Tips Bersara Awal (Buat 5 Persediaan Ini Sebelum Pencen)

Perancangan persaraan pada hari tua amatlah penting bagi menjamin kehidupan selesa serta bebas dari bebanan hutang. Kebergantungan kepada simpanan KWSP sahaja tidak mungkin mencukupi memandangkan tempoh masa dengan gaya hidup anda selepas bersara masih panjang. Apakah yang akan terjadi jika anda gagal merancang persaraan dengan betul? Oleh itu, anda perlu mula merancang bagaimana untuk menghadapi hari persaraan anda dan berikut adalah 5 tips bersara awal dan tips merancang persaraan yang boleh anda lakukan.

Tips bersara awal

1. Rancang dari awal-awal lagi

Anda perlu menyimpan dari awal usia tidak kira apa sahaja pekerjaan anda. Jadikan ia sebagai satu tabiat setiap bulan.

Anda juga perlu merancang untuk mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan tetapi digalakkan untuk merangka asset dan menambah harta bersih.

 

2. Pilih umur persaraan

Anda boleh menentukan bila anda hendak bersara, sama ada 55, 56, 58 atau 60. Setelah menetapkan usia, rancang perndapatan bulanan ketika sudah bersara dan kehidupan bagaimana anda inginkan ketika itu.

Perbelanjaan persaraan dianggarkan dalam lingkungan 75% hingga 80% daripada keperluan ketika masih bekerja.

Contohnya umur anda sekarang adalah 28 dan anda ingin bersara pada umur 58. Anda mempunyai 30 tahun untuk stabilkan kedudukan kewangan di samping menambahkan simpanan di dalam KWSP.

 

3. Menilai status kewangan semasa, mampu atau tidak

Anda perlu menilai pendapatan yang anda perlu ada ketika persaraan nanti. Anda perlu menilai simpanan yang sedia ada beserta asset lain seperti insurans, rumah, tanah, saham dan sebagainya.

Anda juga perlu mula mengira berapakah baki pinjaman yang tinggal setelah anda bersara. Ini adalah kerana anda boleh menilai cara gaya hidup yang anda inginkan setelah bersara nanti.

 

4. Rancang, apa yang ingin dilakukan selepas bersara

Anda perlu merancang apa yang ingin anda lakukan setelah bersara.

Adakah anda ingin terus bekerja kerana bosan untuk tinggal di rumah atau ingin memulakan perniagaan hasil dari simpanan seperti berniaga kecil-kecilan .

Adapun sesetengah dari mereka yang ingin melancong atau menunaikan haji. Semua ini terpulang kepada kemampuan yang ada.  Anda sudah boleh mula merancang dari sekarang bagi memudahkan perancangan menuju kea rah hari tua anda.

 

5. Lengkapkan diri dengan kemahiran

Mahirkan diri dengan kemahiran sedia ada yang mungkin amat berguna ketika bersara nanti untuk menjana pendapatan sampingan.

Jika tidak anda boleh  memantapkan lagi kemahiran dengan menghadiri kelas yang ditawarkan dan mempraktikkannya sebaik mungkin.

Dengan cara ini, anda bukan sahaja menambahkan pendapatan malah meningkatkan tabungan hari tua anda yang sedia ada.

 

Akhir kalam

Langkah ini harus diberi perhatian serius memandangkan Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2030 dengan kadar populasi warga emas sebanyak 15%.

Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jangka hayat manusia samada lelaki atau perempuan. Oleh sebab itu umur persaraan menjadi kayu pengukur unutk menentukan tempoh survival seseorang pesara. Lebih lambat seseorang itu bersara, maka kurang dana yang diperlukan unutk menyara kehidupannya selepas bersara.

Begitu juga sebaliknya. Jadikan 5 tips merancang persaraan ini sebagai panduan anda untuk menambahkan simpanan pada hari tua nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment