Contoh Surat Tolak Tawaran Latihan Industri (Praktikal & Intern)

Memang dilema bila tanpa disangka-sangka, kita dapat beberapa tawaran Latihan Industri di beberapa syarikat. Tentu sekali tidak tahu mahu pilih mana satu. Yang penting bila sudah dapat tawaran, beritahulah. Boleh ikuti contoh surat tolak tawaran latihan industri seperti di bawah.

Dapat tawaran syarikat lain

Rasa serba-salah bila syarikat tersebut menghantar surat tawaran, kita sudah terima tawaran tersebut. Namun, pada saat-saat akhir, terpaksa menolak tawaran latihan industri di tempat tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Penolakan atau penarikan diri dari intern mestilah dilakukan dengan baik.

Contoh surat tolak tawaran cuti tanpa gaji

Tidak kira anda pelajar Diploma atau Degree, Universiti atau Politeknik, izinkan kami berkongsi contoh surat tolak tawaran latihan industri.

Sila ubah mengikut kesesuaian masing-masing.

Sila gunakan format rasmi.

Contoh surat tolak tawaran #1

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang kami rujuk dan ubahsuai dari Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA

<Nama Pelajar>
<Alamat Pelajar>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

MENOLAK TAWARAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat jawapan Tuan bertarikh <tarikh surat jawapan> adalah berkaitan.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa saya, <Nama Pelajar> dengan dukacitanya menolak tawaran pihak Tuan/Puan untuk menjalani Latihan Industri di<Nama Syarikat> kerana telah ditawarkan untuk menjalani latihan yang sama di syarikat yang lain.

 

  1. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di organisasi Tuan. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pelajar>
No K/P :<No. K/P Pelajar>
<Alamat Pelajar>
No. Tel : <No Telefon Pelajar>

Contoh surat tolak tawaran #2

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang kami rujuk dan ubahsuai dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

<Nama Pelajar>
<Alamat Pelajar>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,

PENOLAKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>

Perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Dukacita dimaklumkan bahawa saya <Nama Pelajar, No. Pelajar, Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran/Insurans/Kewangan/Pengurusan Sumber Manusia/Perniagaan Antarabangsa> ingin membuat penolakan penempatan menjalani latihan industri yang ditawarkan oleh organisasi tuan/puan melalui surat/email/faks bertarikh <Tarikh surat/email/faks surat jawapan daripada organisasi>.

 

  1. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di organisasi Tuan. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pelajar>
No K/P :<No. K/P Pelajar>
Program BM220/221/222/223/226Fakulti Pengurusan Perniagaan,
UiTM Kampus Bandaraya Melaka,
110 Off Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
No. Tel : <No Telefon Pelajar>

 

Contoh surat #3

Berikut ialah contoh surat tolak tawaran latihan industri / internship / praktikal yang lebih ringkas.

<Nama Pelajar>
<Alamat Pelajar>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
PENOLAKAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI DI <NAMA SYARIKAT>
Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya <Nama Pelajar> ingin menolak penempatan menjalani latihan industri di <Nama Syarikat> yang dijangka bermula pada <Tarikh Mula Praktikal>.

3. Terima kasih di atas kesudian pihak Tuan/Puan untuk menerima saya sebagai pelajar praktikal di syarikat Tuan.

4. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pelajar>
No K/P :<No. K/P Pelajar>
<Alamat Pelajar>
No. Tel : <No Telefon Pelajar>

 

Akhir kalam

Orang berbudi, kita berbahasa. Walaupun ini bukanlah untuk tolak tawaran kerja, kita mesti jaga budi bahasa.

Jangan biarkan organisasi yang ingin ambil praktikal tidak tahu menahu tentang status kita. Maklumkan lebih awal agar tidak menyusahkan mereka.

Yang penting, sediakan diri untuk menghadapi soalan temuduga nanti.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment