Surau IOI City Mall (Lokasi di Tingkat L2 dan LG)

Pertama sekali, tahniah kerana anda masih lagi mahu menjaga solat walaupun berada di shopping mall atau di mana sahaja. Untuk orang yang tak biasa dengan IOI City Mall, memang akan menggelabah sedikit nak cari Surau IOI City Mall. Penat berjalan dari hujung ke hujung dan bila tak jumpa , akhirnya memang akan kecewa.

Tak apa, izinkan kami bantu.

1. Lokasi surau IOI City Mall di L2

Lokasi pertama surau di IOI City Mall ialah di tingkat L2. Ini surau yang paling mudah nak cari.

Di tingkat L2 ini, surau lelaki dan perempuan bukan berada di tempat yang bersebelahan.

Landmark yang anda perlu cari ialah Mr Toy dan tempat kawasan lapang kanak-kanak yang ada permainan kereta dan tunggangan haiwan bermotor.

Surau lelaki terletak betul-betul di belakang Mr Toy dan berdekatan dengan Medic Deno dan juga Asterspring. Kalau rasa nak buang air, tandas lelaki juga ada di tingkat L2.

Surau perempuan terletak di seberang surau lelaki iaitu di belakang Klinik Dr Lo (Skin, Laser & Aesthetic). Tandas perempuan juga ada di sebelah surau perempuan.

Sila ambil perhatian bahawa surau ini sangat sesak pada waktu puncak seperti Maghrib. Untuk memudahkan urusan solat anda, kami sarankan anda sampai awal ataupun lewatkan sedikit waktu solat.

Kalau anda musafir, boleh solat jamak takdim atau takhir.

 

2. Lokasi surau IOI City Mall di LG

Ini lokasi kedua dan agak susah nak cari kerana terletak di parking lot. Landmark yang anda perlu antaranya ialah restoran Tony Romas, Absolute Thai, 7 Eleven, Family Mart ataupun Sukiya.

Kalau dah jumpa 7 Eleven, anda perlu keluar dari pintu kaca dan menuju ke parking lot. Tengok samada nampak Thai Odyssey atau tidak.

Pandang depan dan cuba cari signboard surau. Boleh terus cross atau susur jalan berdekatan dengan Thai Odyssey. Hati-hati semasa melintas kerana ada kereta keluar masuk. Pandang kiri pandang kanan untuk elakkan kemalangan.

Jika ingin buang air, tandas lelaki dan perempuan juga ada di kawasan ini.

 

Kalau tak jumpa surau?

Sekiranya anda sudah penat dan berpeluh-peluh berjalan sana sini mencari surau, kami sarankan anda rujuk rujuk peta rasmi dari IOI City Mall. Tengok dan fahamkan betul-betul lokasinya.

Jika tidak, boleh bertanya pada mana-mana pengawal keselamatan atau pak guard yang ada di sana.

Untuk bantuan, boleh hubungi Customer Service Assistance di talian 03-8328 8899 atau 03-8328 8900. Talian ini dibuka dari jam 10am hingga 10pm.

Anda juga boleh hubungi Customer Service Hotline yang dibuka 24 jam di talain 017-8898101.

 

Akhir kalam

Sebenarnya, tak susah pun nak cari. Jika anda follow signboard, mesti jumpa punya. Naik escalator boleh, naik lif pun boleh.

Selesaikan dahulu yang penting. Lepas selesai urusan dengan Allah, boleh sambung aktiviti-aktiviti menarik yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak di sini.

Antaranya:

  • District 21
  • Main ice skating di Icescape Ice Rink
  • Dreamworld Playland
  • Main bowling Wangsa Bowl
  • Tengok air pancut di Symphony Park
  • Rasai pengalaman di kedai Korea terbaru di CU Mart

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Surau IOI City Mall (Lokasi di Tingkat L2 dan LG)”

  1. Hi assalamualaikum kawan saya macam ada tertinggal spec di surau LG ioi city mall tpi dh kembali ke surau surau kunci . Jadi bagaimana nak hubungi pihak surau ya ?

    Reply

Leave a Comment