Tanda Lelaki Sayang Kita Dalam Diam (Walaupun Tak Tunjuk)

Orang perempuan jangan rasa pelik kalau lelaki diam secara tiba-tiba. Orang perempuan jangan terkejut kalau suami sudah tidak macam sebelum berkahwin dulu yang selalu sebut “I love you”. Ada sebabnya kerana lelaki bersifat begitu. Teruskan membaca untuk mengetahui tanda lelaki sayang kita, tapi dia tak tunjuk langsung.

Kenapa lelaki sayang tapi tak tunjuk?

Wahai isteri, adakah sikap suami yang selalu ambil berat dengan anda semasa belum berkahwin dulu, masih lagi sama?

Adakah dia masih lagi mengungkapkan sayang?

Adakah kita ada buat salah apa-apa, sampai suami cemburu?

Realitinya, rata-ratanya si lelaki masih sayang isteri.

Cuma apabila sudah berumahtangga, dia tidak terlalu menunjuk-nunjuk kasih sayangnya.

Anda juga mesti bersangka baik, walaupun dia bersifat begitu, dia tetap seorang  lelaki yang baik.

Maka, izinkan kami berkongsi apakah ciri-ciri dan tanda-tanda lelaki yang sayang pasangannya, tetapi tidak mahu tunjuk, hingga dicop sebagai lelaki ego.

 

Dia selesa bersama pasangannya

Setiap saat bersama si isteri, itulah saat yang menggembirakan dia. Dia rasa seronok bila berada di samping anda, dan anda pun rasa begitu juga.

Bila dia tersenyum dan gembira bersama pasangannya, namun tidak sekali menyebut sayang, itu bukan bermakna dia tidak sayang. Juga tidak bermakna dia ego.

Mungkin dia tidak biasa.

Baginya, bila sudah selesa dan gembira, perlukah lagi mengucapkan sayang? Bukankah itu sudah bermakna sayang?

 

Tanda lelaki sayang kita, dia hormat keluarga mertua

Kalau berkahwin dengan si perempuan, itu maknanya si lelaki perlu berkahwin dengan keluarganya sekali. Mana boleh ambil anak sahaja, dan tinggalkan keluarga.

Mahu panggil isteri sayang depan keluarga mertua, mungkin dia agak malu. Bukannya dia seorang lelaki ego, cuma dia tahu batas-batasnya.

Buat apa tunjuk kasih sayang pada orang lain?

 

Tanda lelaki selesa dengan kita, dia mendengar bebelan anda

Bukan setakat mendengar sahaja. Si lelaki ini mendengar dengan penuh minat dan semangat.

Segala apa yang keluar dari mulut anda, adalah halwa telinga dia. Kalaulah dia lelaki ego, dia akan abaikan apa yang anda kata.

Jika sudi mendengar, walalupun sekadar angguk-angguk, itu petanda dia ambil berat tentang anda. Itu petanda dia sayang anda.

Jadi, janganlah berburuk sangka.

 

Dia suka bercerita tentang masa depan

Orang lelaki yang ego tidak akan menerima pandangan orang lain. Dia berkeras dengan pilihannya sendiri.

Jadi, bila lelaki mula bercerita tentang masa depan, itu pentanda dia mahukan masa depan terbaik dengan anda. Itu tandanya dia sayang anda.

Bukan bicara tentang masa depan politik negara. Namun ia lebih kepada masa depan dia bersama anda. Walaupun cuma angan-angan, dia merancang dengan penuh semangat.

Lelaki yang sayang anda tidak akan menjanjikan bulan dan bintang. Dia akan betul-betul berusaha untuk menggapai impian itu.

 

Tanda seseorang minat kita, dia suka buat anda ketawa

Pada lelaki ini, kegembiraan anda adalah kegembiraan dia juga. Dia suka dengar anda gelak ketawa sebab ia boleh menceriakan hari dia.

Senyuman anda pada dia, adalah hadiah terindah untuk bekalan dia di tempat kerja.

 

Lelaki sayang anda, akan selalu puji anda

Lumrah bagi seorang wanita, mereka suka dipuji. Si lelaki ini memang tidak lekang di mulut dia, sentiasa positif dan memberikan anda kata-kata perangsang setiap hari.
Cuma, jangan nampak sampai pujian itu berlebihan. Ia akan jelas nampak seperti dibuat-buat.

 

Tanda lelaki suka kita tapi malu, dia mesej anda tak kira masa

Memang ada jenis lelaki yang suka ignore perempuan dan jenis lambat balas mesej.

Namun, antara jenis satu lagi.

Tanda lelaki sayang kita ialah dia akan selalu bertanya khabar tentang kita. Namun hanya mesej di Whatsapp sahaja. Bukan secara berhadapan.

Rasa sweet sangat bila dia ambil berat tanya kita sudah sampai tempat kerja, sudah makan atau belum, dan bertanya penat atau tidak setelah seharian bekerja..

Lelaki yang sayang kita akan nampak macam angau dengan kita.

Bagi anak dara, harap-harap, itu bukanlah hanya permulaan perkenalan sahaja. Semoga berpanjangan ke jinjang pelamin.

 

Lelaki ini selalu nasihatkan anda

Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa berterus terang dengan anda. Jika lelaki ini (atau apabila sudah berkahwin, naik taraf jadi suami), selalu peduli tentang anda dan nasihatkan anda tentang akhirat, bersyukurlah.

Bukan mudah untuk mencari lelaki yang sanggup mengingatkan anda tentang hal-hal dunia dan akhirat.
Cuma hati-hati, ada jenis penunggang agama yang hanya berlagak baik hanya untuk mengambil kesempatan.

 

Lelaki ini, kadang-kadang cemburu

Perlu diingat, ini bukanlah cemburu yang lebih-lebih. Sekadar cemburu untuk mengambil perhatian.
Jika kadang-kadang, ini masih lagi comel.

Jika selalu, ia akan nampak annoying.

 

Tanda lelaki ego, dia tidak beri ruang

Lelaki yang sayang anda, akan berikan anda ruang. Sebaliknya, lelaki ego langsung tidak akan berikan anda ruang.

Ini bermakna, lelaki yang memberikan ruang pada perempuan, ialah bukan jenis lelaki yang memaksa. Dia memahami apa yang si perempuan ini mahu.

Lelaki ini juga jenis yang berikan kebebasan pada si perempuan, asalkan tidak melanggar batas.

 

Tanda lelaki sayang kita, dia jaga bab agama

Lelaki yang sayang anda akan ambil berat tentang agama, lebih-lebih lagi tentang solat. Bila dia kelaur bersama anda, dia akan merancang perjalanan sebaiknya, agar boleh menunaikan solat dengan selesa.

Ramai ustaz pesan, calon suami yang baik ialah yang solat Subuh berjemaah di masjid.

Jangan sia-siakan, jika anda sudah temui lelaki sebegini.

 

Lelaki sayang tapi ego

Jika masih lagi belum berumahtangga, berusahalah untuk halalkan hubungan.

Jangan sampai berkawan dengan lelaki yang tidak mahu menghalalkan anda menjadi suri hatinya.

Sebenarnya, inilah yang sepatutnya jika kedua-duanya bujang dan dara. Buat apa sayang-sayang yang hanya akan membawa ke lembah maksiat.

Lebih elok jika si lelaki ini berusaha gigih siang malam, semata-mata hanya mahu halalkan hubungan. Dia bukan jenis buang masa dengan hobi mahal dan membuat aktiviti tidak berfaedah.

 

Sayang lelaki terhadap wanita

Antara tanda lelaki sayang isteri, dia akan berusaha untuk kekalkan hubungannya, walaupun ditimpa dengan bermacam-macam masalah.

Bagi lelaki yang sudah menjadi suami, sentiasalah beralah dengan isteri, demi mengekalkan hubungan harmoni. Mungkin ada sedikit rasa tawar hati, tapi dia abaikan sahaja untuk menjaga hati.

Hubungan rumah tangga, memang akan ada pasang surutnya.

Usahlah terlalu ambil hati, kelak akan merana diri.

 

Lelaki sayang tapi tak cinta

Dari sudut pandang yang lain, ada juga lelaki yang tunjuk sayang hanya pada luaran sahaja. Hakikatnya, di tidak mencintai isteri. Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang hanya anda berdua sahaja yang tahu.

Andai berlaku situasi begini, masing-masing jangan ego dan keras kepala. Sama-sama jernihkan semula keadaan yang keruh.

 

Akhir kalam

Kini, anda sudah tahu beberapa tanda lelaki sayang anda dalam diam. Dia sayang tapi tak tunjuk.

Ada artikel dari Huffington Post yang memberitahu, lelaki tidak ucap sayang dengan perkataan, tetapi perbuatan. Bacalah jika ada masa.

Apa yang boleh disimpulkan, sayang itu cukup subjektif. Ada jenis yang tidak meluahkan dengan kata-kata, tetapi lebih kepada dengan perbuatan. Ini bukannya salah, cuma ada jenis lelaki yang dibesarkan dengan suasana begini.

Dia bukan jenis lelaki merajuk yang ambil pendekatan diam membisu jika ada masalah dengan perempuan. Cuma dia tidak biasa untuk meluahkan rasa kasih sayang, walaupun sudah berkeluarga.

Itulah antara tanda lelaki sayang kita. Dan itu bukan tanda lelaki ego.

Satu sahaja, jangan terlalu ambil hati. Bersyukurlah jika ada pasangan yang ambil berat tentang anda. Didoakan agar lelaki yang sayang kita ini, adalah seorang lelaki yang matang. Boleh pimpin kita di dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Tanda Lelaki Sayang Kita Dalam Diam (Walaupun Tak Tunjuk)”

  1. Admin.. sya dgn kekasih ada slah faham.. sya cuma mluahkan apa yg rasa.. dia cuma reply, sorry mlas dh nak bgaduh.. lpas hri tu, dia msih reply chat sya.. tpi biasanya akan pggil sya bie, tpi sekarang dh xda dh pggilan tu.. tpi dia mesej ckp tke care, ayat dia spatah dua jer.. adakah dia msih sayangkan saya?tolong bagi nasihat min. Apa yg ptut sya buat?

    Reply
  2. slm admin sy ada kenal dgn seorang llki sejak 7 thn lpas … kami sllu bgaduh sbb dia tlmpau sibuk dgn kje dia,,…. baru2 nie dia berbalas msj dgn rakan sekerja nya… sy cuba bfkiran rasional.. hanya rakan sekerja cuma sy plik wanita itu seakan mahu mdekati llki yg sy knl ini…sy pcya pda naluri sy nie bkn sekadar rakan sekerja… saya tertekan …risau d khianati dan d sakiti … apa patut sy buat admin?

    Reply
  3. #point “Lelaki sayang tapi ego”
    Huraian mcm xkene je.kt mane sayang n ego dlm huraian tu?tibe² hobi..ke aku yg xfaham.
    Sayang tapi ego,hobi xmahal buat keje berfaedah..🤔🤔

    Reply
  4. Selalu gaduh2 dengan bf.. sebab ex wife control mcm laki dia lgi.. bila ex wife call Tiba 2 mood bf jadi dingin 😔ape perlu sis buat..

    Reply

Leave a Comment