Bagi yang mendengar Pakej Prihatin PKS Tambahan yang baru sahaj diumumkan oleh Perdana Menteri, pasti mahu tahu cara mohon Program Subsidi Upah PERKESO.
Sedikit mengenai Program Pengekalan Pekerjaan
PERKESO memperkenalkan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) iaitu bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada majikan yang perlu diberikan kepada setiap pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji akibat penularan wabak Coronavirus COVID-19.
Program Pengekalan Pekerjaan adalah untuk pekerja yang bercuti tanpa gaji.
Sedikit mengenai Program Subsidi Upah
Program Subsidi Upah atau Wage Subsidy adalah subsidi upah sebanyak RM600 sebulan yang dibayar kepada majikan bagi setiap pekerja mereka.
Ini adalah terhad kepada 200 orang pekerja sahaja, bagi tempoh maksima 3 bulan.
Program Subsidi Upah adalah untuk majikan yang masih mahu mengekalkan pekerja mereka.
Perbezaan Program Pengekalan Pekerja dan Program Subsidi Upah
Rujuk infografik di bawah:
Permohonan Program PERKESO
Kemaskini Pakej Prihatin TAMBAHAN PKS
Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac 2020 yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.
Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:
Syarikat mempunyai pekerja 1-75 orang
Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja.
Syarikat mempunyai pekerja 76-100 orang
Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.
Syarikat mempunyai pekerja lebih 200 orang
Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan.
Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.
Majikan mesti berdaftar dengan SSM
Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.
Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.
Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang- kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
Langkah ini adalah penting kepada ia dapat memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja, yang hilang sumber pendapatan.
Golongan yang layak Program Pengekalan Pekerja PERKESO
- Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020
- Pekerja sektor swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO
- Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
- Majikan membuat permohonan bagi pihak pekerja
- Majikan hendaklah menyalurkan RM600 terus kepada akaun pekerja
Cara mohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO
Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja.
Ini bermakna, pekerja tidak perlu buat apa-apa melainkan untuk maklumkan dan ingatkan majikan supaya buat permohonan ERPC-19.
Buat masa ini, tiada sistem online dibangunkan. Majikan perlu buat secara manual dengan mengisi borang dan email kepada pihak SOCSO.
- Majikan perlu download borang ERPC-19
- Majikan perlu isi borang ERPC-19
- Masukkan butiran majikan seperti berikut:
- No Kod Majikan
- No Akaun Bank
- Nama Bank
- Nama Perusahaan
- Industri
- Alamat Surat Menyurat
- Nombor Telefon Majikan
- Nombor Faks
- E-mel
- Pernyataan jika mempunyai pekerja asing atau tidak
- Untuk Program Subsidi Upah PERKESO ini, masukkan maklumat pekerja seperti berikut:
- Nama Pekerja
- No Kad Pengenalan
- Jawatan
- Nombor Telefon Pekerja
- Email Pekerja
- Tempoh Notis Cuti Tanpa Gaji (berapa hari)
- Gaji Semasa dalam Ringgit Malaysia (RM)
- Sediakan dokumen sokongan diminta seperti berikut:
- Salinan Penyata Akaun Perusahaan berserta Nombor Pendaftaran majikan
- Notis pemberian cuti tanpa gaji kepada pekerja yang terlibat
- Lampiran senarai pekerja yang terlibat dalam format Microsoft Excel
- Bagi tuntutan yang ke 2-6, borang ERPC-19 perlu digunakan dengan pengesahan syarikat dan tandatangan.
- Email borang dan lampiran Excel untuk senarai pekerja yang terlibat ke [email protected]
Syarat Kelayakan Program Subsidi Upah PERKESO
- Pekerja mestilah berdaftar dan mencarum di dengan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (EIS).
- Majikan mestilah membuat akuan syarikat mengalaman penurunan pendapatan sebanyak 50% sejak Januari 2020.
- Majikan perlu memastikan mereka tidak membuang pekerja, mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan memotong gaji sedia ada pekerja semasa menerima bantuan bagi tempoh 3 bulan tersebut dan 3 bulan berikutnya.
- Hanya untuk pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah
- Terhad kepada 100 orang sahaja bagi setiap majikan terbuka kepada semua sektor.
Cara mohon Program Pengekalan Pekerja PERKESO
- Layarai laman rasmi PERKESO di https://prihatin.perkeso.gov.my
- Klik Sign In
- Akan dikemaskini kerana dalam proses penyelenggaraan teknikal.
Hubungi PERKESO
Sebarang pertanyaan, boleh hubung SOCSO di talian berikut:
- 03-8091 5100
- 03-4264 5555
- 1-300-22-8000
Akhir kalam
Ini adalah tanggungjawab majikan dalam menjaga kebajikan pekerja.
Jika anda seorang majikan, ingatkan pekerja bujang dan yang sudah berkahwin untuk memohon BPN.
Juga ingatkan pekerja untuk mohon pengeluaran duit KWSP Akaun 2 i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, yang boleh menampung sedikit kehidupan selama setahun.
Benar, itu duit mereka sendiri. Nasihatkan agar bijak dalam menguruskan kewangan.
Diharapkan agar perkongsian cara mohon Program Subsidi Upah PERKESO ini dapat memudahkan lagi hidup pekerja-pekerja anda.
Semoga bermanfaat.
KALAU PEKERJA YANG MASIH BERKERJA TETAPI DIBAYAR SEPERUH GAJI ADAKAH LAYAK MENERIMA SUBSIDI UPAH, KALAU LAYAK BAGAIMANA CARA MEMOHOIN
SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN SSM TAPI TAK BERDAFTAR DENGAN KWSP DAN SAYA MENPUNYAI 4 ORANG PEKERJA YANG MASIH MENJALANKAN OPERASI PERKAPALAN WALAU PUN TIADA JOB DALAM 2 BULAN NI DAN GAJI MASIH PERLU DIBAYAR. DAN SEKARANG NI SYUARIKAT TERTANGGUH 1 BULAN BAYARAN GAJI PEKERJA.. SO BAGAIMANA HENDAK MEMOHON BANTUAN.
SYARIKAT BERDAFTAR DENGAN SSM TAPI TAK BERDAFTAR DENGAN KWSP DAN SAYA MENPUNYAI 4 ORANG PEKERJA YANG MASIH MENJALANKAN OPERASI PERKAPALAN WALAU PUN TIADA JOB DALAM 2 BULAN NI DAN GAJI MASIH PERLU DIBAYAR. DAN SEKARANG NI SYARIKAT TERTANGGUH 1 BULAN BAYARAN GAJI PEKERJA.. SO BAGAIMANA HENDAK MEMOHON BANTUAN.
saya hendak bertanya tentang pekerja yang tak berdaftar PERKESO tetapi syarikat mempunyai SSM sahaja, Contohnya kios dihentian rehat&rawat plus adakah pekerja seperti mereka boleh mendapat pampasan seperti kerajaan malaysia sediakan itu?
Saya di berhentikan kerja oleh majikan saya dengan alasan tak ada projek lagi.. Saya berkerja dengan tauke saya ini pun ikut projek je.. Projek habis kerja pun habis. Jadi kebetulan di tengah pkp ini tauke saya suruh saya berhenti kerja, saya tak salahkan dia persoalan nya disini, layakkah saya memohon sendiri subsidi upah ini? Kalau layak bagaimanakah cara nya?
Kalau perkerja tak ada kerja tapi majikan bayar separuh gaji yg ini macam mana tapi majikan ada potong socso
selamat petang,sy ingin tanya sekiraanya saya ingin mohon utk RM1200 bagi pekerja, macam mana mahu dapatkan borang permohonan sbb sy ahanya nampak ada borang ERPS19 yang hanya mohon untuk RM600 sahaja
Selamat Malam.Saya ingin bertanya soalan lazim je disini. Saya memiliki SSM dan pekerja sebanyak 9 orang.Tiada potongan KWSP dan Sosco.Ada kah syarikat saya layak terima bantuan RM1200 tiap seorang.Perkhidmatan lori .Gaji masih dibayar walaupun panggilan untuk sewa lori telah berkurangan.Harap diberi pencerahan sikit
Slmt Ptg. Saya ada SSM dan pekerja sebanyak 7 orang.Tiada potongan KWSP dan Sosco.Ada kah syarikat saya layak terima bantuan RM1200 tiap seorang.Perkhidmatan lori .Gaji masih dibayar penuh walaupun panggilan untuk sewa lori telah berkurangan.Harap diberi pencerahan sikit
Selamat malam saya Ada SSM tepi saya tak potong kwsp Dan sosco saya bawah lori barang2 lusuh saya boleh dapat prihatin tambahan 1200 saya Dan 6 orang perkerja Sekarang kami tada kerja orang kerja dengan saya banyak susah tolong bagi tahu pls
dalam borang lampiran senarai pekerja, majikan dimohon isi bahagian Tuntutan ke 1,2,3,4,5…
ape maksud tuntutan 1 – 5,
Saya nak tanya saya ada ssm dan saya tiada kwsp dan socso saya berkerja sendiri tapi saya tiada perkerja adakah saya layak memohon…
Perniagaan saya telah mendaftar perkeso pada awal tahun 2019 dan mempunyai 1 pekerja(pekerja pun telah didaftarkan perkeso)tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan,pekerja tersebut telah diberhentikan dengan notis pada bulan oct pada tahun yang sama.Tetapi telah mengambil pekerja semula(2orang)dan telah mendaftar perkeso pada feb 2020..soalan saya,layak kah 2 orang pekerja ini memohon?tq
ada daftar pemohanan PSU50 RM1200. Bagaimana boleh dapat no. rujukan?
Selamat pagi…sy nk tanya…majikan sy ckp dia dh register utk prohram wage subsidi ni…sy pn tanya lagi..dia ckp benda yg sama and then dia suruh sy bt register sendiri atau apa2 saja tentang perkara ini..sy buntu …saper yg sepatutnya bt utk pekerja dptkn subsidi upah ini…sendiri atau majikan yg btkn..adakah layak sy terima wage subsidi ini…mohon pencerahan dan penjelasan dr pihak perkeso..
Saya br dpt kerja keesokan br nak mula kerja PKP bermula ada kah majikan baru saya ni kena bayar gaji bulanan tersebut Dan adakah saya juga tersenarai dlm program subsidi upah pekerja tersebut mohon pencerahan tksh
Saya sudah membuat permohonan PSU dan sudah reply no.rujukan so macam mana saya boleh semak lulus atau tidak permohonan saya. TERIMA KASIH
SAYA MAHU TANYA…SAYA ADA MAJIKAN SENDIRI,IAITU WORKSHOP…TETAPI SAYA TIADA ADA PEKERJA…..KALAU MCM TU BOLEH KE SAYA MOHON MATRIX PERKESO…..KALAU BOLEH TOLONG BAGITAHU CARA MOHON …..TERIMA KASIH
mohon bantuan . lupa no rujukan semasa submit permohonan pertama pks
Tuan / Puan
Syt kami sampai sekarang belum dapat PSU Jul , Aug , Sept
dan dapati dalalm website pekerja yang dituntut should be 2 tapi dalam process 1
what should i do ?