Tanda Lelaki Cemburu Dalam Diam (Orang Perempuan Mesti Tahu)

Cemburu sebelum berkahwin, tak sama dengan cemburu selepas berkahwin. Itulah orang kata, hidup dalam alam percintaan semasa bujang tak akan pernah sama. Bagi yang tertanya-tanya kenapa dan apa tanda lelaki cemburu dalam diam, izinkan kami merungkaikan persoalan misteri ini.

Cuma sebelum itu, kita lihat tanda-tanda yang menunjukkan seseorang lelaki itu cemburu.

Harus diingat, cemburu lelaki tak sama dengan cemburu perempuan. Motifnya lain.

Tanda lelaki cemburu

1. Lelaki cemburu cepat sangat marah

Tanda lelaki cemburu dalam diam ialah dia cepat marah, termasuklah marah yang tanpa suara.

Walaupun si perempuan cakap lembut dan baik-baik sahaja, anginnya tetap naik. Ini satu petanda yang dia cemburukan sesuatu.

Semua yang anda lakukan seolah-olah membuatnya marah. Dan dalam kebanyakan masa, anda tidak fikir anda telah melakukan apa-apa yang salah pun.

Si lelaki ini tidak memberi anda peluang untuk menjelaskan atau bercakap mengenai perkara itu. Akhirnya, bertekak dan bergaduh mulut.

Diharapkan jangan sampai naik tangan ke muka.

 

2. Lelaki ini tidak senang apabila anda bercakap tentang orang lain

Anda perhatikan bahawa setiap kali anda bercakap tentang lelaki lain, dia kelihatan tidak senang dan tidak selesa. Daripada perlakuannya, anda boleh tahu yang dia cemburu.

Bila anda bercakap tentang lelaki lain, si lelaki ini tetap tidak senang. Mungkinkah ini tanda lelaki cemburu?

Walaupun anda menceritakan sesuatu yang biasa seperti menggambarkan betapa baiknya seseorang itu atas apa yang dia lakukan di tempat, atau betapa baiknya seseorang itu melayan orang lain.

 

3. Tanda lelaki cemburu, dia terlalu mengongkong

Adakah dia mahu mengetahui di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa?

Adakah dia cuba Whatsapp tidak henti-hentinya apabila anda keluar dengan rakan-rakan perempuan anda? Adakah itu tanda dia tidak senang duduk dan cemburu?

Adakah dia jenis berkeras untuk mengetahui masa yang akan anda lakukan?

Sebagai seorang suami, benar dia ada hak sebegitu. Cuma tidaklah sampai mahu mengetahui segala gerak-geri isteri.

Jika terlalu banyak mengongkong, ia mungkin salah satu tanda kecemburuan.

 

4. Apabila orang lain kata anda cantik, dia menjadi rimas

Sepatutnya lelaki berasa bangga atau berkata “terima kasih” apabila orang lain memuji anda cantik dan menarik. Sebaliknya, dia menjadi marah tidak tentu hala.

Ini salah satu tanda cemburu seorang lelaki. Bukankah sebaiknya dia gembira apabila seseorang berfikir anda kelihatan menawan?

Cuma si lelaki ada hak untuk rasa cemburu jika pujian itu berbaur seksual.

 

Kenapa lelaki cemburu?

1. Lelaki mudah cemburu sebab sayang

Pasangan yang dia ada, sudah tentu dia akan jaga sebaik-baiknya.

Cuma ada masa-masa tertentu, bila dia cemburu dia akan buat tidak peduli.

Dia sebenarnya hanya berpura-pura bahawa dia tidak peduli.

Apabila dia melihat anda bercakap dengan lelaki lain itu, dia sebenarnya cuma berpura-pura bahawa dia tidak peduli. Sedangkan dalam hatinya, berapi-api.

Si lelaki juga pandai menyembunyikan perasaannya. Tunggulah dia akan membalas kecemburuan itu dengan sesuatu.

Jika lelaki diam tiba-tiba dan bertindak pelik untuk sepanjang hari, dia mungkin mahukan permohonan maaf dari anda, sebab terlalu sayangkan perhubungan ini. Mungkin juga itu tanda lelaki cemburu tapi ego.

Apa-apapun, percayalah, lelaki cepat cemburu kerana terlalu ambil berat tentang diri anda.

 

2. Lelaki cemburu kerana tak mahu disamakan dengan yang lain

Adakah si lelaki mula berperangai pelik? Pernahkah anda perasan bahawa dia sebenarnya bukan diri sendiri? Mungkin dia menjadi lebih agresif. Mungkin dia lebih kalut.

Sama ada, jika anda perasan bahawa dia berkelakuan lain dari biasa, ia boleh menjadi tanda cemburu atas sebab-sebab perkataan yang anda keluarkan dari mulut tanpa tapisan.

Kadang-kadang, ada isteri yang terlalu mengagungkan lelaki lain, iaitu ayah kandung anda sendiri.

Salah ke?

Tidak salah.

Cuma percayalah, tidak ada lelaki yang suka dibanding-bandingkan. Tambahan lagi, dengan orang lelaki yang paling rapat dengan isterinya, iaitu bapa mertuanya sendiri.

Itu salah satu tanda lelaki cemburu yang orang perempuan jarang tahu.

Dari cemburu, akan bertukar pula merajuk yang berpanjangan pula.

Lelaki kuat cemburu kerana dia mahu diangkat menjadi hero dalam hidup anda.

 

3. Bagaimana jika lelaki tidak cemburu?

Harus diingat, bila si lelaki tidak cemburu, anda perlu tahu bahawa dia tidak akan ambil tahu tentang apa yang anda lakukan. Jika ia berlaku seketika, itu mungkin cemburu yang sementara.

Bila terlalu lama tidak peduli, itu mungkin petanda dia sudah tiada hati lagi.

Minta-minta dijauhkan perkara sebegini.

Jika berlaku juga konflik dalam rumahtangga, kena turunkan ego dan mula berkomunikasi. Pakat-pakat rancang untuk pergi umrah sama-sama untuk memohon ampun pada Ilahi.

Selesai buat persiapan dan kelengkapan menggunakan checklist umrah lelaki dan checklist umrah perempuan, berlepaslah ke Mekah dan berdoa untuk kesejahteraan keluarga, yang kekal abadi.

 

Akhir kalam

Biarlah bila lelaki mahu cemburu. Layakan sahaja. Walaupun sesekali nampak comel, jangan dimanjakan sangat. Lama-lama, cemburu itu akan hilang.

Tanda cemburu itu hilang mudah sahaja, dia sudah mula mengukir senyuman.

Dalam pada permasalahan perhubungan sudah selesai, teruskan berdoa agar rumahtangga terus dilimpahi rahmat Allah.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment