatan holistik dan tidak silo.

Dalam isu tenaga, konsep ini ingin menggerakkan peralihan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga hijau dan memupuk ekonomi hijau melalui komitmen penuh daripada sektor awam dan swasta.

Dalam isu perundangan, Malaysia Madani ingin menubuhkan undang-undang yang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan negara.

Dalam isu cukai, konsep ini mencadangkan untuk memperkenalkan cukai kemampanan yang merangkumi aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial dan isu-isu khusus di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Dalam isu teknologi pula, Malaysia Madani ingin menggerakkan sektor pembuatan yang berdasarkan prinsip daya cipta. Konsep ini juga ingin menyediakan negara untuk menghadapi kerancakan revolusi industri dan teknologi pertanian. Pasaran kerja akan berubah dengan penggunaan Artificial Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, dan kecerdasan buatan. Negara juga harus siap sedia untuk menghadapi tsunami digital dengan kedatangan teknologi baru.

Dalam isu kemajuan desa, Malaysia Madani ingin menubuhkan pusat luar bandar dan pusat universiti yang memberi fokus kepada penyelidikan dalam aspek Pertanian 4.0 dan daya cipta pertanian moden. Konsep ini juga ingin meningkatkan daya cipta pertanian moden dan pertanian pintar berdasarkan teknologi.

Dalam isu institusi, Malaysia Madani ingin menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi yang akan memberi fokus kepada penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan enam teras utama konsep ini.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan Malaysia Madani ini menjawab persoalan anda berkenaan bahasa bombastik yang digunakan oleh Perdana Menteri kita, Anwar Ibrahim.

Secara keseluruhannya, konsep “Malaysia Madani” adalah satu usaha yang konsisten untuk mengangkat semula martabat negara dan memperolehi semula kehormatan sebagai negara yang makmur dan sejahtera melalui enam teras utama yang digariskan.

Usaha ini akan dilaksanakan melalui lapan keperluan yang telah ditentukan dan tiga keutamaan utama yang ingin dicapai.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Malaysiakini dan Astro Awani

Leave a Comment