Siaran Langsung Bajet 2021 (Live Streaming Belanjawan)


Jika anda seorang kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta, pasti tidak sabar menunggu apakah habuan atau bantuan yang akan diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada Bajet 2021 kali ini. Jadi, izinkan kami kongsikan siaran langsung Bajet 2021 yang anda boleh tonton petang ini.

Siaran langsung Bajet 2021 bila? Pukul berapa?

Bagi yang tidak tahu bila pembentangan bajet oleh kerajaan secara live, berikut ialah informasi berkenaan tarikh dan masa:

Jumaat, 6 November 2020

Jam 4 petang

Di mana boleh tengok live Bajet 2021?

Seperti yang dimaklumkan di atas, siaran langsung Bajet 2021 iaitu pembentangan Belanjawan 2021 secara live ini akan bermula pukul 4 petang ini.

Bagi yang mempunyai TV di rumah, anda boleh buka mana-mana channel untuk menonton pembentangan Bajet 2021 seperti TV1, TV3 dan Astro Awani.

Orang ramai yang berada di luar rumah juga boleh menonton pembentangan ini secara langsung, menerusi beberapa saluran secara streaming menggunakan telefon bimbit di sini:

  1. Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  2. Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM)
  3. Laman web MyKlik RTM
  4. Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
  5. TV3
  6. Astro Awani
  7. Layari Astro on the Go
    • Anda mestilah seorang pelanggan Astro
    • Layari laman web rasmi Astro di sini: https://astrogo.astro.com.my
    • Pilih I AM AN ASTRO CUSTOMER
    • Pada bahagian Email/Mobile Number, masukkan email atau nombor telefon anda
    • Pada bahagian Password, masukkan kata laluan anda.
    • Klik LOG IN

Sedikit mengenai Bajet 2021

Menteri Kewangan pada minggu lalu telah menerangkan bahawa kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan lagi perbelanjaan bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. Ini adalah penting untuk merangsang semula ekonomi negara yang terjejas teruk dek Covid-19.

Walau bagaimapun, bajet untuk pembangunan infrastruktur dikatakan bertambah. Bajet 2021 dikatakan juga adalah satu belanjawan untuk projek pembangunan dan perkembangan yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurut laman web rasmi Kementerian Kewangan berkenaan Cadangan Belanjawan 2021, ada beberapa perkara yang dititikberatkan. Antaranya ialah:

#1 Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat

  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
  • Memacu Pertumbuhan Ekonomi

#2 Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.

  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

#3 Mengupaya Kehidupan Lestari

  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

#4 Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Walau bagaimanapun, belum dapat dipastikan samada ada bantuan lagi atau tidak seperti BPN dan BSH sebelum ini.

 

Macam mana nak dapatkan ringkasan intipati pembentangan Belanjawan / Bajet 2021 untuk penjawat awam ini?

Anda hanya boleh muat turun laporan atau intipati Bajet 2021 hanya selepas pembentangan selesai dijalankan di parliment.

Boleh download di sini: https://www.treasury.gov.my/index-en.html

 

Ringkasan intipati Bajet 2021 untuk penjawat awam

Maklumat berkenaan Bajet 2021 untuk penjawat awam akan dikemaskini apabila pembentangan berlangsung nanti.


Leave a Comment