Kenapa Lelaki Geram Dengan Perempuan (Anak Dara, Hati-Hati)

Kadang-kadang orang perempuan tak tahu yang si lelaki ini sedang pandang dia. Di satu sudut yang lain, lelaki ini juga sedang memikirkan sesuatu yang lain. Izikankan kami kupas, apa sebabnya dan kenapa lelaki geram dengan perempuan.

Kenapa lelaki geram dengan perempuan

Geram di sini ada beberapa maksud.

Yang pertama, geram yang menjurus ke arah yang baik-baik sahaja. Contohnya, apabila melihat si perempuan itu cukup penyayang dengan kanak-kanak, si lelaki ini geram untuk memperisterikan dia.

Yang kedua ialah geram yang bermaksud marah. Geram kerana perempuan yang lambat bersiap. Geram kerana suka melawan kata.

Yang ketiga ialah geram yang lebih ke arah nafsu semata-mata. Ini bahaya. Dan inilah yang ingin kami kupaskan.

 

Lelaki geram dengan perempuan yang bersuara manja

Bagi orang perempuan, jangan suka-suka bersuara manja dengan lelaki, melainkan sudah jadi suami. Walaupun bukan berada di depan mata dan hanya sekadar di telefon, lelaki berupaya untuk berimaginasi.

Sekadar pesanan, elakkanlah untuk rekod voice note dan hantar suara manja itu. Si lelaki yang menerima pesanan suara itu mungkin akan simpan dan mainkan berulang-ulang kali.

 

Lelaki geram bila wanita berpakaian ketat

Pakai tudung itu tidak bermaksud menutup aurat. Ada perempuan yang memakai tudung dan pakaian yang cantik, tapi masih dikira tidak menutup aurat kerana menampakkan tubuh badan.

Lelaki akan geram dengan perempuan yang berpakaian begini.

Sekali dia pandang. Mungkin dua kali dia akan menoleh lagi.

Hati-hati.

 

Lelaki geram dengan pandangan mata perempuan

Benarlah seperti peribahasa dulu-dulu “Dari mata, jatuh ke hati”.

Namun, hati-hati dengan pandangan mata menggoda yang sengaja dilontarkan kepada lelaki.

Jika nasib baik, mungkin dia tak rasa apa-apa. Hanya sekadar berbalas pandangan.

Yang jadi lebih teruk ialah apabila pandangan mata itu disalaherti oleh lelaki.

Mereka rasakan bahawa pandangan mata perempuan yang menggoda itu adalah satu signal, iaitu ajakan untuk lebih mendekati dan menghampiri dia.

Sila lebih berhati-hati.

 

Akhir kalam

Tidak tahulah berapa kali kami ungkapkan “hati-hati” dalam perenggan di atas.

Orang lelaki yang geram dengan orang perempuan ini tidak boleh dijangka tindakannya. Ada yang boleh menahan hawa nafsu.

Ada yang tidak boleh menahan bisikan syaitan dan seterusnya melakukan perkara-perkara terkeji. Buat lelaki, tunjukkanlah ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman wanita. Janganlah berkelakuan buruk. Jadilah lelaki yang pandai menghormati, bukannya jantan seperti haiwan yang tiada akal.

Diharapkan juga terus agar orang-orang perempuan di luar sana menjaga adab dan akhlak dengan lelaki.

Walau bagaimanapun, saranan di atas tidak terpakai untuk golongan suami isteri. Bagi isteri, buatlah apa sahaja untuk buat suami geram.

Untung-untung, bertambah lagi umat Nabi Muhammad di dunia ini.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment