Jika anda salah seorang rider GrabFood atau Foodpanda yang terjejas teruk dek COVID-19 dan PKP, kami sarankan anda buat permohonan TEKUN Mobilepreneur.
Bagi anda mempunyai perniagaan, anda juga boleh buat pinjaman TEKUN sebanyak RM10,000
Sedikit mengenai TEKUN Mobilepreneur
Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan yang hilang punca pendapatan akibat COVID-19.
Ini adalah pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran motosikal.
Nilai pembiayaan
RM1,000 – RM2,000
Tempoh pembiayaan
1 tahun dan 6 bulan penangguhan
Kadar keuntungan (interest rate)
2% setahun
Yuran pemprosesan
RM30 sahaja
Syarat dan kelayakan TEKUN Mobilepreneur
Berikut ialah antara syarat kelayakan yang mesti dipenuhi untuk buat permohonan ini.
- Warganegara Malaysia
- Kaum bumiputera / India sahaja
- Berumur 16-60 tahun
- Pemohon bukan seorang yang muflis
- Mempunyai perlantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar seperti Grab dan Foodpanda
- Mempunyai motorsikal sendiri yang sah dan berdaftar
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syart yang dikuatkasakan oleh Kementerian Pengangkutan
- Pemohona yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan
Cara permohonan TEKUN Mobilepreneur
- Layari laman web rasmi TEKUN Nasional di sini: https://www.tekun.gov.my
- Pergi ke menu atas
- Klik PRODUK
- Klik Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
- Klik Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN Nasional
- Pautan pantas adalah seperti berikut: https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/skim-pembiayaan-tekun-niaga/borang-permohonan-pembiayaan-tekun-nasional/
- Lengkapkan borang
- Lampirkan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan
- Hantarkan melalui email ke [email protected]
- Atau boleh hantar permohonan TEKUN Mobilepreneur terus ke ibu pejabat di sini:
T5-01-01, MENARA 5,
JALAN LINGKARAN TENGAH (MAJU LINK),
57000, BANDAR TASIK SELATAN
KUALA LUMPUR
Dokumen permohonan TEKUN
Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan pembiayaan (JPP01 / JPP02 / JPP06 / JPP17)
- Surat sokongan syarikat e-hailing
- Salinan Kad Pengenalan pemohonan dan pasangan (jika berkenaan)
- Gambar pemohon berukuran passport
- Gambar perniagaan (iaitu gambar pemohon berserta gambar motosikal dan rumah)
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Salinan geran motosikal milik pemohon yang sah
- Bil utiliti seperti bil elektrik dan air
- Penyata bank yang masih aktif atau transaksi terkini
- Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN (iaitu cawangan yang berhampiran)
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan permohonan TEKUN Mobilepreneur ini, sila hubungi pegawai berikut:
Encik Nasrul: 011-3343 4145
Puan Azidah: 019-263 7110
Akhir kalam
Kami menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas oleh COVID-19 dan PKP.
Golongan ini sebenarnya dan sememangnya dalam kesusahan. Cuma malu mahu meminta-minta. Inisiatif sebegini mampu untuk memberikan mereka harapan dan semangat.
Semoga bermanfaat.
Bagaimna tuk saya memohon TEKUN MOBILEPRENUER
Macam mana Saya nak apply tekun rider
Salam,masih ada ke bantuan TEKUN untuk rider?
Saya MUHAMMAD IRFAN AFZANI BIN MOHD NOOR ingin tahu cara-cara untuk memohon tekun dan saya adalah rider food panda saya mohon untuk membantu saya cara untuk membuat permohonan di tekun…
Saya dah Antar borang 18,10.2022 macam mana Saya nak semak setatus ya?
Saya Yuwarajan A/L Perumal Ingin tahu Cara untuk mohon loan tekun