8 Cara Buat Duit Online (Tanpa Modal, Cuma Perlu Skill)

Kalau anda kena buang kerja atau nak cuba tambah pendapatan, ini adalah beberapa cara buat duit online yang boleh dilakukan.

Tolak tepi rasa malu. Soalnya sekarang, mahu atau tidak sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat duit online

#1 Jadi Seorang Penulis

Ada beberapa cara buat duit online dengan menjadi seorang penulis, tapi yang penting kena mula belajar menulis dengan baik terlebih dahulu. Anda harus bezakan, menulis di blog tak sama dengan menulis di media sosial.

Caranya?

  • Promote khidmat di blog.
    Iklankan servis yang nak ditawarkan di dalam blog tu. Sertakan skop perkhidmatan dan cara untuk hubungi anda
  • Dalam media sosial.
    Ubah Instagram anda ke business account dan bina page Facebook untuk servis anda. Iklankan jika perlu.
  • Melalui platform servis pihak ketiga.
    Buka akaun di platform laman web seperti Freelancer dan Fiverr dan tawarkan khidmat penulisan anda.

Berapa banyak boleh dapat dengan jadi seorang penulis?

Kadar bayaran yang boleh diterima ialah dari RM30 hingga RM3,000. Copywriting (coretan ringkas untuk iklan atau artikel pendek) selalunya bermula dari RM50 hingga RM80. Tapi, kalau tulisan anda sangat power dan boleh membuatkan orang membeli sesuatu produk,sudah tentu boleh caj lebih mahal.

Untuk artikel blog, artikel web, dan seumpamanya, anda mampu dapat dari RM50 hingga RM100 untuk satu artikel yang panjangnya 1,000 patah perkataan.

Ada orang yang suka caj jumlah perkataan, tapi kadang-kadang cara itu nampak macam tak sesuai pula.

Waalu bagaimanapun, sekiranya anda ingin ketahui cara mudah membuat resume online untuk anda hantarkan ke bakal majikan anda nanti, kami ada sediakan panduan tentang cara buat resume online yang mudah dan ringkas.

Pro & Kontra

  • Pro
    Tiada kos untuk mula dan sangat fleksibel
  • Kontra
    Banyak saingan dan pendapatan tak konsisten

 

 

#2 Buat Bimbingan Atau Tuisyen/Tutorial Dalam Talian

Cara buat duit online yang ini pula sama sahaja macam di sekolah, kalau anda seorang cikgu, anda boleh mengajar dan bagi bimbingan pada pelajar sekolah. Cuma bezanya, anda mengajar secara online je dan tak perlu nak menghadap budak-budak (tak payah nak dress-up macam nak pergi sekolah!). Daftar di platform seperti Champion Tutor , Snapask Teach Me , dan CikguOnAir . Kandungan-kandungan di platform ini khusus untuk pelajar di sekolah awam atau swasta di Malaysia.

Bagaimana?

  • Daftar di satu atau lebih platform yang dinyatakan di atas.
  • Pastikan anda berkelayakan dan ada sijil yang betul untuk subjek yang nak di ajar.
  • Pastikan semua dokumen anda diperakui.
  • Jaga penampilan diri dengan baik dan utamakan penglibatan pelajar anda semasa sesi kelas anda.

Berapa banyak yang saya dapat saya peroleh?

Selalunya dalam RM1.50 setiap soalan yang dibimbing atau dari RM40 hingga RM150 sejam per sesi tunjuk ajar. Kalau nak lagi untung, anda boleh memilih untuk buat sesi melalui Skype (tanpa platform) dan dapat bayaran terus dari pelanggan.

Pro & kontra

  • Pro
    Mudah dan senang dikendali.
  • Kontra
    Kadang-kadang tu ada lah isu putus hubungan talian dengan pelajar, bergantung lah pada lajunya internet anda atau pelajar.

 

 

#3 Buat Kursus Dalam Talian

Pasaran e-pembelajaran atau e-learning sangat meluas sekarang ni. Berbeza sikit dari bimbingan atau tuisyen online, topik untuk anda ajar boleh jadi dari bermacam subjek, dari berkebun hinggalah ke teori evolusi! Apa saja yang anda rasa relevan dan orang akan pilih untuk belajar.

Bagaimana?

  • Jadilah seorang profesional dalam subjek yang anda nak tawarkan.
  • Susun kurikulum pembelajaran subjek supaya jadi menarik. Sertakan dokumen, video, kuiz, gambar, dan aktiviti yang menyeronokkan!
  • Muatnaik kursus anda dalam platform seperti Udemy atau Thinkific.
  • Bagi tajuk kursus yang menarik dan “catchy” supaya orang pilih kursus anda.

Berkesan ke cara ni untuk buat duit?

Berrgantung lah pada seberapa baik kursus anda. Kebanyakan platform ambil komisen (Udemy mengambil 50% dan boleh berkurang bila kandungan anda menarik lagi banyak pelanggan). Anda biasa boleh dapat antara RM1,500 sampai RM3,000 dalam beberapa bulan pertama.

Pro & kontra

  • Pro
    Jana pendapatan pasif. Tak perlu hadap pelajar setiap hari.
  • Con
    Banyak kerja kena dibuat pada mulanya. Anda kena rajin untuk merakam kuliah, draf dokumen, dan merangka kurikulum untuk pelajar anda.

 

 

#4 Hasilkan Seni Digital – Menjadi Pereka Grafik

Cara buat duit online yang seterusnya melibatkan penggunaan media pengeditan seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign. Jika anda mahir menggunakan platform ini, anda boleh mendapatkan duit poket yang lumayan.

Bagaimana?

  • Cari kerja bebas atau ‘freelance job’ berkaitan reka grafik dalam web. Ada banyak peluang di Facebook, Indeed, Career Jet dan juga di Mudah.my .
  • Bila dah dapat pelanggan, minta maklumat projek dari mereka – objektif, arah, font, skema warna, papan mood dan lain-lain.
  • Buat dan hantar! Tak apa kalau pelanggan ‘tweak’ hasil karya anda, tapi jangan biarkan mereka ubah sepenuhnya tanpa memberi anda apa-apa insentif. Jangan lupa, karya tu boleh masuk ke portfolio anda.

Berbaloi ke?

Sebagai contoh, anda boleh cas RM100 bagi satu desain kad nama. Untuk logo, susun atur, dan bahan pemasaran, boleh kenakan bayaran antara RM200 hingga RM5,000 setiap projek.

Pro & kontra

  • Pro
    Mudah dapat pelanggan.
  • Kontra
    Memakan masa kalau dapat pelanggan yang cerewet.

 

#5 Jual Stock Photography

Kalau anda mahir mengambil foto yang bagus dan mahir menyunting dengan baik, maka anda mesti menjual foto anda.

Saya pandai ambil gambar. Apa lagi?

  • Kamera dan alat penyuntingan yang baik harus ada. Mula dengan mengambil gambar yang anda fikir syarikat korporat atau yang sesuai       digunakan pengamal media.
  • Daftar akaun di platform seperti Fotolia, PIXERF , Shutterstock , Crestock , Dreamstime , Bigstock , Snapped4u , Alamy , atau TourPhotos .
  • Muat naik gambar anda dan pamerkan kepada umum. Setiap orang yang tengok berpotensi untuk beli karya anda.
  • Bina dan kembangkan portfolio anda.

Banyak ke hasil jualan?

Mana-mana antara RM10 hingga RM3000 sebulan – semua bergantung pada berapa banyak orang yang membeli gambar anda.

Pro & kontra

  • Pro
    Mudah menjana, menyunting, dan memuat naik, pendapatan pasif.
  • Con
    Banyak saingan dalam talian. Ambil masa juga untuk bina portfolio.

 

#6 Jual Stock Videography

Sepupu kepada stock photography adalah stock videography, benda yang lebih kurang sama tetapi dalam arah yang berbeza dan perlukan lebih usaha untuk menghasilkan karya.

Bagaimana?

  • Rancang jenis rakaman yang ingin anda ambil. Bayangkan diri anda seperti seorang pengarah filem Hollywood! Selalunya klip pendek dengan ciri tertentu lebih senang dijual.
  • Daftar akaun di platform seperti Pond5, Shutterstock , Filmsupply dan VideoBlocks .
  • Muat naik video anda dan bina serta kembangkan portfolio anda, sama seperti stock photography.

Lebih banyak usaha, lebih lumayan hasil?

Betul! Jualan stock video boleh terjual antara RM300 hingga RM40,000 sebulan – lebih banya dari foto. Tapi juga bergantung pada berapa banyak orang yang membeli video anda.

Pro & kontra

  • Pro
    Cara buat duit online ini menjanjikan bayaran yang tinggi.
  • Con
    Kena berusaha lebih untuk hasilkan video yang menarik dan juga memerlukan masa untuk membina portfolio.

 

 

#7 Buat Duit Online Dengan Jadi YouTuber

Bukan melakukan vlog sendiri, tetapi melalui saluran YouTube dan dengan kandungan berkualiti. Kalau anda mahir atau mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu topik dan anda adalah seorang yang berkarisma tinggi, pastikan anda mula YouTubing!

Bagaimana?

  • Pilih jenis kandungan yang ingin anda sampaikan kepada audiens sasaran. Sebaiknya susun kandungan topik dalam format pendek dan berkala supaya anda sentiasa ada sesuatu untuk dikongsi bersama penonton.
  • Tulis skrip dan rakam video.
  • Edit video untuk pastikan durasi tak terlalu panjang dan potong elemen yang tidak perlu. Tambah sari kata atau animasi supaya video jadi lebih menarik!
  • Muatnaik video anda dan kongsi!

Berapa banyak yang saya jangkakan akan dibayar?

Jangan berharap cepat kaya seperti vlogger terkenal. Mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda menerima cek pertama dari YouTube berjumlah $ 100. Tapi jangan bimbang, makin lama pengikut anda pasti bertambah dan jumlah penonton akan naik.

Pro & kontra

  • Pro
    Mudah dimulakan dan setelah mencapai tahap tertentu, anda mungkin memperoleh pendapatan pasif. Jika konten anda popular, adalah sangat mudah untuk anda menjadi seorang superstar!
  • Kontra
    Agak memakan masa dan memerlukan anda untuk terus belajar mengenai pembaharuan dan teknologi terkini dalam bidang rakaman dan penyuntingan video.

 

 

#8 Jadi Influencer di Media Sosial

Sebut saja pengaruh media sosial, atau orang lebih kenal sebagai influencer, orang akan terbayang makanan dan pelancongan percuma yang ditaja. Berita baik! Kini anda tidak perlu mempunyai 100 ribu pengikut di media sosial untuk menjadi seorang influencer. Kini, influencer-mikro menjadi tren media sosial yang terbaru dan akaun mereka mempunyai hanya beberapa ribu pengikut yang berkualiti. Jika anda ada perwatakan yang menarik dan ada rupa yang sedap mata memandang, anda harus menjadi seorang inluencer!

Bagaimana?

  • Banyak platform yang menawarkan program yang fokus kepada pembangunan influencer dan sekiranya anda percaya anda mempunyai kekuatan untuk memasarkan barang atau perkhidmatan melalui jenama peribadi, sertai mereka. Cubalah BigCast, Ittify , Komaci , atau Faves .
  • Setelah dipautkan, gunakan pelbagai cara untuk berkongsi jenama mereka menggunakan platform media sosial anda. Ini boleh jadi teriakan (shoutout) produk ataupun dengan mengedit video spesifik untuk permintaan klien.
  • Sentiasa patuhi kontrak dengan klien anda dan pastikan media sosial and dipenuhi dengan konten yang menarik. Reputasi anda pasti meningkat dah ini pasti juga meningkatkan permintaan untuk servis anda – lebih lumayan pendapatan anda!

Betul ke hasilnya lumayan?

Anda mungkin dibayar melalui tajaan produk untuk projek bernilai lebih dari RM20,000, di samping faedah-faedah yang lain! Jika anda sangat popular, jenama besar sangat berkemungkinan menjadikan anda duta produk atau jenama mereka!

Pro & kontra

  • Pro
    Fleksibiliti, faedah hebat, dan pengikut media sosial yang banyak dan bertambah!
  • Kontra
    Sukar untuk memisahkan kehidupan peribadi anda dari kerja. Selalunya, semakin menarik atau dramatis hidup anda, semakin banyak pengikut yang anda perolehi, membuatkan anda kurang bebas untuk menjalani hidup seperti orang biasa.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar cara buat duit online ini dapat memudahkan urusan anda untuk mendapatkan kerja sampingan dan duit poket lebih dengan hanya bekerja secara online di rumah sahaja.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “8 Cara Buat Duit Online (Tanpa Modal, Cuma Perlu Skill)”

Leave a Comment