Kenapa Mark Zuckerberg Pakai Baju Sama Setiap Hari?

Dia mampu beli baju yang mahal-mahal. Dia mampu tempah baju dari pereka fesyen terkenal. Tapi, kenapa Mark Zuckerberg pakai baju sama yang berwarna kelabu setiap hari?

 

Kenapa Mark Zuckerberg pakai baju sama?

Mesti ada sebabnya dia berbuat sedemikian.

Izinkan kami berkongsi.

Pakai baju sama sebab sibuk

Menurut satu perkongsian di Quora, pada tahun perjumpaan Fridays Q&As of Summer pada tahun 2011, ada seorang intern tanya “Zuck, aku dengan beberapa orang lagi budak-budak intern selalu tertanya-tanya, kau ada baju lebih dari satu ke? Asyik yang sama je.”

Soalan itu buatkan Zuck dan semua orang dalam bilik itu tergelak.

Zuck jawab “Aku pakai baju sama sebab aku sibuk. Jadi, kurang sikit kepala otak aku nak fikir baju apa nak pakai pada pagi ini. Aku tak payah buat keputusan”

 

Mark Zuckerberg kata, pilih baju itu membuang masa

Bukan sekali orang tanya dia soalan kenapa pakai baju sama. Banyak kali.

Menurut Business Insider pula, ramai orang berharap dengan jawapan yang kelakar bila ditanya soalan begitu.

Tapi mungkin bila asyik diasak dengan soalan yang sama, Mark jawab pula dengan nada yang serius “Aku cuma mahu ketenangan dan kebebasan dalam hidup. Aku tak suka buat keputusan, kecuali jika keputusan itu sesuatu yang besar yang boleh beri impak pada komuniti”

Amboi, jawapan dia.

Kau nampak tak cara dia jawab?. Tegas, tapi masih lagi ada isi.

Tambah Mark lagi, untuk buat keputusan-keputusan kecil macam nak pakai baju apa hari ini, nak masak apa hari ni, nak makan di mana lunch nanti; itu semua memenatkan.

Bukan sahaja penat kepala otak nak fikir, ia sedikit sebanyak buat energy kau hilang dan semestinya akan membuang masa.

 

Pakai baju sama boleh tingkatkan produktiviti

Kau tahu apa itu minimalis?

Dalam bahasa yang mudah, minimalis ialah kehidupan yang simple. Hidup dengan apa yang ada, tapi masih lagi cantik dan berseni.

Menurut pemerhatian Hackernoon pula, Mark hidup dengan cara yang minimalis.

Ini penting kerana untuk buat pilihan, kau perlu berikan perhatian. Mark tak mahu beri perhatian kepada perkara-perkara remeh.

Jadi, apabila terlalu banyak pilihan, kau tak akan jadi produktif. Tidak ada produktiviti langsung.

Nampak macam perkara yang sangat kecil, “Alahai, baju je kot?”

Tapi cuba kau kira berapa banyak produktiviti yang hilang setiap hari dengan hanya penat berfikir nak pakai baju yang mana?

Hebat juga cara dia fikir.

 

Akhir kalam

Aku tak suruh kau ikut cara Mark Zuckerberg.

Cuma nak cakap satu sahaja, kalau kau masih lagi belum taraf billionaire, kerjalah kuat-kuat.

Jangan tahu nak pakai cantik sahaja, tapi kerja ke laut. Mark yang kaya pun cuma pakai baju sama setiap hari. Walaupun drop out dari Harvard, tetap kaya.

Satu lagi, kau kenal Maxima Chan dengan August Chan?

Mereka anak perempuan Mark, hasil perkahwinan dengan Priscilla Chan.

Jadi, dalam dunia ini, hanya dua orang sahaja yang boleh cakap “Facebook itu, bapak aku punya”.

Kalau kau bukan anak Mark, silalah berusaha dengan lebih gigih lagi. Jaga kewangan elok-elok.

Jangan asyik keluarkan duit ASB dan KWSP. Beringat untuk masa depan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment