Adab Berdoa Dalam Islam (Agar Dikabulkan Allah)

Apabila berdoa, mestilah dengan bersungguh-sungguh. Tak kiralah berdoa selepas solat atau tidak, pastikan ia benar-benar dari hati. Selain itu, kita juga dinasihatkan agar beradab dalam meminta-minta sesuatu dengan Allah. Maka, berikut adalah antara beberapa adab berdoa dalam Islam.

Adab ketika berdoa dalam Islam

  1. Berdoa dalam keadaan berwuduk. Walaupun di luar solat, adalah lebih afdal jika kita berdoa dalam keadaan berwuduk.
  2. Berdoa dan menghadap ke arah kiblat
  3. Mengangkat kedua-dua belah tangan semasa berdoa
  4. Memulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah, diikuti denga selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  5. Tidak berdoa di tempat maksiat
  6. Apabila berdoa, rendahkan suara. Jangan terlalu nyaring dan kuat sehingga mengganggu orang lain.
  7. Menggunakan ayat yang ringkas tapi padat dengan makna. Ini bermaksud, tidak semestinya berdoa dalam Bahasa Arab. Boleh sahaja berdoa dalam Bahasa Melayu.
  8. Tidak bersajak dan berlagu-lagu dalam berdoa
  9. Berdoa kepada Allah dengan nama-nama Allah yang mulia
  10. Berdoa dengan ikhlas kerana Allah
  11. Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri
  12. Sentiasa berdoa pada setiap masa, samada ketika senang mahupun susah
  13. Tidak berdoa tentang perkara keburuan, seperti mendoakan kecelakaan bagi orang lain ataupun berdoa untuk memutuskan silaturrahim
  14. Antara adab berdoa dalam Islam yang lain, agar doa kita makbul, makanlah dari makanan dan minuman dari sumber yang halal
  15. Bersungguh-sungguh dan menghadirkan hati ketika berdoa
  16. Hendaklah melakukan amar ma’aruf nahi mungkar
  17. Hendaklah bertaubat kepada Allah sebelum berdoa dan memohon apa sahaja yang dihajati
  18. Bersikap tetap dan yakin dalam doa yang dipinta
  19. Kukuhkan keyakinan bahawa doa kita pasti akan diperkenankan oleh Allah dan tidak meraka gelisah jika doa kita masih lagi belum dikabulkan
  20. Akhir sekali dalam adab berdoa, akhiri doa dengan memohon keselamatan hidup di dunia dan di akhirat

 

Adab berdoa kepada Allah

Allah berfirman:

Minta doalah daripada-Ku, nescaya aku akan menerima doamu – al-Mukminun: 60
  1. Memilih waktu yang baik dila berdoa seperti hari ‘Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadan, waktu sahur, waktu malam dan sebagainya
  2. Memilih suasan yang baik seperti waktu sujud, waktu hendak mendirikan solat, waktu di antara dua khutbah dan sebagainya
  3. Menghadap kiblat dengan mengangkat dua belah tangan sehingga nampak ketiaknya dan menyapu dua tangan ke muka apabila selesai berdoa
  4. Tidak mengangkat suara semasa berdoa
  5. Berdoa dengan penuh perasaan takut, gerun, kehebatan dan kebesaran Allah serta khusyuk kepada-Nya
  6. Merasa tenang dan yakin dengan penerimaan Allah dan menaruh penuh harapan kepada-Nya
  7. Doa susunan kata-kata dalam berdoa tidak memberatkan dan tidak seperti bersajak
  8. Berdoa dengan penuh khusyuk dan diulang-ulang sebutannya
  9. Memulai doa dengan menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  10. Membersihkan batin dengan bertaubat kepada Allah dan hanya menerima Allah sepenuhnya
  11. Bersih badan daripada kekotoran hadas dan najis

 

Adab adab berdoa dari Mufti Wilayah Persekutuan

Memetik dari pautan Mufti Wilayah Persekutuan, berikut pula dikongsikan tambahan adab berdoa dalam Islam yang mustajab.

  1. Berdoa dengan penuh harapan. Seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap agar doa dimustajabkan. Dan juga dijauhkan dari perasaan takut, iaitu dari doa tertolak.
  2. Berdoa dengan yakin. Seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan.
  3. Memuji Allah sebelum berdoa. Hal ini sebagai contoh mudahnya adalah dengan melihat kepada bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh seseorang.

 

Akhir kalam

Semua kita ini pendosa. Yang membezakannya ialah samada terus bertaubat dan ada keinginan untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Teruskanlah berdoa pada Allah pada setiap masa dan ketika. Kalau masih lagi belum dimakbulkan oleh Allah, teruskan sahaja berdoa.

Kalau bukan diberikan di dunia ini, Allah pasti akan memberikan apa yang kita minta di akhirat nanti.

Diharapkan agar perkongsian adab berdoa dalam Islam ini membuatkan anda lebih khusyuk dalam berdoa. Semoga segala permintaan dikabulkan Allah.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber: Buku Qiyamullail dan Amalan Rasulullah s.a.w, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), laman web Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Comment