Kerja di Australia: Fikir Dulu, Sebelum Cari Kerja Kosong Petik Buah


Pernahkah anda berfikir untuk bekerja di luar negara, seperti kerja di Australia? Apa yang seronoknya bekerja di luar negara? Kalau anda mahu tahu, ramai sebenarnya orang Malaysia yang sudah mencuba nasib untuk bekerja di tempat orang ini. Ada yang berjaya, ada yang sebaliknya.

Langkau artikel ini jika anda tidak mahu pergi jauh-jah, dan hanya mahu cari kerja di Singapura.

Gaji lebih besar?

Ada yang berjaya dapatkan karier yang kukuh di luar negara, ada yang pulang awal ke Malaysia. Ada yang seronok, ada yang menyesal. Hakikatnya, pelbagai pandangan dilontarkan orang kita mengenai peluang untuk bekerja di luar negara.

Cuma ramai yang kata, gaji di luar negara lebih besar.

Benar, ada yang merantau ke negara berdekatan atau negara jiran seperti Thailand, Australia dan juga negara seperti Korea Selatan dan Jepun. Ada juga yang merantau jauh ke sebelah barat di kawasan Eropah, seperti England dan Perancis.

Namun, adakah berbaloi semua itu?

Dalam artikel ini, kita akan lihat tentang sebuah negara yang terletak pada arah tenggara daripada Malaysia. Sebuah negara yang terkenal dengan kanggaru, dan juga terletak di benua terkecil di dunia, iaitu Oceania. Ya, harini kita akan berkongsi cerita mengenai Australia serta peluang untuk memperoleh karier di sana.

Dengan keluasan 7,686,850 kilometer persegi, berserta populasi seramai 21,714,000 orang berdasarkan bancian pada tahun 2009, Australia juga mempunyai sebahagian besar penduduknya tinggal di kawasan bandar berbanding kawasan pedalaman dan luar daripada bandar, kerana kebanyakan kawasan di Australia mempunyai kawasan yang kurang sesuai untuk dijadikan penempatan kerana iklim yang sangat kering.

Di sebalik kita bercerita tentang geaografi dan iklim di Australia, bagaimana sebenarnya orang-orang di Australia mencari punca pendapatan? Aakah peluang pekerjaan yang wujud di sana?

 

Kerja di Australia

Kerja petik buah di Australia

Mungkin anda pernah dengar mengenai gaji yang lumayan di Australia dengan hanya memetik buah sahaja. Ya, kerja petik buah. Bagaimana kerja petik buah ini boleh menjadi lumayan?

Pengalaman kerja di Australia

Mengikut perkongsian seorang blogger bernama Zaidi Aziz yang berkongsi pengalaman kerja petik buah di Australia di laman SAYS, gaji pemetik buah di sana dibayar secara mingguan.

Mereka di sana bekerja biasanya 6 hari seminggu, dan cuti biasanya pada hari Ahad. Mereka bekerja selama 10 jam sehari, bermula dari jam 7 pagi sehingga jam 5 petang. Purata bayaran yang diberi kepada seorang pemetik buah di sana adalah 12-14 dollar sejam, dan ini adalah bergantung kepada kontraktor masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, kotraktor merupakan orang yang dibayar oleh farmer untuk menguruskan pekerja-pekerja di bawah tanggungannya, jadi segala skop kerja pekerja iaitu pemetik buah, adalah tanggungjawab kontraktor.

Manakala farmer merupakan tuan empunya tanah ladang di Australia, dan beliau ialah majikan atau bos besar yang akan menentukan segalanya.

Berbalik kepada soal gaji. Ya, gaji pemetik buah dibayar secara mingguan, 12-14 dollar sejam, bermakna pemetik buah ini mampu memperoleh secara minimum RM35-RM41 sejam. Selain itu, dengan memetik buah selama 10 jam sehari, anda sebagai pemetik buah mampu menjana pendapatan sehingga RM350 sehari bersamaan dengan RM2100 sehari.

Kerja kosong Australia yang lain

Selain itu, terdapat beberapa pekerjaan lain yang terbuka untuk anda warganegara Malaysia. Misalnya:

  • Khidmat pelanggan dan jualan
  • Pentadbiran
  • Pembantu penyelidikan
  • Eksekutif jualan
  • Barista, bartender atau pelayan
  • Penjagaan dan pusat asuhan kanak-kanak
  • Pembantu penyediaan majlis
  • Penyambut tetamu hotel
  • Kerja WWOOF (Working Weekends On Organic Farms)

 

Visa Bekerja & Melancong di Australia

Untuk makluman anda, peluang untuk kerja-kerja di atas agak mudah untuk diperoleh di Australia, malahan kerja ini boleh diperoleh oleh warganegara Malaysia yang memegang visa pekerja sambil melancong di Australia.

Apakah Visa ini?

Visa ini tertakluk di bawah ‘Work & Holiday Visa Program’, yang juga dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Program ini merupakan program istimewa yang memberi peluang kepada golongan belia Malaysia dan Australia untuk melancong sambal bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan semasa di Australia. Walau bagaimanapun, beberapa syarat perlu dipenuhi:

  • Berumur 18-30 tahun semasa permohonan
  • Berkebolehan dalam berbahasa Inggeris
  • Mempunyai passport yang sah dan tiket penerbangan pulang atau wang yang mencukupi bagi tiket penerbangan tersebut
  • Mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kehidupan diri sendiri semasa tempoh awal berada di Malaysia atau Australia
  • Mempunyai rekod kesihatan yang baik

Visa ini membenarkan pemegangnya untuk bekerja dan menetap sementara di Australia (buat orang Malaysia) dan Malaysia (buat orang Australia), selama empat bulan. Ini bermakna pemegang visa ini tidak dibenarkan belajar atau menjalani latihan, atau memohon pekerjaan yang memerlukan mereka untuk menetap di negara yang mereka lawati melebihi daripada tempoh empat bulan lawatan.

 

Prosedur apply Visa

Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti oleh pemohon visa ini, seperti mendapatkan borang dari Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur, serta mendapatkan ‘Letter of Good Conduct’ dari Kementerian Luar Negeri sebagai dokumen sokongan bagi mengesahkan permohonan mereka telah pun mendapat sokongan Kerajaan Malaysia dan mereka telah memenuhi syarat-syarat permohonan.

Di samping itu, borang tersebut perlu dihantar ke Suruhanjaya Tinggi Australia. Sekiranya pihak suruhanjaya berpuas hati, Borang Pemeriksaan Kesihatan akan diberi kepada pemohon.

Pemohon perlulah membuat pemeriksaan kesihatan di panel hospital yang diiktiraf oleh Kerajaan Australia. Pihak suruhanjaya akan memaklumkan kepada pemohon sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak.

 

Bolehkah bekerja tanpa Visa di Australia?

Walau bagaimanapun, pelancong Malaysia pada masa kini semakin menghadapi kesulitan untuk memasuki Australia. Hal ini disebabkan oleh pelbagai kes sebelum ini melibatkan pelanggaran peraturan kemasukan ke Australia.

Jumlah pelancong yang tidak diberikan untuk memasuki Australia juga meningkat, biarpun memiliki visa yang sah. Antara puncanya adalah disebabkan kehadiran rakyat Malaysia yang bekerja sebagai pemetik buah di sana tanpa permit yang sah.

Mengapa mereka ini memilih untuk bekerja di sana tanpa visa dan permit dan sah? Sebab yang paling logik adalah kerana gaji yang ditawarkan di sana adalah 3 kali ganda gaji yang boleh ditawarkan di Malaysia. Sangat lumayan. Tidak hairan walau ada visa ataupun tanpa visa, rakyat Malaysia berebut untuk mencari sumber pendapatan di sana.

 

Agen kerja di Australia

Dalam situasi sebegini, permintaan sangat tinggi, maka ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang untuk menipu dengan menjanjikan visa dan pekerjan di Malaysia.

Mereka yang digelar ejen ini merupakan ejen tidak berdaftar (scammer), sanggup mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi. Ada yang mengenakan bayaran dari RM3,500 – RM10,000. Nilai ini sangat tinggi, walhal untuk mendapatkan pekerjaan di Australia tidak memerlukan sebarang bayaran pendahuluan.

Penipuan sebegini banyak berlaku kepada rakyat Malaysia. Misalnya, ada ejen yang terus lesap meninggalkan pelanggan mereka selepas mendapat bayaran. Akibatnya, pelanggan ditinggalkan berseorangan di Australia sehingga diberkas oleh Pihak Imigresen Australia dan dihantar pulang ke Malaysia, serta diharamkan untuk memasuki Australia buat selama-lamanya.

 

Bolehkan masuk dengan Visa pelancong?

Masuk boleh, tapi kerja tak boleh.

Dalam situasi sebegini, ejen ini biasanya membawa masuk orang Malaysia dengan menggunakan visa pelancong. Maksudnya, visa ini bukanlah visa jenis bekerja dan melancong, tetapi visa pelancong sepenuhnya, di mana dengan visa ini, anda boleh melawat Australia selama tiga bulan.

Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan bekerja di sana, walau untuk apa-apa jenis pekerjaan sekali pun.

Nama lain visa ini ialah visa 601, tourist visa ataupun Electronic Travel Authorization (ETA).

Apa yang akan terjadi sekiranya anda yang bekerja tanpa permit atau visa, diberkas oleh pihak polis? Akan ada beberapa proses yang perlu dilalui dan sama seperti yang disebut di atas, anda akan dihantar pulang serta merta dan diharamkan datang ke Australia untuk beberapa tahun, atau sampai bila-bila.

 

Akhir kalam

Kerja kosong Australia

Secara ringkasnya, syarat utama untuk anda bekerja di Australia; anda wajib mempunyai visa yang sah, terutamanya buat yang baru lagi ke Australia, anda perlu mempunyai visa bekerja & melancong, seperti yang dianjur oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Bukan mudah bukan untuk bekerja di luar negara, terutamanya Australia. Peraturan sebegini memang wujud supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku di negara mereka melibatkan warga asing yang datang ke negara mereka.

Seperti yang pernah orang-orang tua sebut sebelum ini; kita masuk ke tempat orang dengan cara elok, kita keluar pun biarlah dengan cara yang elok.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • kerja buah
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment