Mangsa ‘Macau Scam’ Terbaru, Jurutera Kena ‘Scam’ Hampir RM 3 Juta

Pada 1 Disember 2022 yang lalu, seorang jurutera wanita telah kehilangan wang sebanyak RM2.9 juta setelah terjebak dalam skim penipuan Macau.

Menurut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Komander Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, mangsa berusia 45 tahun itu menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang mengaku daripada syarikat kurier dan memberitahu bahawa dia mempunyai sebuah pakej yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan pasport beberapa individu.

Lelaki tersebut mengaku bahawa barangan tersebut digunakan oleh mangsa dalam aktiviti jenayah. Walaupun mangsa telah menidakkan tuduhan tersebut, panggilan tersebut kemudian dihubungkan dengan lelaki lain yang mengaku sebagai anggota polis dari kontinjen polis Perak.

Komander Mohd Shuhaily menyatakan bahawa ‘anggota polis’ tersebut meminta jurutera wanita tersebut, yang bekerja di Bayan Lepas, untuk mengikut arahan-arahan beliau termasuk memindahkah wang dari akaun bank beliau untuk mengelak dari ditahan oleh polis.

Dek kerana takut ditahan oleh pihak polis, mangsa telah mengikuti arahan suspek dengan membuat pindahan wang beliau sebanyak RM1.9 juta ke beberapa akaun yang diberikan oleh sindiket terbagi.

Beliau juga menambah bahawa jurutera wanita itu juga meminjam RM700,000 dari keluarga dan membuat pinjaman bank sebanyak RM329,000 untuk membayar sindiket, di mana 129 transaksi telah dilakukan antara 1 Disember 2022 dan 6 Januari 2023.

Komander Mohd Shuhaily menyatakan bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis semalam setelah menyedari bahawa dia telah ditipu dan kes ini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Star

Leave a Comment