Ingin membersihkan rekod saman anda pada harga separuh? Peluang untuk mendapatkan diskaun saman PDRM 2023 ini tidak boleh dilepaskan!
Pihak PDRM akan menawarkan diskaun 50% pada saman dari 13 hingga 14 Januari 2023 selearas dengan pelancaran Op Selamat 19 bagi Tahun Baru Cina 2023.
Karnival mini akan diadakan di Restoran Atas PLUS Ayer Keroh, arah selatan. Pihak polis akan membuka kaunter pembayaran dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Menurut pihak polis, tawaran harga separuh tidak termasuk saman bagi lampu isyarat, laluan kecemasan, melintas garis dua, melintas berbahaya (potong baris), kemalangan, tidak dapat dibayar denda (NC), kes mahkamah dan juga modifikasi ekzos dan yang melibatkan lori.
Untuk anda yang berada di sekitar Ayer Keroh R&R minggu ini, ini adalah peluang terbaik untuk membersihkan rekod saman anda dengan harga separuh.
Dan untuk mereka yang berada di Klang Valley, JSPT KL juga mengadakan jualan “separuh harga” dengan syarat dan terma yang sama, di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, mulai hari ini hingga Khamis.
Anda dinasihatkan untuk semak saman PDRM terlebih dahulu. Jika ada, teruskan untuk buat bayaran saman PDRM.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk keratan akhbar daripada PDRM sendiri.