i-Sinar 2.0 (Benarkah Ada Bantuan i-Sinar dan i-Lestari Lagi?)

Untuk meringankan lagi beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19, kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar dari KWSP. Walaupun masih lagi belum ada nama rasmi, kami menjangkakan ia akan dipanggil i-Sinar 2.0 yang boleh dipohon melalui isinar.kwsp.gov.my

Nota:

  • Pengeluaran baru duit KWSP diperkenalkan dan dinamakan i-Citra
  • Boleh baca cara mohon i-Citra untuk maklumat lanjut

Benarkah akan ada i-Sinar 2.0?

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah menulis posting di Facebook yang mengesahkan perkara ini.

Dikhabarkan bahawa beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan berkenaan isu moratorium dan i-Sinar.

 

Doa-doalah, semoga i-Sinar 2.0 jadi kenyataan

Berdasarkan komen-komen di Facebook Tengku Facebook, ramai yang benar-benar mahukan bantuan i-Sinar 2.0. Bukan itu sahaja, ada juga yang mahukan i-Lestari 2.0 juga.

Walau bagaimanapun, ramai yang memandang sinis usaha kerajaan dengan memerli tindakan yang dibuat untuk membantu rakyat.

 

Berapa lama bantuan i-Sinar perlu diteruskan?

Sebenarnya, ini bukanlah bantuan dari kerajaan. Ia lebih kepada kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan yang membenarkan rakyat mengeluarkan duit simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2.

Cuma ramai berpendapat bahawa pengeluaran duit KWSP dalam inisiatif iSinar ini perlu diteruskan selama 6 bulan, iaitu sehingga  tahun 2022.

 

Kenapa asyik B40 dapat bantuan dari kerajaan?

Bukan itu sahaja, ramai juga golongan M40 yang tersinggung kerana kerajaan hanya membantu golongan B40. Ramai tidak tahu, golonga M40 ini bukanlah kaya mana. Mereka juga orang biasa yang ada banyak tanggungan dan bil yang perlu dibayar setiap bulan.

Kami berharap agar kerajaan tidak meminggirkan golongan ini juga.

 

Sumber: Astro Awani

2 thoughts on “i-Sinar 2.0 (Benarkah Ada Bantuan i-Sinar dan i-Lestari Lagi?)”

  1. Macam mana kita buat pindaan lepas tu automatik acc kita terus jadi pembatalan bayaran kan menyusahkan org namanye

    Reply
  2. isinar 2.0 memang amat diperlukan. Ramai telah hilang kerja kerana wabak in dan sedang menghadapi masalah yang begitu teruk dalam kehidupan harian

    Reply

Leave a Comment