Cara Lelaki Bagi Hint (Tanda Dia Suka Kita, Mahu Serius)

Orang perempuan, kadang-kadang tak pandai baca yang seseorang lelaki itu sudah maju ke hadapan, dan bersedia untuk serius dalam perhubungan. Untuk mengelakkan dari ini berlaku, mari kita lihat cara lelaki bagi hint, iaitu satu tanda yang dia suka kita.

Cara lelaki bagi hint

Merujuk kepada SheSaid, ini antara beberapa tanda yang kami rasa sesuai dengan orang lelaki Malaysia.

1. Lelaki bagi hint dengan pandangan mata

Masa mula-mula kenal, dia pandang kita biasa-bisa sahaja. Lama-lama, bila sudah jatuh hati, cara lelaki bagi hint ialah dengan pandangan yang lain dari dahulu.

Pandangan mata kali ini adalah dengan kasih sayang.

Cuma hati-hati dengan pandangan mata lelaki. Kadang-kadang, ia bukan menunjukkan kasih sayang, tetapi lebih kepada nafsu.

 

2. Selalu buat anda ketawa

Lelaki yang pandai ambil hati, dia akan cuba bagi hint dengan menggembirakan anda sepanjang hati. Dia rasa seronok lihat anda ketawa dengan lawak-lawak dia.

Bukan sahaja hati anda terhibur, si lelaki itu juga akan terhibur.

 

3. Dia akan ketawa dengan lawak anda

Walaupun anda tidak pandai sangat buat lawak, tanda lelaki bagi hint ialah dia akan suka dengan segala percakapan anda.

Setiap tutur bicara yang keluar dari mulut anda akan dia beri perhatian.

Setiap lawak anda, yang anda rasa tidak lawak, dia akan ketawa.

Bukan mahu ambil hati, dia cuma suka tengok anda.

 

4. Dia akan Like semua status anda

Sekiranya anda friend dengan lelaki ini di Instagram, Facebook, TikTok dan mana-mana media sosial, anda akan perasan satu perkara ini.

Dia akan Like semua status anda.

Ada kalanya, dia akan komen sekali sekala.

Anda perasan atau tidak?

 

5. Dia akan stalk media sosial anda

Pernah tak berlaku, status anda yang sudah beberapa tahun dahulu, yang masa itu belum kenal dia lagi, tiba-tiba ada Like?

Ini bermakna, lelaki ini mahu tahu lebih lanjut tentang anda.

Ada orang kata, scary. Takut ada lelaki macam ini.

Tepuk dada, tanya hati.

Pada kami, ini adalah cara lelaki bagi hint bahawa dia mahu tahu lebih lanjut tentang masa lalu kita.

 

6. Lelaki bagi hint dengan selalu guna Emoji

Dengar macam tak percaya bukan?

Cara lelaki bagi hint melalui Whatsapp ialah dengan Emoji.

Lelaki jarang guna Emoji, tak kisahlah di Whatsapp, Telegram atau apa-apa lagi medium perhubungan yang ada. Memang sangat-sangat jarang berlaku.

Selalunya, mesej lelaki ringkas dan bersahaja.

Jadi, antara cara lelaki tunjukkan dia suka kita ialah dia akan selalu chat dengan emoji sekali.

Bukan sekali. Bukan dua kali.

Hampir setiap kali chat dengan dia, dia akan guna Emoji. Lelaki pendiam pun sama.

Cuma hati-hati. Jangan terpedaya dengan lelaki yang guna Emoji “LOVE”, tapi tak ada apa-apa perasaan.

 

Akhir kalam

Benar, cara lelaki bagi hint tidak sama dengan orang perempuan. Lelaki tunjuk dia suka dengan cara yang tersendiri.

Ramai yang terlepas peluang kerana tidak faham cara lelaki berfikir.

Diharapkan agar dengan perkongsian ini, anda lebih alert.

Bila sudah berkawan, pastikan jauhi maksiat. Berkawanlah sehingga ke jinjang pelamin.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Lelaki Bagi Hint (Tanda Dia Suka Kita, Mahu Serius)”

Leave a Comment