4 Tanda Lelaki Tawar Hati Dengan Pasangan

Orang lalaki jarang buat muka. Tapi sekali lelaki merajuk, memang dia akan tarik muka betul-betul. Bagi orang perempuan, lebih-lebih lagi si isteri, ini sangat membimbangkan. Jadi, ini adalah beberapa tanda lelaki tawar hati dengan pasangan masing-masing.

Izinkan kami berkongsi.

Tanda lelaki tawar hati

1. Kita duduk sebelah, dia layan telefon

Masa dia kebanyakannya hanya untuk telefon. Walaupun kita berada di depan mata dia, dia buat-buat tak nampak dan tak perasan. Lebih layan benda tak hidup dari benda hidup yang mempunyai perasaan.

Tak salah main telefon. Cuma janganlah terlalu lama scroll Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok. Lagi teruk, main Mobile Legend atau PUBG tanpa henti.

Faham, tidak boleh pause. Tapi janganlah lepas habis main, sambung lagi.

Berpada-padalah.

 

2. Dia dah tak ajak keluar

Dulu-dulu, asyik heret kita ke sana dan ke sini. Sekarang tidak lagi. Nak kena tunggu kita orang perempuan cakap baru dia nak respon. Macam dah tak peduli langsung.

Sebenarnya, bab keluar ini, tak perlu ke tampat yang grand-grand pun. Isteri suka sahaja mana-mana, asalkan berada di samping suami. Kalau dah ada anak, lagi meriah.

Untunglah pada pasangan yang nak keluar pergi kedai runcit pun dia heret kita sekali.

 

3. Dia menyampah dengan perangai kita

Memang ada jenis isteri atau perempuan yang mengada-ngada sikit. Dulu dia tak kisah pun kalau mengada-ngada. Dia masih lagi layan. Sekarang tidak lagi.

Lebih teruk lagi, dia kata perangai kita annoying sangat.

 

4. Dia tak perasan perubahan kita

Rambut baru? Tak perasan.

Casing baru? Tak perasan.

Muka kita monyok? Tak perasan.

Dia seolah-seolah sengaja tak mahu ambil peduli atau tak kisah langsung tentang kita.

 

Akhir kalam

Tanda lelaki tawar hati ini tak susah untuk kita detect. Nampak dia tak seperti biasa, itu mungkin tanda-tandanya.

Orang perempuan kenalah tahu macam mana nak tarik perhatian dia semula. Janganlah anda pula yang merajuk dan minta dia pujuk. Tak akan habis masalah kalau begitu.

Jangan ego. Sentiasa raikan apa-apa hari penting seperti anniversary dan birthday. Sertakan dengan ucapan selamat hari lahir pada pasangan supaya hubungan tetap utuh.

Apa pun, harap-harap, pasangan anda tidak begini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment