eAppointment Bank Rakyat Diperluaskan (Booking di appointment.bankrakyat.com.my)

Sejak dilancarkan 1 Julai 2021 yang lalu, Bank Rakyat memperluas sistem janji temu eAppointment bagi perkhidmatan-perkhidmatan lain yang bukan sahaja terhad kepada perbankan semata-mata.

Inisiatif perluasan perkhidmatan ini adalah komitmen berterusan Bank Rakyat bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan pendigitalan, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan perniagaan.

Menurut Harian Metro, institusi kewangan seperti Bank Rakyat cuba untuk mengadaptasi perniagaan mengikut norma baharu dan sentiasa memastikan bahawa interaksi pelanggan dan warga kerja bank di cawangan kekal selamat.

Perkhidmatan yang boleh ditempah melalui eAppointment Bank Rakyat

Pelanggan Bank Rakyat kini boleh menggunakan platform eAppointment untuk membuat appointment bagi mendapatkan perkhidmatan lain di cawangan seperti berikut:

  • Pembukaan akaun
  • Pelaksanaan transaksi deposit atau pengeluaran
  • Permohonan pembiayaan
  • Urusan pembayaran
  • Penyelesaian pembiayaan secara sebahagian atau sepenuhnya
  • Kiriman wang

 

Macam mana nak buat appointment Bank Rakyat?

Untuk membuat tempahan janji temu, pelanggan boleh melayari laman web rasmi www.bankrakyat.com.my

Selain itu, pelanggan juga boleh layari direct link https://appointment.bankrakyat.com.my

Bagi yang tinggal berdekatan, boleh juga mengimbas kod QR eAppointment yang terdapat di cawangan Bank Rakyat atau Ar-Rahnu X’Change Bank Rakyat.

Seperti temujanji JPJ atau temujanji Pos Malaysia untuk urusan JPJ oleh Kerajaan, pelanggan Bank Rakyat boleh memilih slot tarikh dan waktu janji temu yang bersesuaian bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan yang dikehendaki.

Pelanggan dinasihatkan agar membuat janji temu sekurang-kurangnya sehari lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

Menurutnya, menerusi platform eAppointment ini, diharapkan dapat membantu pelanggan Bank Rakyat sedia ada untuk merancang masa urus niaga perbankan mereka dengan lebih lancar dan mudah.

Kini, pelanggan boleh membuat janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan ini mulai 16 Ogos 2021 di:

  • 147 Cawangan Bank Rakyat
  • 25 Rakyat Xcess
  • 27 Ar-Rahnu X’Change milik Bank Rakyat di seluruh negara.

Leave a Comment