Doa Cepat Jodoh (Dan Jawapan Kenapa Jodoh Lambat Sampai)

Masyarakat di Malaysia sering memikirkan keadaan jodoh mereka supaya ianya cepat sampai. Namun begitu, tidak semua perkara yang mereka hajati tercapai oleh kerana kehadiran jodoh yang lambat ke dalam kehidupan diri mereka. Walaupun sudah baca doa cepat jodoh, ramai juga yang mempersoalkan, kenapa jodoh lambat sampai?

Sukar soalan itu. Jodoh dan maut sebenarnnya terletak di tangan Tuhan. Namun begitu, apabila jodoh segelintir individu itu lambat, mereka menjadi gelabah dan risau akan keadaan yang menimpa diri mereka itu.

Doa cepat jodoh

Izinkan kami berkongsi doa cepat jodoh yang ada di laman myjodoh.net

Doa cepat jodoh

Doa cepat jodoh untuk perempuan

Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama lelaki itu yang kita mahu kahwin dengan dia) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman.

Dan gembirakanlah dia (iaitu sebut nama lelaki itu yang kita berhajat untuk berkahwin dengan dia) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.

Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

 

Doa cepat jodoh untuk lelaki

Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama perempuan itu yang kita mahu kahwin dengan dia) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman.

Dan gembirakanlah dia (iaitu sebut nama perempuan itu yang kita berhajat untuk berkahwin dengan dia) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan.

Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya.

 

Kenapa jodoh lambat sampai?

Walaupun jodoh itu sendiri terletak pada tangan Tuhan, kadangkala jodoh yang lambat itu adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 sebab kenapa jodoh lambat sampai dalam diri anda.

Kurang berdoa

Dalam Islam, doa merupakan jambatan yang menghubungkan diri anda kepada Allah. Umat Islam disyariatkan supaya sentiasa berdoa dan meminta daripada Allah S.W.T atas segala yang mereka inginkan.

Agama lain juga mengesyorkan perbuatan berdoa kepada Tuhan bagi meminta segala hajat yang mereka inginkan. Dengan berdoa, anda akan lebih yakin dan redha atas segala keputusan dan akan sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan jodoh anda. Jodoh berada di tangan Tuhan.

Ada yang datang ke Jabal Rahmah di Mekah, semata-mata untuk berdoa agar mudah dapat jodoh.

Jabal Rahmah sering dikaitkan sebagai lokasi mustajab doa untuk mendapat jodoh kerana ia tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu semula selepas Allah turunkan kedua-duanya ke dunia akibat kesalahan memakan buah khuldi di syurga.

Jika anda tidak berdoa dan meminta, ianya agak sukar untuk anda mencapai hajat yang anda inginkan sebelum ini. Perbanyakkanlah berdoa dan meminta daripada Tuhan bagi mempercepatkan jodoh anda.

 

Tidak berusaha sungguh-sungguh

Semata-mata mendoakan jodoh yang cepat tanpa usaha keras menjadi salah satu punca kenapa jodoh anda lambat.

Tingkatkan usaha untuk mencari pasangan hidup dalam kehidupan anda dan setelah anda menjumpai si dia, teruskan usaha dengan mengumpulkan duit yang mencukupi untuk menghalalkan hubungan anda.

Usaha amatlah penting dalam merealisasikan impian anda untuk bertermu dengan jodoh anda. Jika anda hanya tidur sepanjang hari, dan hanya sekadar menunggu kedatangan seseorang istimewa dalam diri anda, maka ianya sukar untuk anda bertemu dengan jodoh anda.

Tingkatkan usaha anda untuk menghalalkan hubungan anda supaya jodoh anda lebih diberkati dan berkekalan sepanjang hayat.

 

Terlalu memilih pasangan yang perfect

Salah satu sebab jodoh anda lambat sampai yang ramai orang terlepas pandang dan tidak sedar adalah kerana mereka terlalu memilih ketika mencari pasangan hidup mereka.

Tak salah untuk anda memilih ciri-ciri calon yang terbaik untuk hidup bersama anda sepanjang hayat. Tetapi ramai orang telah meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi sehinggakan mereka tak dapat menerima keadaan pasangan mereka yang seadanya.

Disebabkan oleh perangai seseorang yang terlalu memilih ini, mereka sukar untuk mendapatkan pasangan hidup dan hanya mengharapkan seseorang yang mempunyai ‘standard’ yang mereka inginkan itu untuk datang ke sisi mereka.

 

Akibat perbuatan dengki orang

Kita tidak tahu, mungkin ada orang yang tidak suka kita berkawan dengan seseorang. Apabila diketahui kita mahu mengikat tali pertunangan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan, ada yang kena sihir.

Ada juga yang menerima saka, yang menyebabkan jodohnya lambat

Apa-apa pun, kembalilah kepada perubatan Islam. Anggap ini sebagai dugaan. Rawat sihir dan saka mengikut perubatan Islam.

 

Gagal mendapat restu ibu bapa

Restu ibu bapa amatlah penting bagi mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan dalam misi pencarian jodoh mereka.

Tidak ramai yang tahu bahawa sebahagian daripada punca kebahagiaan dalam rumah tangga adalah melalui restu ibu bapa mereka sendiri. Ada kalanya restu tidak dapat diperoleh kerana ibu bapa mereka merasakan belum bersedia untuk melepaskan anda yang kini berada di bawah jagaan mereka.

Oleh itu, berusahalah untuk meyakinkan mereka supaya anda dapat memperoleh restu daripada mereka untuk berkahwin.

 

Yang baik selalu datang lambat

Ramai individu mengeluh apabila jodohnya lambat sampai ke dalam hidup mereka. Namun, perkara yang mereka selalu terlepas pandang adalah yang baik selalunya datang lambat. Allah merupakan sebaik-baik perancang.

Jika jodoh anda lambat, ingatlah bahawa Allah telah merancang sesuatu perkara yang lebih baik untuk anda.

Banyakkan berdoa dan bersabar sekiranya jodoh anda lambat sampai daripada orang lain. Berikan fokus terhadap perkara lain dahulu sementara menunggu kehadiran jodoh anda.

 

Akhir kalam

Dalam Islam, jodoh dan maut itu berada di atas tangan Allah. Lambat atau cepat itu semuannya bergantung kepada perancangan Allah.

Sekiranya jodoh anda lambat, perbanyakkanlah kesabaran dan tingkatkan usaha anda bagi mencari jodoh yang sesuai untuk anda. Doa yang didampingi dengan usaha mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.

Bukan itu sahaja, janganlah terlalu memilih ketika mencari pasangan hidup anda dengan meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi dan belajar untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam diri pasangan anda. Barulah hidup anda akan lebih bahagia.

Jangan dipersoalkan jodoh yang lambat. Walaupun sudah baca doa cepat jodoh, teruskan lagi berdoa dan kembalilah kepada ajaran Islam seperti banyakkan ibadah, selawat dan sedekah.

Semoga dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh.

Jika sudah bertemu pasangan impian dan bakal melangsungkan perkahwinan, jangan lupa baca tips malam pertama.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Doa Cepat Jodoh (Dan Jawapan Kenapa Jodoh Lambat Sampai)”

Leave a Comment