8 Tips Kemas Rumah Yang Bersepah Dengan Mainan (Jangan Stress!)

Orang yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, rumah yang tunggang langgang itu biasa. Namun, jangan jadikan ia satu tiket untuk tidak kemas langsung. Kami faham, ia sangat memenatkan. Jadi, untuk memudahkan urusan anda dalam mengemas, izinkan kami berkongsi tips kemas rumah bersepah yang tidak guna banyak tenaga.

Jangan stress-stress. Izinkan kami berkongsi.

Tips kemas rumah bersepah dengan mainan

Tips ini adalah khusus untuk ibu-bapa muda yang hidupnya sudah menjadi tidak teratur kerana kerenah anak-anak. Antara cara kemas rumah yang efektif dan berkesan adalah seperti di bawah:

1. Ajak anak kemas mainan sama-sama

NBCNews ada kata, kanak-kanak mungkin tak boleh mengemas dan membersihkan rumah. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi boleh tolong. Mungkin tidak sebersih mana, tapi ia sekurang-kurangnya akan menerapkan akhlak dan habit yang baik. Ajak sahaja mereka tolong kita, bersih atau tidak itu perkara kedua.

Dalam bab ini, ibu-bapa tak boleh jadi malas. Walaupun anak yang sepahkan barang seperti Lego, puzzle dan macam-macam lagi, ibu-bapa kena tolong sama-sama.

Bak kata Wonderpet, “Apa yang penting?” “Kerjasama”.

Mula-mula memang penat. Tapi lama-lama akan jadi biasa. Sambil-sambil kemas, nyanyilah lagu Didi & Friends. Mesti dia pun akan ikut menyanyi sama.

Jangan buat bersendirian, boleh jadi gila nanti. Penatnya lain macam.

 

2. Ugut nak buang toys dia

Cara ini selalunya berkesan kalau anak tersebut sayangkan mainan dia.

Mahu lebih drastik, bawa terus plastik sampah dan acah-acah isikan mainan dia dalam plastik sampah tesebut. Tengok dia mengelabah atau tidak.

Tapi ia akan jadi kurang berkesan kalau dia memang sengaja sepahkan dan tidak menghargai mainan yang dibeli.

Dalam kes ini, terpaksa guna cara lain iaitu mengemas bersama-sama.

 

3. Tunjuk cara kemas rumah & simpan mainan

Menyimpan juga ada caranya. Jangan main sumbat dalam almari. Tunjukkan kaedah yang betul kepada anak dalam bab menyimpan barang-barang mainan dia. Silap percaturan, dia akan baling dan menjadi jenis yang menyumbat asalkan boleh tutup pintu.

 

4. Ajar anak kemas bilik air, bukan mainan sahaja

Bukan setakat mainan sahaja, anak-anak perlu diajar untuk mengemas bilik air.

Ingatkan anak-anak supaya memastikan membasuh bersih permukaan lantai tempat mandi daripada sebarang kesan sabun. Biarkan dia masuk dalam bilik air dan main sabun. Namun, jangan tinggalkan dia bersendirian.

Ajar anak agar membersihkan tumpahan ubat gigi atau buihnya dari permukaan sink atau kawasan sekitarnya. Letak semula setiap barang yang digunakan pada tempatnya seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun. Andai anakk terlihat kesan kotoran pada permukaan dinding, ajar supaya dia terus ambil berus dan sental.

 

5. Ajar anak kemas rumah & bilik tidur

Ya, itulah yang sepatutnya dibuat selepas bangkit tidur. Tidak kiralah di manapun anda melelapkan mata, jangan biarkan keadaan tempat tidur bersepah. Terutamanya jika mempunyai bilik tidur sendiri. Itu bukan alasan untuk anda malas merapikan cadar, melipat selimut atau menyusun bantal.

Lakukan segera setiap kali bangkit tidur. Didik anak-anak supaya melipat selimut, menyusun bantal, menarik cadar sehingga tegang atau rapi di atas tilam dan mengemas atas katil setiap kali mereka bangun tidur. Jika sudah menjadi kebiasaan, anda boleh melakukannya dalam tempoh seminit.

Kalau sudah berumahtangga, jangan pula halau suami jika dia tidak bangun. Nanti, susah untuk pujuk lekaki merajuk.

 

6. Ajar anak kumpul pakaian kotor

Begitu juga pakaian kotor. Jangan biarkan anak tanggal pakaian begitu sahaja dan longgok-longgok di lantai. Sediakan bakul khusus untuk pakaian kotor dan letakkan bakul itu di tepi mesin basuh. Untuk lebih mudah, sediakan bakul khas untuk setiap ahli keluarga. Tunjukkan anak bahawa ini bakul dia dan dia perlu masukkan baju kotor ke dalam bakul tersebut setiap kali sebelum mandi.

 

Akhir kalam

Sudah, jangan migrain lagi dengan keadaan rumah yang tidak terurus. Kami harap agar perkongsian mengenai tips kemas rumah bersepah dengan mainan akan memudahkan urusan rumahtangga anda.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Buat perlahan-lahan, banyakkan senyuman. Rumah yang kemas itu tanda keluarga pembersih dan bahagia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment