6 Tanda Perempuan Suka Kita (Hint Yang Lelaki Harus Tahu)

Jatuh cinta atau suka pada seseorang itu adalah satu perasaan yang seronok. Lagi berbunga-bunga kalau perasaan suka kita itu terbalas, nak-nak pulak kalau itu pertama kali jatuh cinta. Tetapi, macam mana kita nak tahu kalau orang itu suka pada kita lebih-lebih lagi perempuan. Jadi, apakah tanda perempuan suka kita?

Oh! Tenang dulu wahai lelaki, jangan gelabah. Kalau anda memang tak tahu langsung apa tanda-tandanya, anda tidak perlu risau kerana kami akan bongkarkannya untuk anda. Oleh itu, para lelaki sila ambil tahu hint yang telah kami senaraikan untuk anda ini.

Jangan buat-buat tidak faham pula selepas ini.

Izinkan kami berkongsi.

Tanda perempuan suka kita

Berikut merupakan tanda perempuan suka kita yang boleh buat anda sedar.

1. Bila perempuan suka kita, dekat mana-mana pun akan selalu nampak muka dia

Ini adalah salah satu tanda paling senang nak tahu sebab biasanya kalau kita sendiri pun yang suka pada seseorang, mesti kita hari-hari nak tengok muka dia. Macam itu juga dengan perempuan. Mereka mesti nak nampak lebih menonjol daripada orang lain walaupun terpaksa nampak macam tidak tahu malu.

Perempuan ini kalau dah suka kita, kita pergi mana-mana pun mesti akan selalu terserempak dengan dia lebih-lebih lagi kalau kita berjiran, belajar atau bekerja satu tempat dengan dia. Dia memang akan selalu munculkan diri dekat mana kita ada supaya kita akan perasan dengan kewujudan dia.

Kalau fikir logik pun, sebab dia sukalah dia selalu nak tengok kita. Kalau dah benci, dengar nama pun meluat agaknya. Betul tak?

 

2. Masak makanan kesukaan kita walaupun tidak pandai masak

Memang ada perempuan yang jenis mcam ini. Bila dia suka pada kita, apa sahaja yang kita suka makan dia akan cuba masakkan walaupun dia bukan orang yang pandai masak. Ada pula perempuan yang sampai sanggup ambil kelas memasak semata-mata untuk belajar buat makanan yang kita suka.

Sebenarnya, tanda ini yang paling ketara sekali untuk menunjukkan yang dia suka kita. Mana taknya, bayangkanlah perempuan yang tidak pandai masak tiba-tiba masakkan makanan favourite kita. Memasak ini pula bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Nak memasak pun perlu korbankan masa, tenaga dan buah fikiran untuk sediakan sesuatu makanan. Jadi, kalau perempuan itu suka kita, mestilah dia sanggup pikat kita dengan air tangan dia.

 

3. Tanda perempuan suka kita bila dia akan selalu bagi hadiah

Lelaki jangan ingat yang perempuan romantik itu tidak wujud. Sejujurnya, ada perempuan yang mempunyai sifat sentimental dan sangat romantik mengalahkan lelaki pun ada. Mereka akan selalu hadiakan kita dengan pelbagai jenis barang yang kita suka.

Adakalanya, mereka akan hadiahkan kita dengan makanan manis seperti coklat edisi terhad dan seumpamanya. Ada juga yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk hadiahkan sesuatu yang mahal asalkan kita suka benda itu. Walaupun kita rasa macam membazir atau tidak perlu bersusah payah bagi hadiah pada kita , tetapi itulah tekad seorang perempuan.

Perempuan ini bila dia dah suka kita, kita minta hadiah kereta pun dia boleh bagi. Bagi mereka, apa sahaja perkara yang boleh buat kita gembira, mereka akan buat walaupun susah.

 

4. Tak pernah terlepas untuk ucap atau sambut hari jadi kita

Ada tak kita perasan mana-mana perempuan, contohnya kawan baik kita sendiri yang tiap-tiap tahun akan ingat, ucap atau sambut hari jadi kita? Kalau ada, dia mungkin suka pada kita. Selalunya kalau perempuan betul-betul suka pada kita, dia memang tak akan pernah lupa hari jadi kita walau sesibuk mana pun dia.

Mungkin untuk seseorang ingat hari jadi kita itu nampak biasa. Tetapi, untuk seorang perempuan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kita, seperti tarikh hari lahir dan sebagainya tanpa pernah miss setiap masa di mana jua. Itu merupakan satu effort yang luar biasa di mana bukan semua orang boleh melakukannya.

Mana taknya, kadang-kadang kita sendiri pun lupa yang hari itu hari jadi kita, apatah lagi orang lain. Bukan senang orang nak ingat kita.

 

5. Selalu contact kita walaupun tidak ada hal penting nak cakap

Kebiasaannya, kalau kita tidak ada hal penting untuk berbincang, bertanya atau bercerita dengan seseorang yang kita rasa perlu dan penting. Kita tidak akan cuba untuk contact dia walaupun kita boleh buat macam itu. Situasi ini turut boleh disamakan apabila ada perempuan yang contact kita walaupun tidak ada keperluan.

Perempuan yang suka kita, dia akan selalu tanya khabar kita contohnya seperti dah makan atau belum, sihat atau tidak dan seumpamanya tidak kira waktu asalkan dia tahu keadaan kita. Yang lebih jelas lagi, kalau dia contact kita setiap hari tanpa jemu dan sentiasa cari idea untuk jadikan perbualan.

Ada juga perempuan yang sudi menjadi pendengar kita di saat kita memerlukan seseorang untuk bercakap dalam telefon. Kalau dia tidak dapat call kita, dia akan mesej kita dekat Whatsapp, Telegram, Facebook, Twitter dan seumpamanya.

 

6. Sentiasa jaga penampilan diri dan berpewatakan seperti perempuan idaman kita

Siapa di dalam dunia ini yang nak tunjuk kekurangan dia bila nak pikat orang yang dia suka. Betul tak? Jadi, kalau perempuan itu suka kita. Mesti dia akan sentiasa cuba nampak cantik, elok dan yang baik-baik sahajalah di depan mata kita.

Mereka mesti akan selalu mencantikkan diri dan pakai pakaian yang boleh buat kita terpikat. Ada yang mungkin dulu tidak pernah pakai baju kurung pergi kerja, tiba-tiba pakai sebab nak buat kita perasan yang dia berusaha untuk jadi macam apa yang kita suka.

So, kalau ada ternampak perempuan yang tiba-tiba berubah sekelip mata, itu tandanya ada seseorang yang mereka suka. Tetapi, andai perempuan itu berubah ke arah yang memudaratkan, kita kenalah tegur. Jangan sampai perasaan suka mereka pada kita itu merosakkan diri mereka sendiri.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, tanda kita suka perempuan atau tanda perempuan suka kita adalah lebih kurang sama saja. Tanda-tanda ini tidak nampak terlalu berbeza kerana ianya adalah kelakuan yang normal terjadi apabila kita suka pada seseorang. Tambahan lagi, tidak ada sesiapapun nak nampak buruk atau jahat di depan orang yang mereka suka.

Jadi, sudah tentulah perkara yang baik-baik sahaja yang akan kita tunjuk. Namun begitu, kita tidak boleh sukakan seseorang tidak kira lelaki atau perempuan itu dengan berlebihan. Cukuplah menyukai seseorang tetapi tetap menjadi diri kita sendiri. Tetapi, kalau dengan suka pada kita itu boleh ubah seorang perempuan jadi lebih baik apa salahnyakan?

Manalah tahu kalau-kalau kita ini termasuk dalam salah seorang jejaka yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman yang perempuan suka. Jemput juga baca tanda lelaki sayang kita.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “6 Tanda Perempuan Suka Kita (Hint Yang Lelaki Harus Tahu)”

  1. Assalamualaikum @THE ROHANI…….(:
    ADA SEORANG PEREMPUAN TINGKATAN2 SUKA KAT SAYA…
    DIA BAGI SAYA CANDY 100 PLUS PERISA ANGGUR… MASA REHAT…SAYA ACCEPT SEADANYA.. ‘SAYA KATA TERIMA KASIH; …
    SEKIAN…

    Reply

Leave a Comment