Semakan No Akaun BSN (Kalau Lupa & Tak Ingat, Check Balik Online)

Terlupa nombor akaun itu perkara biasa. Jangan menggelabah kalau tak ingat sebab tak simpan di mana-mana. Izinkan kami berkongsi cara untuk buat semakan no akaun BSN.

Sebelum itu, bagi yang masih lagi belum ada akaun MyBSN, boleh register BSN online banking secara percuma.

Nota:

  • Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sila check dulu samada cawangan BSN berdekatan dengan anda dibuka atau tidak
  • Bimbang akan membuang masa jika tidak buat semakan terlebih dahulu

1. Semakan no akaun BSN di mybsn.com.my

Ini cara yang paling mudah untuk buat semakan. Hanya terpakai jika anda sudah mendaftar MyBSN.

  1. Layari laman web rasmi BSN online banking di sini: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Masukkan Username
  3. Tekan butang Login
  4. Pastikan gambar yang terpapar ialah Security Image yang betul
  5. Jika betul, tekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Klik Account Overview
  9. Klik Savings Account
  10. Nombor akaun BSN anda akan terpapar di sini

 

2. Buat semakan nombor akaun pada buku bank BSN

Sekiranya suatu masa dahulu anda pernah mendaftar dan diberikan buku bank BSN, anda boleh buat semakan no akaun di dalam buku tersebut.

Mungkin ada tersimpan di dalam laci, almari atau di lokasi tersembunyi yang hanya anda yang tahu.

Andai kata anda kehilangan buku bank anda, sila buat buku baru di cawangan Bank BSN yang berdekatan. Sediakan wang sebagai kos penggantian buku bank anda yang baru.

 

3. Check no akaun BSN menggunakan kad ATM BSN

Jangan tenung kad ATM BSN lama-lama. Memang tidak ada tertulis nombor akaun BSN di situ. Yang ada hanyalah nombor kat ATM tersebut.

Anda perlu hadirkan diri ke mana-mana ATM BSN dan cucuk kat ATM tersebut untuk mendapatkan maklumat nombor akaun BSN.

Berikut ialah langkah-lagkah untuk semak no akaun dan baki bank melalui transaksi  di mesin ATM:

  1. Cucuk kad ATM BSN di mesin ATM BSN
  2. Masukkan PIN rahsia anda
  3. Pilih menu maklumat baki/semak baki
  4. Maklumat nombor akaun bank anda akan dipaparkan di skrin.
  5. Cetak resit
  6. Nombor akaun bank BSN anda akan terpapar di helaian cetakan resit tadi

 

4. Masih tak ingat account number? Boleh call Customer Service BSN

Untuk memudahkan lagi kerja-kerja anda, kami sediakan nombor talian khidmat pelanggan BSN seperti di bawah:

  • 1-300-88-1900.

Anda boleh menhubungi customer service BSN dan anda boleh meminta maklumat bank anda seperti nombor akaun, baki dan juga pertanyaan-pertanyaan lain.

 

5. Langkah terakhir, singgah ke cawangan BSN untuk dapatkan no akaun

Kalau anda lebih suka ke berurusan secara berhadapan sambil berbual dengan kakak-kakak cantik di kaunter BSN, silakan hadir ke mana-mana cawangan BSN yang berhampiran.

Bawa Kad Pengenalan dan buku bank BSN jika ada.

Sentiasa patuhi SOP dan jangan nakal-nakal bila berurusan dengan mereka. Jadilah seorang yang profesional.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda untuk buat semakan no akaun BSN anda.

Semoga bermanfaat.

16 thoughts on “Semakan No Akaun BSN (Kalau Lupa & Tak Ingat, Check Balik Online)”

Leave a Comment