12 Hadiah Untuk Lelaki (Idea Yang Nampak Simple Tetapi Berguna)

Nak cari gift untuk orang perempuan ini senang sangat. Walaupun bagi jambangan bunga pun dia dah suka. Tetapi, nak dapatkan hadiah untuk lelaki ini susah. Kadang-kadang sampai stress fikir nak bagi apa pada dia. Tidak kiralah nak bagi pada boyfriend ke, adik lelaki ke, ayah ke tetap susah nak buat pilihan.

Tahu tak sebab apa? Sebab apa yang orang lelaki ini suka sangat limited. Boleh kata lagi cerewet daripada perempuan. Iyalah, bila bagi hadiah coklat nanti nampak macam budak-budak pula. Ada pula itu yang memang tak suka makan coklat. Pokoknya, bila nak bagi hadiah untuk lelaki ini memang kena buat keputusan yang betul supaya hadiah itu tak jadi pemberian yang sia-sia sahaja.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan senarai hadiah yang boleh kita berikan pada lelaki-lelaki yang kita sayangi melalui artikel ini. Jangan risau, kami yakin lepas anda baca penulisan ini anda akan dapat idea.

Jemput baca perkongsian kami.

Idea hadiah untuk lelaki

Di bawah ini kami dah siap listkan beberapa jenis hadiah untuk lelaki yang boleh anda berikan.

1. Jam tangan

Kalau anda rasa nak bagi hadiah yang nampak mewah dan mampu milik. Jam tangan merupakan idea yang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah lebih-lebih lagi untuk lelaki. Kalau anda nak tahu, lelaki ini memang ramai sangat yang suka pakai jam tangan.

Lagi berbaloi kalau lelaki itu memang seorang yang suka mengumpul jam tangan. Bukan sahaja anda bagi apa yang dia suka tetapi jam tangan itu akan selalu dia pakai. Tetapi, kalau nak hadiahkan jam tangan pun tak perlulah beli sampai yang harga ribu-ribu. Beli ikut kemampuan anda sahaja.

Lagipun, sekarang ini dah banyak brand jam tangan berkualiti dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

 

2. Kasut

Selain daripada jam tangan, orang lelaki pun suka kasut. Jadi, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa. Anda boleh hadiahkan kasut yang mungkin mereka pernah angan-angankan untuk beli tapi tak beli-beli lagi sampai sekarang.

Namun, sebelum beli kasut itu pastikan anda memang dah confirm dengan ukuran kaki dia. Jangan sampai tersalah pilih saiz. Tak pasal-pasal nanti kasut itu tak muat pula dengan kaki dia.

 

3. Wallet

Tahu tak wallet itu apa? Wallet itu maksudnya dompet dalam bahasa melayu. Dompet ini juga adalah salah satu hadiah yang bernas untuk anda berikan. Kalau nak tahu, lelaki paling susah nak tukar dompet.

Lelaki ini bukan macam orang perempuan. Asal nampak yang cantik sahaja beli. Lelaki ini walaupun dompet dia zip dah rosak pun belum tentu dia beli baru. Ada yang dari sekolah menengah pakai dompet sama sampailah dah bekerja.

Jadi dah tentulah kalau hadiahkan dompet untuk lelaki ini adalah perkara yang paling bijak sekali. Dan semestinya dompet pun penting untuk letak duit.

 

4. Card holder

Card holder itu lebih kurang macam dompet tetapi dia direka khas untuk anda letak kad-kad yang penting bagi anda. Contohnya macam kad nikah, kad pengenalan, kad bank dan lain-lain.

Sebenarnya, untuk seseorang hadiahkan card holder ini jarang terjadi. Bukan tak ada tetapi susah nak jumpa. Sebab selalunya mana-mana dompet pun dah disediakan sekali dengan bahagian untuk letak kad dan boleh dikatakan card holder ini bukan barang yang wajib ada.

Tetapi, selain daripada dompet. Apa kata anda hadiahkan card holder supaya nampak lebih istimewa.

 

5. Keperluan solat atau mengaji

Kalau nak bagi hadiah yang nampak islamik sikit. Anda boleh cuba berikan barang-barang untuk solat atau mengaji. Antaranya adalah macam sejadah, tasbih, Al-Quran dan seumpamanya.

Selain daripada ia hanya sekadar hadiah. Ia juga boleh menjadi salah satu saham akhirat anda satu masa nanti. Orang kata kalau kita tak tahu nak bagi apa pada seseorang, berilah sesuatu yang memberikan manfaat dan faedah kepada orang lain dan juga diri kita sendiri walaupun setelah kita mati.

 

6. Spek mata hitam

Spek mata hitam juga boleh menjadi salah satu hadiah yang menarik. Tambahan lagi, zaman sekarang ini dah jadi trend untuk orang sentiasa pakai spek hitam walau hanya untuk suka-suka.

So, kalau anda rasa macam orang lelaki itu suka menggayakan spek hitam setiap masa dan di mana jua. Boleh juga anda berikan hadiah spek mata hitam. Lagipun, spek mata hitam itu boleh melindungi mata dari silauan cahaya matahari yang terik.

Dapat jugalah anda lindungi mata lelaki yang anda sayang dengan pemberian hadiah spek mata hitam itu.

 

7. Tali leher

Hadiah untuk lelaki ini sesuai bagi yang selalu duduk di pejabat. Kalau orang lelaki itu seorang pekerja korporat, bekerja di pejabat atau selalu memakai pakaian formal ke tempat kerja, ia sangat sesuai. Apa kata kalau anda cuba hadiahkan tali leher. Sudah tentu dia akan lebih bersemangat untuk bekerja dengan tali leher pemberian anda.

 

8. Minyak wangi

Bukan perempuan sahaja yang perlu menjaga ketrampilan diri dan bau badan. Orang lelaki pun kena juga jaga semua itu untuk nampak sentiasa kemas dan bersih. So, salah satu penyumbang untuk nampak lelaki itu lebih menarik adalah dengan bauan dari minyak wangi.

Di samping itu, bau minyak wangi ini boleh membuatkan kita mengingati seseorang. Jadi kalau nak hadiah yang romantik sikit, hadiahkan lah minyak wangi.

 

9. Set skincare

Kalau nak muka lelaki itu lebih sihat, bersih dan flawless. Hadiahkan lah set penjagaan muka. Namun, pastikan skincare itu sesuai dengan kulit muka dia terlebih dahulu.

Manalah tahu nanti tak sesuai. Habis rosak pula muka kacak dia.

Ingat orang perempuan sahaja yang boleh jaga kulit muka. Lelaki pun teringin juga nak manjakan kulit muka sendiri.

 

10. Baju sejuk / sweater

Baju sejuk pun boleh dijadikan hadiah terutamanya untuk orang lelaki yang jenis tak tahan sejuk ini. Sekurang-kurangnya bila dia berjalan ke tempat sejuk macam Genting Highland ke, bolehlah dia pakai baju sejuk pemberian anda.

 

11. Hadiah buatan sendiri

Pernah tak terlintas untuk bagi hadiah yang anda sendiri buat? Kalau tak pernah, apa kata kalau anda cuba mulakan dari sekarang. Memang kadang-kadang rasa macam berbaloi ke bagi hadiah yang kita buat sendiri.

Tetapi, hadiah yang kita buat sendiri itulah lebih istimewa daripada yang kita beli. Kalau anda rasa tak cukup kreatif untuk cipta sesuatu barang, anda buat kek untuk hari jadi dia pun dah mencukupi. Yang penting, semua itu hasil dari buatan sendiri.

 

12. Hadiah untuk lelaki yang palin baik ialah doa

Ya, doakanlah dia agar menjadi lebih baik, sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Kalau dia happy, kita pun akan happy juga.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, tidak kiralah hadiah apa pun yang anda nak berikan pada seseorang. Bukan nilainya yang anda harus fikir, tetapi keikhlasan dalam kita memberi. Apa yang paling utama adalah orang yang menerima pemberian anda itu tersenyum gembira.

Bila dah bagi hadiah itu, jangan pula lupa untuk selitkan kad atau bagi ucapan selamat hari lahir ke, selamat hari ulang tahun perkahwinan ke dan sebagainya. Barulah hadiah itu jadi lebih bermakna.

Diharapkan dengan perkongsian mengenai hadiah untuk lelaki ini dapat memberikan panduan kepada orang perempuan dekat luar sana. Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment