Kenapa Lelaki Ghosting? (Alasan Dia Tiba-Tiba Menghilang)

Kenapa lelaki ghosting? Persoalan ini mungkin telah banyak dibincangkan oleh kaum perempuan khususnya mereka yang sedang dalam percintaan. Isu ghosting ini pula bukanlah satu perkara yang baru terjadi. Malah ia telah menjadi satu fenomena.

Namun, sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mengenai kenapa lelaki ghosting. Apa kata anda ketahui dahulu apakah sebenarnya ghosting di dalam perhubungan?

Apa itu ghosting?

Ghosting adalah bermaksud satu keadaan di mana seseorang hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Dia tidak akan dapat dihubungi dan tidak memberikan tindak balas sama sekali. Hubungan yang telah berlanjutan selama ini seolah-olah tergantung begitu sahaja.

Secara ringkas, ia lebih kurang macam lost contact. Tetapi, ghosting ini lebih menyakitkan buat mereka yang terkesan kerana ia terjadi secara mendadak dan tanpa isyarat.

Seterusnya, mari kita teruskan kepada inti utama kita melalui penulisan di sini.

Jemput baca perkongsian kami.

Kenapa lelaki ghosting?

Berikut merupakan beberapa alasan atau punca kenapa lelaki ghosting.

1. Lelaki ghosting apabila dia sedang buntu

Apabila seseorang lebih-lebih lagi lelaki yang berada di dalam kebuntuan atau menghadapi masalah yang banyak. Mereka lebih cenderung untuk melakukan ghosting kepada pasangan atau orang-orang yang dekat dengan mereka.

Ini kerana, lelaki tidak suka perkara yang akan merumitkan keadaan atau yang buat dia serabut. Maklumlah, kalau kita bercinta mestilah kita nak berkongsi masalah bersama. Namun untuk lelaki yang mungkin egonya tinggi atau tak nak membebankan pasangan dia dan orang lain.

Lelaki tersebut akan lebih memilih untuk ghosting. Bagi dia ini adalah satu-satunya jalan terbaik untuk hubungan itu tanpa berfikir panjang.

 

2. Lelaki ghosting kalau perempuan abaikan dia terus-menerus

Mungkin anda fikir apa kaitan alasan ini dengan lelaki ghosting. Tetapi sebenarnya alasan ini menjadi salah satu penyumbang kepada fenomena kenapa lelaki ghosting. Jangan kata perempuan sahaja yang tidak suka diabaikan, lelaki pun sama juga.

Apabila dia chat kita tidak balas, dia call kita tak angkat atau bila dia ada depan mata kita pun kita macam layan nak tak nak. Dia akan rasa tidak dihargai dan fikir yang kita tidak perlukan dia dalam hidup kita. Senang cerita, apabila kita tidak memberikan layanan yang sama macam apa yang dia expect, dia akan kecewa.

Jadi, dia akan pilih untuk menghilangkan diri.

 

3. Dia tidak berminat dengan hubungan itu

Punca yang akan menyebabkan kenapa lelaki ghosting adalah apabila dia tidak berminat dengan sesuatu hubungan itu apatah lagi untuk meneruskannya. Bagi dia lebih baik jangan mulakan apa-apa sebelum semuanya jadi lebih susah untuk ditamatkan.

Selain itu, dengan melakukan ghosting pada awal-awal perhubungan itu adalah lebih baik untuk membuatkan seseorang itu faham yang dia tidak berminat ke arah hubungan yang lebih lanjut. So, daripada beri harapan palsu. Lebih baik tinggalkan begitu sahaja.

 

4. Dia tak nak ada komitmen

Sesibuk mana pun seseorang itu, kalau dia dah sayang. Dia mesti akan luangkan masa bersama kita walaupun untuk seketika. Tetapi kalau dia tidak sayang kita atau sebaliknya, dia memang tak akan bagi komitmen dengan hubungan itu.

Dia akan mula mengelak untuk berjumpa kita atau tak nak contact kita walaupun dia ada masa. Kalau dia tidak sibuk sekalipun dia akan cakap yang dia sibuk sampai tidak ada kesempatan untuk jumpa kita atau bertanyakan khabar kita.

Lama-kelamaan dia akan hilang begitu sahaja tanpa berita. Tahu-tahu kita dah kena ghosting.

 

5. Lelaki ghosting kalau dia dah bosan dengan kita

Dia nak cakap yang dia dah bosan dengan kita nanti dia takut kita terasa atau sedih. Jadi, cara paling senang dan cepat sekali untuk tamatkan hubungan itu adalah dengan ghosting sahaja.

Lelaki ini kalau dia dah bosan dengan kita memang senang sangat kita nak tahu. Nanti bila kita hantar chat panjang-panjang dia reply pendek sahaja. Padahal dulu masa awal-awal dia syok dekat kita bukan main panjang chat dia hantar.

Tidak cukup dengan itu, bila kita cerita apa pun dekat dia. Dia dah tidak banyak cakap. Dia jawab pun sepatah-sepatah sahaja. Bila tanya ada masalah ke apa, mesti dia jawab tidak ada apa-apa. Ada juga yang sampai sanggup cari isu untuk buat bergaduh sebab bila bergaduh senang nak ghosting.

Sedar-sedar dah kena tinggal macam itu sahaja. Whatsapp pun dah kena block.

 

6. Lelaki itu ada perempuan lain

Dah dapat yang baru buat apa ingat yang lama lagi. Begitulah diibaratkan kalau lelaki itu curang dengan kita. Kita ini pun ingat dia diam itu ada masalah ke apa. Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi.

Tahu-tahu sahaja kita ini dah kena tipu sekali pakej dicurangi. Dia bagi alasan konon-konon nak ambil masa tenangkan diri lah apalah. Akhirnya, dia tinggalkan kita macam itu sahaja terkapai-kapai seorang diri.

Iyalah, mana ada orang dengan mudahnya nak mengaku dia curang selagi tidak pecah tembelang. Jadi, untuk elak kita tahu dia curang dengan kita. Lebih baik dia ghostingkan sahaja kita ini.

 

7. Lelaki ghosting sebab dia nak menyendiri

Kenapa lelaki ghosting? Jawapannya, ada sesetengah lelaki dekat dalam dunia ini kalau dia nak masa untuk diri dia sendiri dalam jangka masa yang lama. Dia akan ghosting sesiapa sahaja termasuklah pasangan dia sendiri. Pada pandangan dia, ini salah satu cara untuk mengelakkan diri dari disoal macam-macam oleh orang sekeliling.

Dia nak orang lain hormat masa dia untuk bersendiri dengan tiba-tiba hilang macam itu sahaja. Masa itulah dia tidak payah susah-susah nak angkat call orang ke apa dan waktu untuk dia betul-betul boleh pentingkan diri dia sendiri.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, di ghosting oleh seseorang adalah satu perkara yang tidak harus terjadi kepada sesiapa sahaja. Kesannya akan memberikan tamparan hebat malahan sangat menyeksakan sesuatu pihak terutamanya kepada mereka yang sedang bercinta atau orang yang sangat rapat.

Mungkin bagi sesetengah orang, hal ini nampak remeh. Tetapi ia tidak boleh dipandang ringan kerana ada orang yang menjadi depress akibat ditinggalkan begitu sahaja. Maka, ghosting ini adalah satu fenomena yang tidak sihat dan tidak boleh diamalkan.

Jalan penyelesaian terbaik bagi fenomena ini adalah sekiranya ada masalah atau sebarang kekangan. Lebih baik mengambil pendekatan untuk berterus-terang tentang situasi sebenar. Jangan pentingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Jika tidak berminat untuk meneruskan apa-apa hubungan itu, beritahulah dengan cara yang lebih baik.

Untuk perempuan di luar sana yang sedang menjalinkan hubungan percintaan atau seumpamanya. Sentiasalah peka dengan sebarang perubahan pasangan anda. Jangan sampai anda kena ghosting pula.

Diharapkan dengan perkongsian kami mengenai kenapa lelaki ghosting ini dapat memberikan sedikit pencerahan buat anda yang nak tahu apakah sebenarnya yang terjadi. Anda juga perlu ambil tahu tanda lelaki ikhlas mencintai anda supaya anda tidak perlu ragu-ragu lagi tentang hubungan itu.

Tambahan lagi, besar kemungkinan anda tidak akan kena ghosting.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment