Jika anda sedang mencari contoh poster anti dadah untuk anak adan, ketahuilah bahawa anda adalah antara ibu-bapa yang prihatin dan bersungguh-sungguh untuk membantu anak anda memasuki pertandingan melukis dan mewarna untuk kempen anti dadah di sekolah.
Tak kisah samada mewarna di peringkat sekolah rendah, atau melukis di peringkat sekolah menengah, idea ini boleh sahaja digunapakai.
Yang penting, kreatif dalam berkarya.
Berikut adalah antara idea untuk menghasilkan poster anti dadah, dalam kategori mewarna dan melukis.
Mudah-mudahan, anak anda boleh menang pertandingan.
Tips lukis poster anti dadah
Izinkan kami berkongsi pandangan tentang cara dan tips.
Poster anti dadah: Warnakan dengan warna yang cerah
Pertandingan mewarna poster ini, biasanya hanya untuk kanak-kanak sekolah rendah (sekolah kebangsaan).
Kadang-kadang, mereka tidak berapa tahu bagaimana untuk menjadikan lukisan anti dadah untuk lebih menarik.
Maka, perlu beritahu anak-anak, jika mewarna, biar terang. Mudah untuk tarik perhatian.
Walaupun tema dadah nampak gloomy, warna terang akan membangkitkan suasana.
Paling menarik ialah campuran merah kuning pada tulisan ‘dadah’ itu.
Poster anti dadah: Warnakan background
Jangan biarkan putih sahaja kerana ia jadi kurang menarik.
Kena pandai pilih warna latar belakang agar lebih terserlah.
Lukis yang mudah-mudah sahaja
Menarik contoh poster anti dadah ini, sesuai untuk anak-anak sekolah rendah.
Tidak perlu sampai tahap seni seperti Picasso.
Pertandingan ini bukanlah pertandingan untuk mendapatkan nama dan wang. Ia lebih kepada awareness untuk anak-anak kita, yang dadah itu merbahaya.
Masukkan elemen tengkorak, picagari, pil – itu sudah mencukupi.
Lukis jenis-jenis dadah
Untuk melukis poster anti dadah yang berkaitan dengan jenis dadah, ia lebih sesuai untuk pelajar sekolah menengah. A
da banyak poster dan banner Agensi Antidadah Kebangsaan yang boleh didapati di sini.
Kenapa kena tengok poster dan banner dulu?
Ini adalah untuk mendapatkan idea, fakta dan maklumat yang sahih tentang jenis-jenis dadah.
Pilih salah satu sahaja. Contohnya, gambar ganja atau pil amphetamine.
Selepas itu, tambah dengan kesan sebab mengambil dadah. Sila baca butiran seterusnya.
Lukis kesan buruk, akibat dadah
Antara idea lain untuk melukis dan mewarna poster anti dadah ini ialah dengan menggambarkan kesan buruk daadah.
Biasanya, anak-anak boleh lukis gambar orang yang nampak macam tak betul.
Nampak mabuk dan diri tidak terurus. Nampak macam orang gila.
Lukis bahan untuk mengambil dadah
Ini yang paling popular dalam mana-mana pertandingan melukis dan mewarna poster anti dadah.
Majoriti akan memilih untuk melukis picagari.
Mudah dan tidak perlu berfikir panjang.
Lukis gambar tengkorak
Selain picagari, gambar yang sesuai untuk poster ini ialah gambar tengkorak atau rangka manusia.
Cuma mesejnya tidak positif disini. Ia sekadar ingin memberitahu, ada impak negatif jika mengambil dadah.
Tulisan biar besar
Ini penting agar mesejnya sampai.
Tidak guna jika hanya ada gambar, tetapi tidak ada mesej.
Akhir kalam
Semoga contoh poster anti dadah yang kami kongsikan ini, ada manfaatnya.
Walau apa pun persediaan kita untuk anak-anak dalam pertandingan mewarna dan melukis peringkat sekolah, pastikan mereka tahu jangan sesekali mendekati dadah.
Warna, warna juga. Lukis, lukis juga. Pastikan mesej itu sampai.
Katakan tidak pada dadah. Jangan sesekali mencuba.
Mohon izin untuk menyelit, jemput baca tentang SAPS Ibu Bapa online untuk menyemak markah peperiksaan anak dan kedudukan dalam kelas.
Semoga bermanfaat.
Sangat terbaik
Wow interesting😍
Sangat cantik lukisan berikut dan Kata kata anda tq untk gambr conth