Course Yang Senang Dapat Kerja (Student Mesti Baca!)

Di dalam artikel ini, kami senaraikan course yang senang dapat kerja untuk membantu anda membuat pertimbangan dalam melanjutkan pelajaran di peringkat kolej atau universiti. Kalau ikut logiknya, untuk mengetahui course yang senang dapat kerja tentulah dengan mengetahui kerja apa yang sedang berkembang pesat dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, kan?

Course yang senang dapat kerja

Berikut adalah course yang boleh dipertimbangkan untuk anda membuat pilihan dan keputusan matang supaya mudah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar:

 

1. Pengurusan perniagaan

Jurusan pengurusan perniagaan kemahiran dan pengetahuan dalam teori dan amalan pengurusan yang perlu untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

Ia memberi ilmu kemahiran dalam bidang perniagaan terutamanya fungsi pengurusan dan juga aspek-aspek ekonomi, kewangan, perundangan dan aspek pemasaran dalam perusahaan perniagaan yang moden.

Mereka yang tamat pengajian pengurusan perniagaan ini mudah mendapatkan pekerjaan kerana ia bukanlah satu jurusan yang khusus pada sesuatu cabang pekerjaan sahaja.

Ini adalah kerana kemahiran di dalam bidang ini diperlukan dalam semua aspek pekerjaan baik di dalam bidang perindustrian, perniagaan, hiburan dan mana-mana sahaja.

 

2. Sains fizikal

Course yang senang untuk dapat kerja yang seterusnya adalah sains fizikal. Bidang sains fizikal juga menjamin penempatan kerja selepas belajar kerana kekurangannya tenaga kerja dalam bidang ini untuk tahun ini dan akan datang.

Jurusan sains fizikal adalah bentuk sains yang merangkumi ilmu fizik, ilmu kimia dan ilmu geologi yang menganalisis keadaan semula jadi dan sifat-sifat jirim tenaga kuasa dan bahan yang tidak hidup.

Selain daripada itu, mereka yang mengambil jurusan ini juga boleh mengkhususkan pengajian mereka di dalam bidang matematik, statistik dan sains aktuari.

Cabang ilmu matematik sahaja ada terdiri daripada matematik untuk pengkomputeran, perbankan dan insurans, atau sekadar menjadi ahli matematik tulen.

Ahli sains dan matematik yang mengambil modul ini akan diberi kemahiran mentafsir data, membuat kajian untuk aplikasi untuk operasi dan meramalkan trending pelaburan.

Menurut laporan,  tangga gaji permulaan bagi para graduan yang bekerja sebagai akauntan , auditor junior atau bidang pengurusan dan jualan adalah antara RM2000 – RM3000.

 

3. Kejuruteraan

Malaysia memerlukan lebih 200,000 tenaga kerja di dalam bidang kejuruteraan. Course kejuruteraan ini sememangnya satu bidang yang luas dan mempunyai pelbagai cabang.

Walaupun banyak desas-desus yang bercerita ramai graduan dalam bidang kejuruteraan menganggur, hakikatnya bidang ini masih mendapat permintaan tinggi.

Pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan awam, kimia, perlombongan, mekanikal, pengeluaran, telekomunikasi, elektrik dan elektronik adalah antara cabang kejuruteraan yang boleh dipertimbangkan.

Bukan sahaja di peringkat sarjana muda, mereka yang tamat dengan diploma juga mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan di dalam bidang ini.

Tangga gaji jurutera berbeza-beza mengikut bidang pekerjaan yang diceburi dari RM1800 hingga RM3500.

 

4. Perakaunan

Course yang senang dapat kerja yang berikutnya adalah course perakaunan. Course perakaunan juga adalah salah satu jurusan yang mempunyai keperluan di kalangan majikan di Malaysia.

Tidak hanya tertumpu dalam bidang perbankan sahaja, pelajar yang mengambil jurusan ini akan mempelajari ilmu akaun, matematik, ekonomi dan pengurusan perniagaan yang membolehkan seseorang mana-mana cabang pekerjaan yang ada.

Seorang akauntan bertanggungjawab menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi sesuatu perniagaan atau organisasi. Selain daripada menjadi akauntan profesional, jurusan perakaunan juga membolehkan anda menceburi kerjaya lain seperti menjadi auditor, pembuat dasar ekonomi, pegawai cukai dan juga bidang pengkomputeran.

Dianggarkan lepasan jurusan perakaunan yang mula bekerja boleh mendapat gaji dari RM2000 sebagai permulaan.

 

5.Informasi dan Teknologi (ICT)

Jurusan ICT dan software engineering membolehkan pelajarnya mempelajari pelbagai bidang perkomputeran dan dunia digital sekaligus menceburi bidang yang ternyata berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia.

Antara pekerjaan yang memerlukan graduan ICT dan software engineering ini termasuklah yang disenaraikan oleh LinkedIn iaitu data saintis dan analisis, field stack engineer dan developer serta user experience engineer.

Skil menganalisa data, memahami dan membuat program berdasarkan bahasa aplikasi  tertentu, merekacipta website dan mengaplikasikan data untuk kepentingan dan keuntungan syarikat adalah antara kemahiran yang boleh dipelajari dalam course ini.

Di samping itu, dengan permintaan yang tinggi dalam perniagaan melalui internet dan penggunaan data dan teknologi, bidang ICT dan kemahiran software engineering ini adalah satu bidang yang mampu menjamin peluang untuk mendapat kerja dengan segera selepas tamat belajar nanti.

Menurut laporan gaji di Malaysia yang dikumpulkan oleh Jobstore.com, gaji permulaan bagi mereka yang menceburi bidang ini adalah di dalam lingkungan RM2500 hingga RM3800.

 

6.Sains hayat

Walaupun bidang kedoktoran adalah satu bidang yang sering mempunyai kekurangan di negara kita ini, masih ada banyak lagi bidang pekerjaan yang bukan melibatkan kedoktoran tetapi cabang-cabang perubatan yang diperlukan dan ia juga termasuk dalam senarai course yang senang untuk dapat kerja.

Umum sedia maklum yang kelayakan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran adalah tinggi. Namun, untuk anda yang minat biologi dan anatomi manusia tetapi tidak memenuhi kelayakan untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran, bolehlah cuba untuk menyambung pelajaran dalam bidang seperti ahli farmasi, fisioterapi, audiologi dan kejururawatan.

Bidang-bidang ini sememangnya mendapat tempat di kalangan majikan dengan meningkatnya permintaan perkhidmatan ini daripada orang ramai.

Gaji permulaan bagi mereka yang tamat belajar dan ingin menceburi bidang ini  adalah dalam lingkungan RM1500 hingga RM2000.

 

7. Sains sosial

Jurusan sains social akan menghasilkan graduan yang akan menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji bidang kemanusian di dunia ini.

Jurusan ini mengkaji perihal dan fenomena social yang berlaku yag melibatkan manusia dan ini merangkumi ilmu psikologi, sosiologi, ekonomi, sains politik dan pendidikan.

Berbeza dengan bidang-bidang sebelum ini yang lebih tertumpu kepada pemikiran analitik, mereka yang menceburi bidang ini mempunyai pemikiran kritikal dan mampu menyambung ilmu-ilmu di persekitaran dan membuat kesimpulan dalam mentafsir sesuatu maklumat.

Pada hari ini, graduan daripada jurusan sains social banyak mendapat perhatian daripada pihak majikan terutama untuk bidang sains politik, penasihat ekonomi dan pendidikan serta guru kaunseling.

Jurusan ini sesuai untuk anda yang suka menganalisa perihal manusia.

Kerjaya ini mempunyai prospek yang besar walaupun gaji permulaan bagi graduan sains sosial tidak begitu mewah iaitu bermula daripada RM1200.

 

8. Perhubungan awam dan komunikasi media

Perhubungan awam termasuk dalam course yang senang untuk dapat kerja. Antara lima bidang pekerjaan yang berkembang pesat seperti yang yang dilaporkan oleh LinkedIn, empat daripadanya adalah berkaitan dengan perniagaan di bidang teknologi dan perniagaan  internet. Antara kemahiran yang menjadi ‘pisang goreng panas’ di kalangan majikan untuk bidang ini adalah kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi.

Penulis konten, pegawai perhubungan awam dan pengaturcara/pengurus agenda (event management) adalah antara bidang yang boleh diceburi bagi mereka yang mahu mengikuti kursus ini.

Kemahiran berfikir secara kritikal dan kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan bahasa dan media yang ada tentunya menjadikan bidang ini satu bidang yang boleh diceburi oleh anda yang gemar berinteraksi dengan orang awam.

Bagi mereka yang menceburi bidang perhubungan dan komunikasi media serta terlibat dengan jualan dan pemasaran, gaji yang ditawarkan boleh mencecah RM3000 termasuk dengan elaun bulanan.

 

Tips untuk memilih jurusan di universiti

Antara tip-tip yang boleh anda gunakan untuk memilih jurusan yang dapat menjamin pekerjaan anda ialah:

  • Pilih jurusan yang mempunyai permintaan masa kini. Lakukan rujukan di internet dengan meneliti kerja-kerja kosong yang diperlukan daripada website pekerjaan serta bahan bacaan yang ada.
  • Pilih jurusan yang boleh buat duit dan boleh digerakkan oleh anda sendiri di mana kemahiran yang anda pelajari boleh digunakan walaupun ketika ekonomi merundum.
  • Pilih jurusan yang membolehkan anda memasuki pasaran dan permintaan kerja di pelbagai bidang, kerajaan atau swasta dan tidak terhad kepada satu cabang perniagaan sahaja.
  • Pilih jurusan yang mampu mengasah bakat dan kemahiran anda serta mempunyai modul latihan praktikal untuk meyakinkan bakal majikan anda
  • Pilih jurusan yang boleh memberi peluang untuk pergi lagi jauh dalam menguasai bidangnya, seperti melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau menjadi ahli badan profesional yang diiktiraf.

 

Akhir kalam

Sebenarnya, walaupun ramai para graduan yang mengeluh kerana tidak mendapat kerja dan masih menganggur setelah tamat belajar, peluang pekerjaan itu sentiasa terbuka untuk semua.

Bidang apa-apapun yang kita ceburi, dalam mencari pekerjaan perlulah dilengkapkan dengan kemahiran berkomunikasi dengan baik, adab dan karektor yang betul dalam bekerja serta penampilan yang meyakinkan.

Mungkin dengan beberapa tip-tip berikut dapat dijadikan panduan dalam memilih course yang sesuai dan senang untuk menjamin pekerjaan anda selepas tamat belajar:

Apapun pilihan yang dibuat, kami doakan agar anda mampu buat yang terbaik, mendapat keputusan yang cemerlang, mempunyai kerja yang selesa dan mencapai kualiti hidup yang anda idamkan.

Semoga bermanfaat.

7 thoughts on “Course Yang Senang Dapat Kerja (Student Mesti Baca!)”

  1. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan matrikulasi. Sejak kecil saya berminat untuk menceburi bidang pharmacy. Tetapi, saya tidak melepasi syarat khas. Ada 2 subjek result spm saya tidak mendapat B. Adakah saya masih ada peluang untuk diterima? Ataupun bolehkah cadangkan saya bidang yang mengenai sains yang banyak peluang kerja?

    Reply
    • Itu bukan masalah saya awak kena tanya perdana menteri kesihatan dos pengalak berapa kene cucuk kalau 15 saya pencen awal .

      Reply
  2. Assalamualaikum..saya tak tahu nak apply mana..saya nak sangat sambung dalam bidang kejururawatan tapi apakan daya results SPM saya tidak melepasi kelayakan yang dia minta saya hanya ada 4 credit..boleh sageust tak mcm mana nak apply or Kos lain.

    Reply
  3. Hyee… Assalamualaikum
    Saya minat dalam bidang farmasi tapi subject F4 tidak mengambil (sains stream) Saya ambil (Ekonomi Dan sains rumah tangga) . Adakah saya masih boleh mengambil course farmasi? Atau apa² cadangan yang sesuai untuk subject saya ni ?

    Reply
  4. Anak saya 7 kredit 1D maths D anak tak tau nk amik kos apa yg layak serta yang senang dpt kerja. Mohon bantun dan terima kasih.

    Reply

Leave a Comment