Bantuan Komputer Riba dan Internet Percuma (150,000 Laptop)

Untuk makluman, terdapat bantuan komputer riba dan Internet percuma yang diilhamkan dari Yayasan Hasanah. Walau bagaimanapun, tiada permohonan bantuan diperlukan kerana pemilihan akan dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Bantuan komputer riba, inisiatif CERDIK

Inisiatif CERDIK yang menyediakan akses digital meliputi komputer riba, tablet dan sambungan data untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah akan dilaksanakan bermula Februari 2021, lapor Berita Harian.

 

Sumbangan RM150 juta

Yayasan Hasanah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif CERDIK ini membabitkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mewakili syarikat di bawah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PETRONAS.

Langkah ini dilaksanakan bagi membantu pelajar mengadaptasi norma baharu sesi persekolahan dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.

 

Pemilihan pelajar dan sekolah oleh KPM

Pemilihan pelajar dan sekolah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), yang juga akan meneliti spesifikasi perkakasan dan perisian untuk memastikan pelaksanaan yang lebih mampan termasuk sokongan jaminan, kebolehgunaan, dan jangka hayat yang lebih lama untuk pembelajaran digital masa depan.

Projek yang akan diselia oleh Yayasan Hasanah itu akan memberi bantuan komputer riba kepada 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

 

Untuk pembelajaran berkualiti

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari, berkata yayasan itu amat komited untuk menyokong inovasi dan pengembangan model pembelajaran yang mempromosikan kesaksamaan dan keadilan bagi membolehkan akses pembelajaran berkualiti untuk semua.

Hasanah bekerja dengan amat rapat bersama KPM dalam mereka bentuk inisiatif CERDIK bagi memastikan kemampanan pelaksanaannya.

CERDIK akan mengagihkan peringkat pertama peranti ini bermula dari Februari dan seterusnya.

Sejak 2010, Yayasan Hasanah dan Khazanah telah bekerja bersama KPM dalam inisiatif pendidikan pelbagai tahap-sistem bagi menyokong pendidikan inklusif untuk pelajar di Malaysia.

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik bantuan komputer riba; inisiatif CERDIK yang diilhamkan oleh Yayasan Hasanah ini.

Diharapkan, lebih banyak pelajar kurang mampu akan menerima manfaat ini dari pelbagai jenis komputer yang bakal diberikan nanti.

Semoga bermanfaat.

42 thoughts on “Bantuan Komputer Riba dan Internet Percuma (150,000 Laptop)”

  1. Saya perlukan laptop .untuk anak anak saya ..kerana saya tidak mampu membeli .saya mempunyai 5 orang anak yang masih berlajar

    Reply
  2. Saya memerlukan laptop atau tab untuk pembelajaran untuk anak saya, memandangkan saya telah bersara, pencen di bawah RM 3000.00, untuk menyelesaikan hutang bank dan rumah. Memandangkan saya kurang berkemampuan duit untuk beli.
    Saya harap dapat membantu saya.

    Reply
  3. Assalamualaikum, Maaf jika saya tersilap kata. Saya merupakan pelajar Diploma di sebuah kolej di Sabah. Jika kerajaan tidak membuka ruang untuk kami membuat permohonan bantuan laptop/komputer riba, adakah peluang untuk kami mendapat bantuan tersebut terbuka?. Saya merupakan salah satu daripada rakan-rakan saya yang tidak mampu untuk membeli/memiliki komputer riba berikutan dengan harga yang jauh lebih mahal daripada kos pembelajaran kami. Setiap ujian semester secara online, kami terpaksa menggunakan telefon pintar. Itupun memerlukan ruangan(Storage/SDCard) yang besar. Saya mewakili rakan-rakan saya, memohon agar mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam program bantuan berkenaan ,membuka peluang kepada kami untuk memohon bantuan berkenaan. Untuk pengetahuan pihak berwajib. Pelajar di Sabah sangat kekurangan dari segi pembelajaran secara online/dari rumah. Harap pihak berkenaan meneliti permohonan kami. Terima Kasih.

    Reply
  4. Assalamualaikum, saya merupakan pelajar di USM, Penang. Keluarga saya bukan merupakan golongan B40 kerana pendapatan isi rumah keluarga saya melebihi sedikit sahaja drpd golongan B40. Oleh itu, saya tidak dipanggil oleh mana-mana pihak dalam universiti tersebut dan tidak dimaklumkan tentang bantuan komputer riba sedangkan saya tidak mampu untuk membelinya sendiri. Duit bantuan PTPTN yang dapat hanya cukup-cukup makan untuk 6 bulan di universiti. Saya harap pihak yang berkenaan dapat membantu golongan seperti kami kerana kami hanya menggunakan telefon bimbit untuk menjawab peperiksaan dan pembelajaran sepanjang (ODL) ini. Terima Kasih.

    Reply
  5. Salam sejahtera, sy faizal seorang OKU, inginkan leptop untuk memberikan kepada anak sy yg belajar sekolah rendah, UTK terus anak sy boleh terus berlanjar dgn baik, bantuan leptop ini amat sy memerlukan,kerana ingin membeli tidak mampu dgn gaji sy hanya rm1200, dgn gaji sy itulah nk membayar sewa rumah rm650, bil elektrik,mkn minum dgn lain lg memang perit UTK beli ..

    Reply
  6. Salam Ramadhan 2021.
    Merujuk perkara di atas, tiada cara utk memohon. Kemungkinan secara automatic mana² yg terpilih. Kami dlm golongan B40 hanya mampu membaca sahaja. Sehingga kini kami, 7 beranak terdiri drpd bapa seorg bekerja, ibu srt dan 5 org anak sdg bersekolah masih tdk terima bantuan spt dinyatakan.
    Sekian, harap maklum pihak yg berkaitan.
    Terima kasih kpd yg menghulurkan bantuan.

    Reply
  7. Saya keluarga B40 lagi saya seorang duda dan 2 anak.saya nak sebuah laptop untuk online kelas anak saya.pendapatan bulanan tidak mampu membeli laptop.tolong untuk anak saya.

    Reply
  8. Saya perlukan laptop UTK Anak sy yg bersekolah ialah x mampu nk beli nk belikan toup lg mmng x mmpula

    Reply
  9. Saya memerlukan laptop untuk sesi pembelajaran saya untuk belajar oneline. Keluarga saya tidak mampu beli kerana saya berada dalam keluarga yg susah.. Saya harap ada rezeki saya..

    Reply
  10. Saya memerlukan laptop untuk sesi pembelajaran saya untuk belajar online. Keluarga saya tidak mampu beli kerana saya berada dalam keluarga yg susah.. Saya harap ada rezeki saya..

    Reply
  11. Saya memerlukan bantuan laptop percuma untuk anak saya kerana saya tidak mampu untuk membeli laptop dengan gaji saya yang kecil untuk menyarah 5 orang anak yang masih bersekolah

    Reply
    • Saya memerlukan sebuah laptop utk membantu anak saya dlm pmbelajarannya kerana saya tdk mampu utk membeli krn gaji saya tidak mncukupi utk membeli

      Reply
  12. Anak saya memerlukan bantuan laptop percuma utk belajar online (bersekolah tkt. 4 & tkt. 2) utk makluman suami tidak berkerja saya seorang berkerja. Menanggung ibu yang uzur berusia 94 thn. Harap dapat perhatian. Tk.

    Reply
  13. Saya adalah pengamal media atau senang di panggil sebagai youtuber.. saya ingin memohon bantuan kompuiter riba atau sejerus layak bagi kerjaan bagi..

    Reply
  14. As Salam..saya memerlukan laptop @ipad B40 untuk kegunaan pdpr anak saya.saya seorang ibu tunggal.

    Reply
  15. Saya memerlukan laptop untuk anak sye pendapatan suami tak seberapa sye mempunyai 3 orang anak yg masih bersekolah.sye memang memerlukan laptop itu untuk pembelajaran anak2 sye.

    Reply
  16. Saya nak laptop untuk anak saya dia guna telefon bimbit saya.Saya tak boleh hubungi orang semasa dia belajar.Saya pun tak ada duit untuk membeli laptop.Saya harap sesiapa boleh tolong saya.
    Sekian, terima kasih.

    Reply
  17. Saya ingin mohon bantuan untuk memohon membeli komputer untuk pelajaran anak saya memandangkan harga komputer riba smahal di pasaran. mohon bantuan untuk pelajaran anak

    Reply
  18. Assalamuaikum…macam mana saya nak mohon bantuan tablet atau laptop untuk pembelajaran anak saya seramai 4 orang. Anak-anak saya memang memerlukannya. Saya harap sangat dapat bantuan ini kerana tidak mampu membelinya. Terima kasih.

    Reply
  19. assalamualaikum,
    anak saya sangat memerlukan laptop untuk melakukan pdpr. phone dia harus berkongsia dengan adiknya. saya tidak mampu untuk membeli satu untuk anak saya 😔

    Reply
  20. Sy memerlukan laptop utk adik beradik sy belajar kerana kami tidak mampu utk membeli kerana harganye sgt mhl. Sy hrp kerajaan dpt bantu sy aminnnnn

    Reply
  21. Says x mampu beli lab top. Anak saya tingkatan 5. Spm tahun ni.
    Saya tiada kerja sejak pandemic lagi. Lagipun saya cuma pembantu tukang rumah saja. Guna tel x berapa ok. Kesian anak

    Reply
  22. Hello. This is kind request for a laptop for my online classes. It is so difficult because I have an outdated laptop where it is lagging and touchpad is not working, my assignments are due but I don’t hv money to buy a new laptop. 😔

    Reply
  23. Saya perlukan laptop untuk anak saya belajar.saya tak mampu membelinya..Anak saya ada 5 orang yang belajar secara online jd kami terpaksa berkongsi handfon untuk belajar..saya adalah golongan b40

    Reply
  24. This is kind request from me to you hope give one “laptop” for my daughter pdpr memandangkan pdpr dilanjutkan. So difficult without laptop. I really need for my daughter 😭 hope you consider my issue. Long time searching for “bantuan laptop” Hope too still available for my daughter.

    Reply
  25. Saya memerlukan laptop untuk anak saya belajar online sebab anak saya ramai dan berkongsi telefon
    Susah mereka belajar

    Reply
  26. Assalamualaikum, saya merupakan pelajar STPM, saya tidak mempunyai laptop dan sukar untuk menyiapakan kerja kursus dan slide yang ditugaskan oleh guru. Saya bkn anak daripada anak golongan b40 tetapi saya mempunyai 5 orng adik beradik yg masih belajar, saya tidak pernah mendapat bantuan kewangan disekolah dan bagi pelajar STPM tiada pinjaman yg disediakan, Hal ini menyebabkan keluarga saya mengalami kekangan kewangan untuk membeli laptop. Saya berharap melalui platform ini pihak tuan dapat membantu saya dengan bantuan laptop untuk saya selesaikan semua tugas yang diberikan.

    Reply
  27. Dimaklumkan bahawa saya mempunyai 3 orang anak,anak sulung baru habis degree hotel management,tak dapat kerja,anak kedua belajar diploma,anak ketiga tingkatan tiga ,mereka berdua memerlukan laptop untuk online belajar,mereka guna smatphone untuk belajar walaupun ruangan telephon terhad.suami saya tidak kerja dia pernah operation jatung by pass.saya lebih sikit B40 jadi M40 ,semua bantuan kerajaan tak layak minta.hal saya harap boleh beri perhatian.saya memerlukan laptop untuk anak2 saya.terima kasih.hargai jasa tuan jika boleh membantu saya .

    Reply
  28. saya golongan b40, mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah di sekolah menengah,
    saya ingin memohon bantuan laptop percuma, bagaimana cara nya.

    Reply

Leave a Comment