Check Saman PDRM Online 2021 (Semak di mybayar.rmp.gov.my)

Selain boleh buat semakan saman polis guna no plat , anda juga boleh ikuti cara check saman polis online melalui portal terbaru PDRM di mybayar.rmp.gov.my.

1. Check saman PDRM online di mybayar.rmp.gov.my

Berikut ialah cara untuk membuat semakan saman secara online. Namun, anda perlu pastikan bahawa mengikuti langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login terlebih dahulu.

Yang paling utama, pastikan anda sudah mendaftar dan berjaya login. Jika masih lagi belum buat pendaftaran, sila rujuk panduan seterusnya di bahagian bawah.

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang Log Masuk
  5. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem My Bayar Saman
  6. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  7. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  8. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  9. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  10. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit
  11. Teruskan sehingga selesai
  12. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  13. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

 

2. Register MyBayar untuk bayar saman PDRM

Sila buat pendaftaran seperti di bawah untuk bayar saman PDRM secara online.

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  3. Tekan butang DAFTAR
  4. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  5. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  6. Tekan butang SETERUSNYA
  7. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  8. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  9. Sahkan Kata Laluan
  10. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

 

2. Login MyBayar dan check saman PDRM

Berikut adalah cara untuk login MyBayar dan seterusnya membolehkan anda buat semakan saman PDRM secara online:

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang LOG MASUK
  5. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar yang membolehkan kita semua check saman PDRM secara online.

Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk buat semakan saman polis sebelum ini, sejujurnya kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi.

Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.

Kami juga berharap agar perkongsian mengenai cara bayar saman PDRM online ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran anda.

Syabas PDRM!

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Check Saman PDRM Online 2021 (Semak di mybayar.rmp.gov.my)”

  1. saya terlupa id dn pasword,macamana ya try2 forgot tu pun tak lepas2,so bila jd macam tu saya nk hubungi siapa utk daftar semula

    Reply
    • Sama juga saya Lost password tapi lost to access untuk login.so forgot pun still sama email wujud tapi tak boleh nak forgot sebab email..

      Reply
  2. Saya telah membuat permohonan utk pendaftaran ke myBayar tapi dinyatakan IC telah wujud di dlmm sistem. Jadi ke myBayar dan menyatakan terlupa password tapi dimaklumkan id atau gmail x match, jadi apa perlu saya lakukan?

    Reply
  3. Dah register tapi tak bole akses system. Cuba lupa password dan letak password baru pun tak dapat masuk. Kalau sistem crash harap lanjutkan tarik tutup tarikh bayaran dengan discount. Ramai rakyat susah.

    Reply
  4. Quite interesting that the login module always fail with ‘The server is temporary unable to service your request due to maintenance upgrade. Please try again later.’

    Reply
    • Selamat petang ,saya terlupa id dn pasword,macamana ya try2 forgot tu pun tak lepas2,so bila jd macam tu saya nk hubungi siapa.
      email yang yang daftar pun saya sdh lupa

      Reply
  5. Selamat petang ,saya terlupa id dn pasword,macamana ya try2 forgot tu pun tak lepas2,so bila jd macam tu saya nk hubungi siapa.
    email yang yang daftar pun saya sdh lupa

    Reply

Leave a Comment