Cara Daftar i-Lestari KWSP (Pengeluaran Duit EPF Akaun 2)

Sebab wabak Coronavirus COVID-19 yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia terjejas dari segi ekonomi, pencarum EPF kini boleh keluarkan RM500 setiap bulan. Ikuti cara daftar i-Lestari KWSP untuk mohon keluar duit EPF secara online menggunakan i-Akaun.

Klik sini untuk baca cara daftar i-Sinar dan juga cara mohon i-Sinar KWSP yang baru.

Sila buat semakan penyata KWSP online terlebih dahulu, bimbang baki amaun yang ada dalam Akaun 2 tidak mencukupi.

Jika segala-galanya berjalan lancar, jangan lupa buat semakan i-Lestari KWSP samada pengeluaran diluluskan dan bayaran dimasukkan ke dalam akaun bank.

Sedikit mengenai i-Lestari KWSP

Seperti yang dimaklumkan, pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari KWSP boleh dibuat permohonan mulai 1 April 2020. Bagi memudahkan rakyat untuk membuat permohonan tanpa berurusan di kaunter KWSP agar terus berada di rumah, permohonan boleh dibuat melalui online, emel atau pos.

Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 setiap bulan, untuk tempoh 12 bulan. Namun ia bergantung juga kepada baki jumlah simpanan Akaun 2 ahli.

Bayaran akan dibuat bermula bulan permohonan dibuat sehingga Mac 2021.

Cara daftar i-Lestari KWSP

Pencarum boleh buat permohonan pengeluaran dengan empat (4) cara:

  1. Secara online (e-Pengeluaran melalui i-Akaun i-Lestari Akaun 2)
  2. Secara e-mel kepada [email protected].my
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat pejabat KWSP
  4. Secara serahan di kaunter KWSP setelah PKP tamat.

Kami akan terangkan satu persatu seperti di bawah.

 

#1 Cara daftar i-Lestari KWSP  & buat pengeluaran

Sila ikuti langkah di bawah untuk mohon keluar duit KWSP menggunakan i-Akaun secara online.

Pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP untuk mengeluarkan duit secara online.

  1. Login ke i-Akaun KWSP menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
  2. Klik pada menu Pengeluaran di bahagian atas laman web
  3. Anda kini berada di dalam bahagian e-Pengeluaran
  4. Di sini juga, anda boleh lihat senarai rekod pengeluaran yang pernah dibuat sebelum ini
  5. Klik pada butang Permohonan Baru
  6. Anda kini berada dalam Langkah 1 iaitu Permohonan Pengeluaran Baru
  7. Pilih Jenis Pengeluaran i-Lestari
  8. Akan keluar beberapa pesanan mengenai NOTA PENTING PERMOHONAN e-PENGELUARAN.
  9. Setela selesai baca dan faham, klik OK
  10. Klik Seterusnya
  11. Anda kini berada dalam Langkah 2 iaitu Maklumat Pengeluaran
  12. Di sini, anda boleh lihat beberapa maklumat seperti:
    • Jenis Pengeluaran
    • Permohonan Lain Sedang Diproses
    • Bakin Simpanan Akaun 2 (RM)
    • Anggaran Amaun Kelayakan (RM)
    • Amaun Dimohon
    • Butiran Akaun Bank
    • Nama Bank
    • Nombor Akauin Simpanan / Semasa
  13. Di bahagian Amoun Dimohon, masukkan amaun pengeluaran i-Lestari KWSP yang hendak dikehendaki
  14. Anda boleh keluarkan maksimum RM500 sahaja
  15. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada baki simpanan Akaun 2
  16. Jika anda mahu keluarkan RM500 setiap bulan selama 12 bulan, Akaun 2 mestilah mempunyai jumlah simpanan RM6000 dan ke atas
  17. Kemudian, pilih Nama Bank dan masukkan Nombor Akaun Simpanan atau Semasa.
  18. Harus diingat, anda tidak boleh masukkan nombor akaun orang lain
  19. Anda kini berada dalam Langkah 3 iaitu Ringkasan Permohonan Pengeluaran
  20. Sila semak maklumat berikut samada betul atau tidak, terutama sekali di bahagian Maklumat Pengeluaran:
    • Maklumat Peribadi
    • Nama
    • No Pengenalan Diri
    • Alamat Surat Menyurat
    • Alamat
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
    • Negera
    • Maklumat Perhubungan
    • Telefon Bimbit
    • Telefon Rumah
    • Telefon Pejabat
    • E-mel
    • Maklumat Pengeluaran
    • Jenis Pengeluaran i-Lestari KWSP
    • Baki Simpanan Akaun 2 (RM)
    • Anggaran Amaun Kelayakan (RM)
    • Amaun Dimohon (RM)
    • Butiran Akaun Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Simpanan / Semasa
    • Perakaun
    • Tick pada “Saya dengan ini mengesahkan bahasa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma dan Syarat”
    • e-Pengeluaran: Permohonan TAC
    • Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan untuk Permohonan TAC
    • TAC
  21. Sekiranya semua maklumat sudah disemak dan diperakui betul, klik Permohonan TAC
  22. Nombor TAC yang mempunyai 6-digit akan dihantar secara SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  23. Masukkan nombor TAC
  24. Klik Hantar
  25. Kini, cara mohon keluar duit KWSP Akaun 2 i-Lestari sudah selesai

 

#2 Cara daftar i-Lestari KWSP guna email

  1. Download borang pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
  2. Sila rujuk BORANG PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI sebagai panduan untuk mengisi borang
  3. Isi borang PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI dengan lengkap
  4. Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan
  5. Scan borang permohonan yang sudah lengkah diisi dan cap jari
  6. Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
    • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
    • Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia)
    • Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
  7. Email borang dan dokumen sokongan ke ilestarimohon@epf.gov.my
  8. Pastikan anda simpan email tersebut untuk rujukan
  9. Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna email sudah selesai

#3 Pengeluaran duit KWSP i-Lestari guna POS

  1. Download borang pengeluaran i-Lestari di sini: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
  2. Jika ada masalah capaian, download di sini
  3. Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah selesai, anda juga boleh dapatkan dari pejabat KWSP yang berhampiran
  4. Sila rujuk BORANG PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI sebagai panduan untuk mengisi borang
  5. Isi borang PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI dengan lengkap
  6. Cap jari pada ruang yang disediakan, untuk cap ibu jari sebelah kiri dan kanan
  7. Sertakan juga dokumen sokongan seperti:
    • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
    • Salinan passport (untuk ahli bukan warganegara Malaysia)
    • Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) ahli yang AKTIF
  8. Hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
      Karung Berkunci No 220,
      Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
      (Pengeluaran i-Lestari)
  9. Kini, cara mohon keluar duit KWSP guna pos juga sudah selesai

 

#4 Pengeluaran duit KWSP i-Lestari tanpa borang dan i-Akaun

Ini adalah satu penambahbaikan dari KWSP.

Kini, anda boleh buat pengeluaran i Lestari online tanpa i Akaun.

Ya, tidak perlu login apa-apa.

  1. Layari portal rasmi i-Lestari di sini: https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik PERMOHONAN BAHARU
  3. Isikan Nombor MyKad.
  4. Pemohon mestilah belum lagi mencapai umur 55 tahun semasa permohonan permohonan pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun dibuat.
  5. Isikan Nombor Telefon Bimbit
  6. Isikan Alamat Email
  7. Isikan Alamat Rumah
  8. Isikan Poskod
  9. Isikan Bandar
  10. Pilih Negeri
  11. Pilih Amaun di bahagian Amaun Dimohon Sebulan (RM)
  12. Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  13. Masukkan Akaun Bank (Simpanan / Semasa) Aktif untuk buat pengeluaran i-Lestari online ini
  14. Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
  15. Klik Hantar
  16. Permohonan baru pengeluaran i-Lestari tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

 

Berapa kali perlu buat permohonan i-Lestari?

Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan terus dikreditkan secara berulang setiap bulan ke dalam akaun bank ahli.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar i-Lestari KWSP ini dapat memudahkan lagi hidup anda.

Jika dapat keluarkan duit KWSP, jangan berbelanja hingga lupa daratan. RM500 sebulan itu tidaklah banyak mana.

Jika anda layak mohon Bantuan Prihatin Rakyat, teruskanlah. Sekurang-kurangnya, ada simpanan untuk kecemasan.

Kami doakan agar kita semua murah rezeki dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik ini.

Jika masih tidak cukup, cuba baca cara mohon bantuan kewangan lain yang ada.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Cara Daftar i-Lestari KWSP (Pengeluaran Duit EPF Akaun 2)”

  1. Hai. Saya salah letakkan no akaun bank islam. No akaun tu no lama. Skrg saya no akaun bank islam saya dr akaun baru baru tp saya terlupa pasal tu. Jd saya terletakkan no akaun lama. No akaun lama tu dah tutup. Jd saya nak tanya, macam mana saya nak tukar no akaun saya tu? Saya call hotline x dpt2.

    Reply
  2. Saya nak tanya i lestari saya dah diluluskan tetapi di beri check sbb sy tiada ac bank….boleh x sekiranya suami sy yg mengambil check tersebut kerana sy mempunyai ank kecil

    Reply
  3. Saya baru apply bulan Jun lestari. Sudah seminggu lebih. Masih Tunjuk rekod belum diterima. Kenapa Ye.. Orng lain dlm 3hari dah dapat. Saya dlm susah . Tlg

    Reply
  4. Saya baru apply bulan Jun lestari. Sudah seminggu lebih. Masih Tunjuk rekod belum diterima. Kenapa Ye.. Orng lain dlm 3hari dah dapat. Saya dlm susah . Tlg

    Reply

Leave a Comment