Borang Nikah Selangor: Permohonan di NCR JAIS Online


Zaman dulu, jika ingin buat permohonan kahwin, kena isi borang pendaftaran perkahwinan dengan pen. Bertuah zaman sekarang kerana semuanya dipermudahkan. Bagi yang bakal bernikah dengan warga Selangor, rajin-rajinkan diri untuk kenal-kenal dengan sistem NCR JAIS online di ncr.jais.gov.my di sini.

Sekadar maklumkan, pastikan juga bersedia mental dan fizikal untuk malam pertama sebagai pengantin baru nanti.

Kursus kahwin Selangor

Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ini adalah penting agar dapat mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Kursus Pra-Perkahwinan adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).

Laman ncr.jais.gov.my menyediakan Borang Kursus Pra Perkahwinan berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI).

Di sini, pemohon boleh merujuk prosedur dan langkah-langkah permohonan untuk mengisi borang.

Prosedur kursus kahwin Selangor

Sila baca betul-betul sebelum mendaftar untuk permohonan isi borang kursus kahwin Selangor.
Kursus kahwin Selangor
Pemohon boleh memilih tarikh kursus dan lokasi pilihan yang bersesuaian dan menghantar permohonan secara online.

Sistem NCR JAIS Online (ncr.jais.gov.my)

Sistem ncr.jais.gov.my
Sistem Nikah, Cerai dan Rujuk Online JAIS ini merangkumi perkhidmatan utama untuk perkahwinan, cerai dan rujuk yang disediakan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS. Sila isi No Mykad dan atalaluan untuk mula menggunakan sistem ini. Pastikan segala dokumen sokongan disediakan.

Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Untuk orang lelaki yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah terlalu rumit. Rujuk carta untuk sistem ncr.jais.gov.my di bawah:
Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Prosedur perkahwinan perempuan Selangor

Sebaliknya, untuk orang perempuan yang akan berkahwin di Selangor, prosedurnya tidaklah agak sedikit panjang. Rujuk carta di bawah:
Prosedur perkahwinan lelaki Selangor

Hilang sijil nikah Selangor, boleh mohon di NCR JAIS

Bagaimana pula jika sijil nikah atau surat nikah hilang? Bagaimana prosedurnya?

Surat Perakuan Nikah adalah antara dokumen perkahwinan yang penting bagi individu yang telah berkahwin. Oleh yang demikian ia perlu disimpan di tempat yang selamat.

Namun begitu, sekiranya berlaku kahilangan akibat bencana atau musibah tidak dapat dielakkan, salinan dokumen pernikahan yang baru boleh dipohon di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Sehubungan dengan itu, laman ncr.jais.gov.my ini juga menyediakan Borang Permohonan Salinan Surat Perakuan Nikah secara online bagi membantu dan memudahkan individu yang telah berkahwin di Selangor, memohon salinan surat perakuan nikah yang baru. Pemohon boleh mengisi dan menghantar borang tersebut secara online tanpa perlu mengambil borang di PAID.

Selain itu, laman ini juga turut menyediakan satu senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan oleh individu tersebut semasa berurusan di PAID.

 

Akhir kalam

Semoga perkahwinan yang dihajati, akan dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah.

Dan semoga kekal hingga ke akhir hayat. Jangan cerai-cerai, semoga kita semua menikmati bahagia.

Ingat, suami yang baik ialah yang solat Subuh berjemaah di masjid. Sama-sama kita hidupkan Islam dalam rumahtangga kita.

Semoga dengan perkongsian tentang borang nikah Selangor ini dapat memudahkan urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • borang nikah online selangor
  • borang permohonan nikah selangor
  • borang nikah selangor
  • ncr jais gov my
  • borang nikah selangor perempuan

14 thoughts on “Borang Nikah Selangor: Permohonan di NCR JAIS Online”

  1. Saya adalah seorang janda dan ingin nikah semula dengan bekas suami. Kami telah bercerai pada 24 hb september 2018. Pernikahan kami terdahulu ada sijil nikah berkursus di masjid negeri selangor.. Soalan nye adakah kami perlu mngambil kursus kahwin semula..

    Reply
  2. jikalau dulu kita pernah daftar NCR poligami dan tak jadi bernikah..dan telah bercerai,dan sekarang sy ingin bernikah semula…perlu ke sy rujuk ke pejabat agama islam…sebab sy sudah cuba untuk isi borang 2A NCR ONLINE tetapi tidak boleh …sila beri pencerahan..

    Reply
  3. Assalamualaikum. Borang nikah online untuk perempuan tak boleh simpan ye. Sy dah isi borang tersebut pada bahagian boramg 2C tapi hanya ada butang batal dan hantar saja.
    Adakah selepas sy tekan hantar borang tersebut tidak boleh ubah lagi.

    Reply
  4. asssalamualaikum,

    kenapa saya tak boleh buat online untuk isi borang nikah di selangor..bila click dia keluar privacy error

    Reply
  5. salam.. saya nak tanya, saya ingin bernikah di selangor. tapi saya telah isi borang di web sppim. kemudian baru saya tahu pautan itu bkn utk yg bernikah di selangor. macam mana saya nak tukar ke borang ncr? kerana bila saya daftar di ncr maklumat id saya dimaklumkan telah tersedia. harap dapat bantu saya.

    Reply
  6. Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanya cara untuk daftar online.

    Tunang saya (Lelaki) tinggal di pulau pinang,dah telah mohon nikah di pejabat agama p.pinang. dan dalam proses diluluskan. Saya (perempuan) bermastautin di ampang, selangor. Ingin mohon bernikah di kedah.
    Soalan saya; adakah saya perlu mohon secara online di website jais sahaja atau perlu daftar sekali di website sspim kerana bernikah di luar khariah.
    Soalan kedua. Selepas dapat surat kebenaran dari pihak lelaki apa yg perlu saya buat dulu? Adakah saya boleh daftar serentak? Mohon pencerahan.

    Reply

Leave a Comment