Cara Mohon UPU 2022 (Permohonan Online Untuk Lepasan SPM)

Selepas ambil keputusan SPM, kini pasti anda sibuk mencari informasi bagaimana cara mohon UPU secara online bukan? Usah bimbang, kami akan kongsikan cara daftar dan buat permohonan secara online di upu.moe.gov.my.

Permohonan UPU bagi lepasan SPM

Saban tahun kadar kemasukan pelajar ke universiti semakin meningkat. Ia merupakan suatu tanda aras kejayaan dalam pendidikan yang kerap diaplikasikan ke atas seseorang.

Universiti merupakan satu badan pendidikan formal yang membolehkan pelajar lepasan sekolah meneruskan pembelajaran dalam bidang yang lebih meluas dan matapelajaran yang lebih spesifik terhadap pencapaian matlamat sesuatu diploma atau ijazah tersebut.

Latihan kemahiran dan kepakaran pula kebanyakkannya ditawarkan oleh kolej kemahiran yang lebih melatih kepada praktikal.

Permohonan UPU MOE (Ministry of Education) adalah perkataan wajib bagi pelajar lepasan sekolah, guru dan ibubapa yang terlibat. Ia merupakan satu permohonan untuk meneruskan pelajaran ke universiti dan  kearah bidang yang dikehendaki.

Apakah UPU

UPU bermaksud Unit Pusat Universiti. Semua pelajar lepasan SPM/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan kenal dengan akronim ini.

UPU merupakan salah satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam(UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Insititut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Selain itu, UPU juga berperanan menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

 

Daftar UPU terlebih dahulu

Sebelum anda buat permohonan UPU, anda dimestikan untuk mendaftar akaun terlebih dahulu.

Kami akan kongsikan cara daftar UPU di sini.

Jika anda sudah buat pendaftaran, sila rujuk maklumat di bawah untuk membaca cara mohon UPU.

 

Cara mohon UPU 2020

Permohonan UPU 2020 terbahagi kepada beberapa kategori yang perlu diisi. Rujuk panduan di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Maklumat permohonan

  1. Sila login di laman UPU Online di sini: https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login
  2. Klik pautan Permohonan pada sebelah keri laman untuk memohon
  3. Isikan No Kad Pengenalan / Mykad
  4. Isikan juga No Kad Pengenalan / Mykad yang didaftarkan semasa pendaftaran peperiksaan SPM
  5. Pastikan nombor kad pengenalan adalah betul
  6. Masukkan No Unik ID.
  7. Jika anda masih lagi belum beli nombor pin, sila baca cara beli no pin UPU di BSN terlebih dahulu.
  8. Disarankan agar anda terus daftar & buka akaun BSN
  9. Pilih Program Pengajian
  10. Dalam kes ini, Program Pengajian ialah Lepasan SPM
  11. Pilih Kategori untuk kemasukan
  12. Sila klik dan rujuk pada pautan kategori di bawah untuk maklumat lanjut

 

Maklumat peribadi

Teruskan permohonan UPU dengan memasukkan maklumat peribadi. Sila masukkan semua ruangan yang bertanda bintang ( * ). Ia wajib diisi.

  1. Isikan No Kad Pengenalan / Mykad
  2. Isikan juga No Kad Pengenalan / Mykad yang didaftarkan semasa pendaftaran peperiksaan SPM
  3. Maklumat ini penting sekiranya No Kad Pengenalan / Mykad yang digunakan semasa pendaftaran peperiksaan berbeza dari No Kad Pengenalan sebenar.
  4. Isikan Alamat Surat Menyurat
  5. Sila pastikan alamat anda adalah betul.
  6. Sila ambil maklum, sebarang kesilapan pada alamat boleh menyebabkan anda gagal dihubungi.
  7. Isikan Bandar
  8. Isikan Poskod
  9. Isikan Negeri
  10. Masukkan maklumat tentang Telefon Rumah
  11. Masukkan maklumat tentang Telefon Bimbit / Telefon Bimbit Bapa/Ibu/Penjaga
  12. Wajib diisi salah satu
  13. Sila ambil maklum, maklumat ini adalah sebagai salah satu alternatif, sekiranya nombor pemohon tidak dapat dihubungi
  14. Isikan Alamat E-Mel
  15. Sila pastikan bahawa alamat email adalah sah dan masih aktif
  16. Isikan Tempat Lahir
  17. Isikan Taraf Perkahwinan
  18. Isikan Maklumat Kurang Upaya
  19. Pilih Tidak, jika anda bukan OKU
  20. Pilih Ya, jikan anda seorang OKU
    • Pilih Jenis Ketidakupayaan 1
    • Pilih Jenis Ketidakupayaan 2
    • Jenis Ketidakupayaan 2 tidak boleh sama dengan Jenis Ketidakupayaan 1
    • Hanya boleh diisi jika anda mempunyai kelainan upaya yang lain
    • Jika ketidakupayaan anda tidak tersenarai, sila tulis
    • Masukkan No Pendaftaran OKU
    • Jelaskan Keterangan Ketidakupayaan.
    • Rujuk contoh yang diberikan

 

Maklumat keluarga

Selain maklumat peribadi, langkah permohonan UPU yang seterusnya ialah memasukkan maklumat keluarga.

  1. Isikan No Kad Pengenalan / Mykad / Passport Bapa / Penjaga
  2. Sila masukkan  No Kad Pengenalan / MyKad / Passport tanpa tanda dash ‘-‘.
  3. Contohnya, jika kad pengenalan 790101-01-5555,  masukkan 79001015555
  4. Untuk makluman, no kad pengenalan ada 12 aksara
  5. No passport ada 10 aksara
  6. Pilih Pertalian Bapa / Penjaga dengan Calon
  7. Pilih maklumat pertalian dengan calon dari senarai yang disediakan.
  8. Isikan No Pendaftaran OKU Bapa / Penjaga
  9. Jika bapa / penjaga bukan OKU, tidak perlu isi
  10. Jika bapa / penjaga adalah OKU, isikan seperti apa yang tertera pada kad OKU
  11. Isikan No Kad Pengenalan / Mykad / Passport Ibu / Penjaga
  12. Sila masukkan  No Kad Pengenalan / MyKad / Passport tanpa tanda dash ‘-‘.
  13. Contohnya, jika kad pengenalan 790101-10-4444,  masukkan 79001104444
  14. Untuk makluman, no kad pengenalan ada 12 aksara
  15. No passport ada 10 aksara
  16. Pilih Pertalian Ibu / Penjaga dengan Calon
  17. Pilih maklumat pertalian dengan calon dari senarai yang disediakan.
  18. Isikan No Pendaftaran OKU Ibu / Penjaga
  19. Jika ibu / penjaga bukan OKU, tidak perlu isi
  20. Jika ibu / penjaga adalah OKU, isikan seperti apa yang tertera pada kad OKU
  21. Isikan Tempat Tinggal
  22. Isikan Tanggunan Keluarga
  23. Masukkan Jumlah Pendapatan Keluarga
  24. Ini adalah jumlah pendapatan seluruh ahli isi rumah, iaitu campuran pendapatan ibu dan bapa
  25. Contohnya, jika pendapatan bapa ialah RM3000 dan pendapatan ibu ialah RM2000; jumlahnya ialah RM5000

 

Maklumat akademik

  1. Tidak perlu buat apa-apa
  2. Angka giliran dan tahun anda ambil SPM anda dipaparkan secara automatik

 

Maklumat pilihan

Langkah permohonan UPU yang seterusnya ialah dengan membuat pilihan program.

Ini adalah bahagian yang paling sukar dan kritikal. Sila berbincang dengan ibu-bapa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Ada baiknya, untuk berhubung dengan pihak kaunselor di sekolah untuk mendapatkan bimbingan.

Anda wajib mengisi 6 (Enam) Pilihan Program mengikut keutamaan.

Senarai pilihan program terdiri daripada Universiti Awam, Matrikulasi, Intituti Pendidikan Guru (IPG) dan Intitut Latihan Kemahiran Mara (ILKA).

  1. Tidak perlu buat apa-apa
  2. Sekiranya senarai pilihan anda mempunyai pilihan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, anda wajib mengisi maklumat berat dan tinggi

 

Maklumat penyata

  1. Anda perlu pilih di bahagian, Adakah anda bersetuju untuk menerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTPN
  2. Jika anda bersetuju, pilih Ya. Jika tidak, pilih Tidak
  3. Anda juga perlu pilih di bahagian, Adakah anda akan mengemukakan permohonan ke agensi lain selain Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)?
  4. Jika anda bersetuju, pilih Ya. Jika tidak, pilih Tidak
  5. Dan anda juga perlu pilih di bahagian, Adakah anda bersetuju untuk membenarkan data peribadi anda dibekalkan untuk kegunaan Kementerian Pendidikan Malaysia?
  6. Jika anda bersetuju, pilih Ya. Jika tidak, katakan Tidak
  7. Akhir sekali, di bahagian Bagaimanakah anda mengetahui tentang UPUOnline, pilih yang mana satu yang berkenaan

 

Maklumat pengesahan

Ini adalah bahagian yang paling akhir sekali. Sebelum pergi ke bahagian ini, pastikan semua maklumat dan pilihan yang dibuat adalah tepat, betul dan muktamad.

  1. Sila baca di ruang Peringatan untuk membaca segala terma dan syarat
  2. Selepas itu, sila klik Saya Setuju pada ruangan Pengesahan
  3. Butang Sah & Hantar akan diaktifkan
  4. Klik butang Sah & Hantar untuk menghantar permohonan UPU

 

Slip permohonan

Cara mohon UPU ini tidak lengkap tanpa bukti dan slip penerimaan.

  1. Selepas menghantar permohonan UPU, anda anda menerima mesej “Terima Kasih! Permohonan ANDA telah selemat diterima oleh sistem. Pastikan anda mencetak atau muat turun slip permohonan kemasukan pelajar sebagai rujukan. Klik butang di bawah untuk cetak atau simpan slip permohonan kemasukan pelajar”
  2. Klik Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk print dan simpan untuk rujukan akan datang
  3. Klik Muat Turun Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk download dan simpan untuk rujukan akan datang
  4. Selepas buat permohonan UPU, tiada had yang ditetapkan untuk kemaskini maklumat permohonan
  5. Anda masih lagi buat kemaskini sebelum tarik tutup
  6. Transaksi permohonan yang terakhir akan dikira sebagai permohoan sebenar.
  7. Permohonan UPU online 2020 anda kini sudah selesai

 

Akhir kalam

Kami harap, dengan perkongsian cara mohon UPU ini akan memudahkan permohonan anda.

Semakan keputusan UPU akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, carilah kerja sambilan seperti jadi Grabfood rider dan Foodpanda rider untuk mengisi masa lapang dan menambah pendapatan.

Jangan lupa berdoa juga.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Mohon UPU 2022 (Permohonan Online Untuk Lepasan SPM)”

  1. hi . saya nak tanya , apa maksud Adakah anda akan mengemukakan permohonan ke agensi lain selain Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA)?
    saya tidak faham soalan ini . boleh jelaskan dengan lebih terperinci ? terimakasihh

    Reply

Leave a Comment