Cara Mohon Rentas Negeri Semasa PKP (Kebenaran PDRM)

Adakah anda tahu yang anda perlukan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk rentas negeri terutamanya semasa PKP ini? Anda perlu sertakan beberapa borang dan dokumen sokongan yang penting bagi membuat demikian. Pasti anda keliru dengan caranya, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara mohon kebenaran rentas negeri semasa PKP.

Langkau artikel ini untuk baca cara rentas daerah semasa PKP.

Sebab yang dibenarkan untuk rentas negeri

Yang terkini, anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri untuk tujuan penting atau kecemasan sahaja.

Contoh situasi kecemasan seperti urusan temu duga, kematian ahli keluarga terdekat, sakit tenat, urusan keluar negara, pemerikasaan bulanan di klinik/hospital dan situasi lain yang penting yang boleh dipertimbangkan oleh pihak PDRM.

 

Dokumen untuk mohon rentas negeri

Anda boleh sediakan 2 helai bagi setiap salinan dokumen dan bukti sokongan bagi tujuan kecemasan sekiranya hilang.

  1. Satu individu
  2.  Dua individu atau lebih
    • Borang mohon rentas negeri PKP /borang rentas negeri PKPB berasingan (1 helai bagi setiap individu)
    • Salinan MyKad/Pasport juga secara berasingan (1 helai bagi setiap individu )
    • Bukti Permohonan, contohnya:
      • Temu duga (bawa 1 salinan surat temu duga)
      • Hospital (bawa 1 salinan kad kesihatan)
      • Kerja ( bawa 1 salinan surat pelepasan bekerja/pas kerja yang menyatakan anda sebagai pekerja)

 

Cara mohon kebenaran rentas negeri semasa PKP

Berikut merupakan panduan minta kebenaran rentas negeri semasa PKP daripada PDRM. Caranya seperti di bawah.

  1. Klik borang mohon rentas negeri PKP / borang mohon rentas daerah PKPB
  2. Kemudian, klik Save image as.
  3. Print and isikan borang tersebut.
  4. Lengkapkan borang tersebut dengan:
    • Nama
    • Kad Pengenalan
    • Warganegara
    • No Pasport (Bukan Warganegara)
    • Alamat
    • No.Telefon
    • Emel (jika ada)
    • Jenis Kenderaan/ No Pendaftaran
    • Jumlah Orang (orang)
    • Tarikh/Masa Meninggalkan Rumah
    • Tarikh/Masa Dijangka Balik Ke Rumah
    • Alamat Penuh Destinasi
    • Sebab-sebab permohonan pergerakan
    • Tandatangan Pemohon
    • Tarikh
  5. Sertakan dengan salinan MyKad/Pasport dan dokumen/bukti sokongan supaya permohonan anda untuk cara mohon rentas negeri semasa PKP berjaya.
  6. Lawati balai polis yang berdekatan dengan rumah anda.
  7. Scan aplikasi MySejahtera dan periksa suhu badan anda sebelum memasuki ke dalam balai polis.
  8. Beratur dan ikut giliran anda untuk menghantar permohonan kebenaran dan dokumen sokongan anda.
  9. Selesai.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara mohon kebenaran rentas negeri semasa PKP telah memudahkan lagi urusan anda.

Jemput baca cara pakai mask yang betul supaya kita dapat terus memerangi Covid-19 ini.

Bagi pemilik perniagaan yang mempunyai kedai atau mana-mana tuan rumah yang ada buat majlis seperti kenduri pertunangan dan perkahwinan, sila pastikan anda menyediakan QR Code MySejahtera di rumah untuk pelanggan atau tetamu yang hadir. Ikuti panduan mudah dan cara buat QR code My Sejahtera.

Terakhir, bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi anggota polis, boleh mohon melalui portal ePengambilan PDRM.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Mohon Rentas Negeri Semasa PKP (Kebenaran PDRM)”

Leave a Comment