Semakan i-Sinar KWSP (Check Pembayaran Online)

Sebelum ini, ada i-Lestari yang membolehkan anda keluarkan duit sebanyak RM500 dari Akaun 1. Sekarang, ada cara mohon i-Sinar KWSP pula. Ini bakal membolehkan anda membuat pengeluaran sebanyak RM500 juga. Namun dari Akaun 1. Menarik bukan?

Sedikit mengenai KWSP i-Sinar

Alhamdulillah.

Bermula pada 14 November 2020, KWSP telah mengumumkan satu lagi pelan pengeluaran duit dari Akaun 1 yang dipanggil i-Sinar.

i-Sinar diwujudkan hasil perbincangan bersama pihak berkepentingan agar ahli-ahli KWSP yang terkesan dapat mengharungi hidup zaman pandemik ini.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat seawal Disember 2020. Seperti biasa, amaun yang dipohon akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

Ini sudah tentu akan memudahkan ahli membuat permohonan tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat KWSP.

Tambahan lagi dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan untuk membendung wabak Coronavirus COVID-19, segala-galanya terbatas.

Antara kebaikan menggunakan sistem ini ialah:

  • Tidak perlu mengisi apa-apa borang pengeluaran
  • Tidak perlu pergi ke cawangan KWSP
  • Tidak perlu beratur di kaunter KWSP
  • Tidak perlu login i-Akaun
  • Tidak perlu email permohonan i Lestari
  • Boleh buat semakan status permohonan secara online
  • Juga boleh buat semakan pengeluaran secara online
  • Segala-galanya adalah secara online sahaja

Maka, izinkan kami kongsikan cara untuk permohonan pengeluaran iSinar menggunakan sistem yang baru ini.

Semakan status permohonan pengeluaran i-Lestari

Sila ikuti panduan ringkas di bawah untuk buat semakan permohonan secara online ini, iaitu pengeluaran i-Lestari KWSP tanpa i-Akaun.
Untuk panduan yang lebih lengkap, sila rujuk semakan i-Lestari online.

    1. Sama juga, layari i-Lestari online di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
    2. Klik SEMAK PERMOHONAN

 

    1. Pastikan anda berada di bahagian Semakan Status KWSP

 

    1. Isikan Nombor MyKad sama seperti dalam kad pengenalan

 

    1. Isikan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan tepat untuk semakan permohonan pengeluaran i-Lestari online ini
    1. Tick Saya bukan robot
    1. Selepas tick, akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
    1. Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
    1. Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
    1. Jika tidak ada gambar yang berkaitan, klik langkau
    1. Pastikan pilihan gambar telah selesai untuk meneruskan semakan pengeluaran iLestari online
    1. Klik Semak
    1. Anda akan dapat masuk melihat status permohonan KWSP i-Lestari
    1. Permohonan untuk buat semakan pengeluaran KWSP i-Lestari online tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
    1. Bayaran akan dimasukkan ke dalam bank pilihan.
    1. Jika semakan status LULUS, anda tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu tunggu duit masuk sahaja.

 

 

 

 

 

Permohonan KWSP i-Sinar

Berikut adalah perkongsian mengenai sistem i-Lestari tanpa i-Akaun yang terkini. Ia adalah alternatif kepada permohonan yang mewajibkan melalui i-Akaun.

 

Soalan lazim i-Sinar KWSP

Macam mana nak tahu sudah dapat kelulusan?

Jika mendapat kelulusan, anda akan dapat melihat Status Permohonan seperti di bawah.

 

Bila boleh dapat duit KWSP i-Sinar?

Bagi pemohon yang ada buat permohonan pengeluaran sebelum akhir bulan, anda dibayar pada bulan seterusnya.

Ini bermakna, bukan duit akan diterima bukan dalam bulan yang sama.

Untuk lebih mudah faham, izinkan kami berikan contoh:

  • Tarikh permohonan: Akan dikemaskini
  • Permohonan diterima: Akan dikemaskini
  • Permohonan disahkan: Akan dikemaskini

Maka bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank pada bulan yang akan dikemaskini nanti.

Walau permohonan ini adalah permohonan secara online, ia juga akan ambil sedikit masa untuk diproses oleh pekerja KWSP.

 

Berapa banyak amaun KWSP iSinar yang boleh dikeluarkan?

Amaun duit KWSP i-Lestari yang dibenarkan untuk dikeluarkan adalah bermula daripada RM 50 hingga maksimum RM 500 setiap bulan.

Jika dibuat kira-kira yang mudah:

  • Jika anda keluarkan RM 500 setiap bulan
  • Dan berterusan selama 12 bulan
  • Jumlah amaun yang akan dikeluarkan adalah RM 6,000

 

Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki yang terdapat dalam Akaun 2 KWSP.

Permohonan pengeluaran boleh dibuat secara online. Permohonan pengeluaran Akaun 2 ini juga hanya perlu dibuat sekali sahaja.

Ahli boleh membuat permohonan dalam tempoh 12 bulan bermula April 2020 hingga Mac 2021.

Cuma janganlah bertangguh sehingga sudah hampir ke bulan Mac 2021.

 

Kalau tak ada akaun bank, macam mana?

Tidak boleh.

Untuk pengeluaran menggunakan sistem iLestari, anda mesti ada akaun atas nama sendiri. Sila tunggu selepas tamat PKP untuk membuka akaun di mana-mana bank berdekatan.

Walaupun sekarang masih dalam bulan April 2020, masih lagi ada masa yang mencukupi sehingga bulan Mac 2021 untuk buat urusan pengeluaran.

 

Bolehkah guna akaun bank pasangan?

Walaupun permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, termasuk suami atau isteri, maklumat bank mestilah sama dengan nama pemohon.

Ini bermakna, jika pemohon ialah suami, maka suami mestilah menggunakan akaun bank yang atas nama sendiri.

 

Akhir kalam

Terima kasih KWSP kerana mendengar suara rakyat yang mahukan pengeluaran dari Akaun 1.

Apa yang kami harapkan, semoga perkongsian cara mohon i-Sinar KWSP ini dapat membantu anda dalam perbelanjaan seharian. Duit ini duit hasil titik peluh kita. Hargailah seadanya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment