Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan Besar (SPM & PT3)

Siapa yang tidak mahu straight As bukan? Namun, tidak semudah itu. Kita perlu ikut orang yang sudah membuktikannya. Maka tips untuk berjaya dalam peperiksaan besar ini datangnya dari seseorang yang telah melaluinya sendiri.

Ini bukanlah omongan kosong. Tips untuk berjaya dalam SPM ini dikongsikan sendiri oleh Nadiah, ihsan dari Utusan.

Walalupun perkongsian ini tahun 2007, ia masih lagi relevan. Kami kupaskan apa antara tips dan amalan beliau.

Tips untuk berjaya dalam peperiksaan

Cuba ikuti cara pembelajaran beliau seperti di bawah.

Fokus pada mata pelajaran yang penting dulu

Beri penekanan yang lebih kepada mata pelajaran utama atau penting.

Namun, penekanan kepada mata pelajaran penting juga boleh diubah sekiranya dirasakan perlu. Jangan fokus pada mata pelajaran yang tidak penting

 

Beri tumpuan dalam kelas

Bemberikan tumpuan ketika berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan guru-guru.

 

 Untuk berjaya dalam peperiksaan, tidur awal

Jangan berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih bagus, masuk tidur tepat jam 11 malam.

 

Amalkan solat tahajjud

Bangun lebih awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat sunat dan menghafal al-Quran sambil menunggu waktu solat subuh. Kemudian baru bersiap-siap ke sekolah.

 

Hafal Al-Quran

Tips untuk berjaya dalam peperiksaan yang seterusnya ialah dengan cuba hafal Al-Quran.

Pasti anda tertanya-tanya, “Apa kaitan?”.

Membaca dan menghafal kitab Al-Quran merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan mudah membuat hafalan dalam pelajaran.

Cubalah hafal Al-Quran dan jadikan amalan harian, walaupun dilakukan secara sedikit demi sedikit.

Antara surah pilihan yang bagus ialah Yasin, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Sajdah, Al-Waqiah dan Luqman. Simpanlah cita-cita untuk menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran kerana ia mampu memberi ketenangan dan menguatkan ingatan.

 

Dengar lagu nasyid

Mendengar lagu-lagu nasyid yang sesuai untuk membentuk jiwa seseorang menjadi lembut. Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi keras

 

Jangan suka meniru

Tips untuk berjaya dalam peperiksaan yang seterusnya ialah jangan suka tiru orang lain.

Sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu akan mundur. Bimbang bila suka sangat meniru kerja orang lain, pelajar akan jadi kurang yakin dan tidak dapat menjawab dengan baik.

 

Untuk berjaya dalam peperiksaan, jangan ada boyfriend / girlfriend

Teman lelaki atau teman wanita istimewa tidak perlu ketika masih di bangku sekolah. Ini kerana tanggungjawab seorang pelajar adalah menuntut ilmu. Kasih sayang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai.

 

Sentiasa baca doa untuk berjaya dalam peperiksaan

Ini kami tambah sendiri. Tak guna belajar banyak-banyak, tapi tidak berdoa pada Allah.

Ingat, kejayaan itu adalah kurniaan dari Allah.

 

Akhir kalam

Jangan lupa usaha dan bertawakkal pada Allah.

Nampak tak, semua tips untuk berjaya dalam SPM di atas, langsung tidak ada kaitan dengan SPM. Ia lebih kepada membentuk keperibadian seseorang.

Benarlah, tiada jalan pintas untuk berjaya. Jika akhlak baik, maka kebiasaannya pendidikan dan pelajaran juga terjaga.

Selepas SPM, barulah merdeka. Barulah boleh beli no PIN UPU untuk mohon UPU bagi kemasukan matriks, dan seterusnya ke universiti.

Semoga berjaya dalam peperiksaan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan Besar (SPM & PT3)”

Leave a Comment