Malam Pertama Pengantin Baru: 9 Tips Suami Isteri Baru Berkahwin


Dekat-dekat musim cuti sekolah ini, sudah tentu ramai yang akan mendirikan rumah tangga. Atau bahasa mudahnya, berkahwin. Tetapi adakah anda sudah bersedia untuk menempuhi malam pertama? Macam mana malam pertama pengantin baru nanti? Akan rasa berdebar, macam mana mahu mulakan malam pertama suami isteri nanti?

Jom ketahui serba sedikit mengenai tips malam pertama.

Sebelum itu, mohon izin maklumkan, jika anda bakal kahwin orang Selangor, jemput baca tentang permohonan dan borang nikah Selangor melalui NCR JAIS online.

Debaran malam pertama pengantin baru

Malam pertama berkahwin

Sudah tentu malam pertama merupakan malam yang dinantikan dan akan menjadi kenangan buat pasangan suami dan isteri. Debaran pastinya hadir tidak kira pada pengantin lelaki mahupun wanita. Tetapi tentunya, pengantin wanita lebih merasai debarannya, bukan?

Keyakinan dan kepercayaan yang hadir sewaktu melayari bahtera pada malam pertama sudah tentu akan membangkitkan lagi kemesraan hubungan anda berdua. Selain itu, ia sudah tentu akan dapat menyingkirkan rasa janggal pada malam tersebut.

Dalam perkongsian artikel kali ini, akan memberikan beberapa petua malam pertama buat pasangan pengantin baru. Teruskan membaca, okay?

Tips malam pertama suami isteri

Berikut adalah beberapa langkah atau tip malam pertama yang boleh anda dan pasangan lakukan. Antaranya:

Pasangan suami isteri, pastikan dapat rehat yang mencukupi

Biasanya dalam tradisi budaya Melayu, selepas majlis pernikahan akan berlangsungnya hari persanding pada hari yang sama. Namun, terdapat juga majlis yang melakukan majlis persandingan keesokan harinya.

Ini belum termasuk sesi bergambar atau majlis persandingan sebelah lelaki, yang adakalanya dilakukan secara terus menerus jika pasangan adalah berasal dari negeri yang sama. Ya! Majlis perkahwinan adalah perkara yang memenatkan. Ini belum kira masa dengan penat ketika membuat persiapan.

Jadi sudah tentu anda memerlukan rehat yang cukup. Sebaiknya, beberapa hari sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan, dapatkanlah rehat yang mencukupi. Kalau boleh minta bantuan untuk persiapan majlis anda, mohonlah bantuan. Pastinya rakan atau ahli keluarga sudi untuk membantu.

 

Pengantin baru mesti segarkan diri

Tidak kira sama ada malam pertama anda berlaku selepas majlis pernikahan atau selepas majlis persandingan (kalau majlis persandingan berlangsung pada hari yang sama), perkara yang perlu anda lakukan sebelum menempuhi malam pertama adalah menyegarkan diri anda.

Bagaimana caranya? Mandi. Takkanlah anda mahu bersama pasangan saat badan anda tidak segar, berpeluh dan mungkin berbau. Jadi petua ini sudah tentu dapat membantu mengembalikan kesegaran. Lagi bagus kalau anda memakai sedikit bauan wangi.

 

Suami isteri mesti yakin

Apabila sudah mandi dan wangi, pastinya ia akan menyerlahkan lagi keyakinan diri anda. Sudah tentu anda biasa mendengar mengenai kecantikan itu adalah dari dalam, bukan? Tetapi pada malam pertama, anda sebagai pengantin wanita pastinya ingin tampil menarik dan berkeyakinan di hadapan pasangan anda.

Jadi katakan tidak pada baju kelawar atau sebarang t-shirt biasa yang selalu anda pakai. Tiada salahnya untuk anda membeli lingerie baru dan istimewa untuk malam pertama anda, lagi pun individu yang akan melihatnya adalah suami anda sendiri.

Manakala bagi pengantin lelaki pula, mungkin tidak berdepan dengan sebarang isu dalam soal pemakaian. Tetapi mungkin anda boleh hindari dari memakai kain pelikat, melainkan jika pasangan anda suka melihat anda berkain pelikat.

 

Baru berkahwin, panggillah dengan panggilan manja

Komunikasi adalah satu perkara penting dalam perhubungan suami isteri. Walaupun diakui kebanyakan pasangan muda pada masa kini sudah mempunyai panggilan manja kepada pasangan. Tetapi ada juga yang masih membahasakan ‘I – You’ atau ‘Saya – Awak’ dengan pasangan.

Jadi untuk malam pertama, lagipun anda berdua sudah menjadi pasangan yang sah dan halal, kenapa tidak memanggil pasangan menggunakan nama panggilan yang lebih manja seperti sayang, abang, yang, baby, darlingatau apa sahaja panggilan yang anda rasa selesa dan sesuai untuk digunakan.

Percayalah panggilan seperti itu sudah tentu dapat membantu membangkitkan kemesraan dan mungkin dapat membantu menyingkirkan rasa kejanggalan antara anda berdua.

 

Suami isteri mesti pandai komunikasi

Jangan terus terkam pasangan anda, okay? It’s a big No! Memang anda akan rasa berdebar dan tidak sabar, tetapi jangan gelojoh. Apa kata anda mulakan malam pertama anda dengan berbual dengan pasangan. Kongsikan tentang rasa gembira anda mengenai majlis yang berlangsung dengan lancar dan peluang untuk berjumpa rakan-rakan anda.

Komunikasi pada malam pertama dikaitkan dengan psikologi. Pasangan juga disarankan untuk saling menyatakan isi hati dan perasaan masing-masing. Lafazkan betapa anda bersyukur dapat disatukan sebagai suami isteri dan dipermudahkan segala urusan.

Jika anda tidak romantis dalam berbicara, mungkin anda boleh luahkan melalui perbuatan atau tindakan. Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan menyentuh tangan pasangan atau memeluknya perlahan-lahan. Apa sahaja yang sesuai untuk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada pasangan. Lakukan dengan mesra dan lembut, ia mungkin sebagai satu langkah permulaan untuk hubungan seksual.

 

Malam pertama pengantin, mesti ambil masa, jangan tergesa-gesa

Ini merupakan tip yang paling penting. Kita selalu menganggap malam pertama perlu melibatkan hubungan seksual. Tetapi sebenarnya, ia bukanlah kemestian. Bayangkan anda dan pasangan dalam keletihan, sudah tentu hubungan seksual yang akan berlaku tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Jadi usah gelojoh atau terburu-buru, jika anda berdua sudah bersedia tetapi dilanda keletihan, berehatlah, masih banyak lagi masa. Itu lebih baik daripada melakukan hubungan seksual yang tidak menjamin kepuasan.

 

Kisah malam pertama, jangan rekod video

Hormatilah pasangan masing-masing. Walaupun sudah halal hubungan itu, janganlah mahu rekod video dengan telefon bimbit sebagai kenang-kenangan.

Biarlah ia tersimpan di hati.

Jadikanlah ini cerita malam pertama yang sweet, dan bukan yang bergaduh walaupun baru bergelar raja sehari.

Pecah darah pada malam pertama, biarlah rahsia

Ini isu yang sangat sensitif. Mungkin ada isteri yang memang sudah tiada dara, tetapi bukanlah disebabkan dia pernah melakukan sesuatu yang tidak elok sebelum berkahwin. Ia lebih kepada aktiviti lasak yang dilakukannya semasa bujang.

Tidak dapat disangkal juga, memang ada yang sudah ditebuk tupai.

Bagi suami, janganlah jika mendapati isteri tiada dara, terus rasa marah dan tercabar.

Ambil masa untuk bertenang dan bersoal jawablah esok pagi.

Semoga dipermudahkan semua.

 

Cerita malam pertama, jangan beritahu sesiapa

Jika sudah selesai semuanya, biarlah cerita malam pertama suami isteri anda jadi rahsia. Jangan pula bercerita pada sesiapa. Bimbang akan mengaibkan sesiapa.

Simpanlah kisah malam pertama itu sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

 

Akhir kata

Malam pertama suami isteri

Dalam melakukan hubungan seksual pada malam pertama, ia memerlukan kesediaan bagi kedua-dua pihak. Jangan hanya memikirkan mengenai keinginan anda semata-mata atau terpengaruh dengan filem mahupun drama yang anda tonton di mana segalanya berjalan lancar.

Jika anda berdua dalam keletihan, sebaiknya berehatlah dahulu dan jangan terburu-buru mahupun gelojoh.

Pengalaman malam pertama, selalunya indah.

Pastikan dalam perhubungan seksual, kedua-dua belah pihak suami dan isteri, haruslah ke arah melakukan perkara yang boleh mendatangkan nikmat dan kepuasan. Bukannya dilakukan dalam keadaan terpaksa.

Moga perkongsian petua dan tips malam pertama pengantin baru ini akan memberikan manfaat kepada anda dan pasangan.

Sebelum mengikat tali pernikahan, pastikan cukup ilmu di dada. Boleh baca tentang ilmu munakahat di Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Sudah rasa sekali, pasti mahu lagi. Pastikan tahu cara buat lelaki rindu dan ingin kita selalu.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment