Tanda Lelaki Suka Kita, Tapi Malu Nak Cakap (Tapi Berani Mesej Whatsapp)

Ada jenis lelaki, bila dia suka kita, dia diam membisu bila kita berhadapan dengan dia. Tapi, berani mesej di Whatsapp panjang-panjang. Ada pula lelaki yang bila dia suka kita, dia sengaja mahu cari gaduh dengan kita. Ada sahaja perkara yang dia buat untuk buat kita benci dia. Yang paling klasik ialah yang jenis malu-malu nak beritahu. Jadi, apakah antara tanda lelaki suka kita tapi malu mahu tunjuk, dan selalu kacau kita sambil buat kita jadi marah?

Tanda lelaki suka kita (tapi malu)

Kalau suka, cakaplah suka. Jangan sembunyi-sembunyi. Mari kita tengok apakah antara tanda-tandanya lelaki sayang kita.

Tanda lelaki suka kita, dia suka kacau kita

Lelaki ini mungkin bukan yang jenis lembut. Bukan yang jenis pandai cakap baik-baik. Mungkin ada sejarah dalam keluarganya dahulu yang kita tak tahu.

Ini adalah salah satu cara dia mahu dapatkan perhatian dari si perempuan.

 

Tanda lelaki suka kita, dia nak uji kita

Si lelaki ini tidak semestinya berniat untuk cari gaduh. Dia sekadar ingin menguji, adakah pasangannya tahan dengan sikap yang sengaja dia buat-buat.

Bukanlah bergaduh sampai baling-baling barang. Mungkin dia sekadar ingin melihat kepercayaan dan ketahanan si perempuan dengan perangai dia.

Kalau sebelum kahwin sudah tidak tahan, apatah lagi selepas berumahtangga.

 

Tanda lelaki suka kita melalui mesej

Pernah tak apabila anda hantar mesej di Whatsapp, Instagram atau Facebook, cepat sahaja dia jawab. Agaknya dia tahu kita mesej dia. Tak pernah dia jawab lambat-lambat.

Apabila dia balas mesej, tersusun sahaja. Tak ada cakap yang merapu dan entah apa-apa.

Ini mungkin satu petanda bahawa dia memang ambil berat tentang kita.

 

Tanda lelaki suka kita, dia berdolak dalik tentang perasaannya

Antara tanda lelaki suka kita yang lain ialah, dia selalu bagi alasan untuk berterus terang dengan kita. Mungkin dia belum bersedia. Atau mungkin juga dia bimbang apa yang ingin diluahkannya, akan ditertawakan pula.

Apabila jadi begini, anda kena slow talk dengan dia.

Biarlah orang kata perigi cari timba. Yang penting, terluah kedua-duanya.

 

Lelaki ini memang suka mengusik

Tidak sama, lelaki yang suka cari gaduh dengan lelaki yang suka mengusik.

Mengusik itu sambil bergurau. Cara cari gaduh dia ialah hingga si perempuan ingin mencubit dia.

Jenis yang memang betul-betul suka cari gaduh, hingga si perempuan mahu tinggikan suara.

Faham tak bezanya?

 

Lelaki yang cuba menutup kesalahan

Bila dia sudah buat silap, tentu sekali tidak mahu pasangannya tahu. Bimbang si perempuan akan jadi lebih marah.
Maka, untuk cuba tutup kesalahan diri sendiri, mulalah dia akan cari gaduh dengan si perempuan.

 

Hanya alasan untuk cari lain

Minta dijauhkan dari perkara sebegini. Harap-harap, pasangan kita bukan jenis begini.

 

Dia lelaki yang ego

Dia hanya rasa dia seorang sahaja yang betul. Lelaki ini ialah jenis lelaki yang tidak boleh terima kenyataan.
Bila si perempuan mula mempersoalkan sesuatu, dia akan rasa tercabar. Bila diri rasa tercabar, akan mula menunjukkan kuasa dan cari gaduh.

 

Cara lepaskan rindu

Bila berjauhan, tentu sekali akan rasa rindu. Bila outstation beberapa hari sekalipun, si lelaki akan mula mengusik dan cari gaduh, walaupun dalam Whatsapp.

Ada masanya, dia sengaja balas mesej lambat di Whatsapp. Mulalah dia akan cari gaduh dengan pasangannya.Dalam fikiran si perempuan, kalau rindu, katalah rindu. Ini tidak.

 

Lelaki ini tertekan

Bila otaknya tepu dan tidak boleh menguruskan stress, dia akan cari mangsa untuk meluahkan rasa tekanan itu. Nasib tidak baik, kena pada pasangannya.

Perkara ini jarang berlaku. Jika si perempuan dapat rasa sesuatu yang tidak kena, cepat-cepatlah bantu menenangkan si lelaki.

Apabila tertekan, ada lelaki yang mula ignore pasangannya.

 

Lelaki ini kesunyian

Lelaki yang sunyi, dia akan cuba buat kekacauan dengan mengganggu orang lain.

Mulalah dia akan usik sana-sini.

Jika itu buat si lelaki gembira, biarkanlah. Asalkan tidak berlebihan.

 

Ini cara lelaki bermanja

Rasa pelik? Sebenarnya tidak.

Ada jenis lelaki yang kerjanya suka mengusik pasangan masing-masing.

Contohnya si suami yang suka mencuit pinggang isteri. Mana tidak melompat si isteri bila diusik sebegitu.

Dalam hati isteri, rasa marah ada; rasa geram pun ada.

Tidak senang untuk buat kerja.

Anggaplah ini terapi bagi si lelaki. Lebih mudah berlapang dada.

 

Lelaki mahu rapatkan hubungan

Ada lelaki yang segaja cari pasal sebab itu adalah satu cara untuk lebih rapat dengan pasangan. Kedengaran tidak logik.

Begini, cuba bayangkan yang hubungan sedia ada hambar. Bila terlalu hambar, akan mula rasa bosan.

Jadi, salah satu cara untuk rapatkan hubungan ialah dengan mula cari gaduh. Bila tidak dilayan, mulalah ada lelaki yang mula merajuk.

 

Lelaki ini belum matang

Tidak semua lelaki mampu berfikir secara matang apabila berhadapan dengan si perempuan.

Mungkin lambat untuk dia sedar yang perkara yang dia lakukan itu, tidak sepatutnya diperlakukan pada seorang wanita yang bersifat penuh kelembutan.

Berikan sedikit masa, mungkin dia akan berubah.

 

Lelaki yang terlalu overthinking

Ada jenis lelaki yang suka fikir bukan-bukan.

Overthinking sangat dengan apa jua situasi. Bila ada yang tidak kena, mulalah dia melatah dan rasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.

Maka jika dia rasa tidak keruan, mulalah cari mangsa.

 

Akhir kalam

Tanda lelaki suka kita, kadang-kadang tidak dijangka. Orang yang kita rasa tak ada simpan perasaan pada kita, dialah yang suka kita. Tapi tak pernah dia tunjuk di depan kita. Kena fahami betul-betul hati lelaki yang sebenarnya. Tak kenal, makan tak cinta bukan?

PopSugar juga ada berkongsi, tanda-tanda yang buat kita keliru. Dia suka kita atau tidak?

Walau bagaimanapun, si lelaki janganlah terlalu suka cari gaduh. Berlembutlah. Bukankah itu yang disarankan dalam perhubungan? Cuma janganlah sampai si perempuan bosan dengan lelaki.

Dan jangan pula sampai si lelaki curang dengan pasangannya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment