Ciri Ciri Lelaki Setia Dan Penyayang (Jenis Jujur, Tak Curang)

Orang kata, zaman sekarang cukup susah nak cari lelaki yang setia. Benarkah? Izinkan kami kongsikan antara tanda serta ciri ciri lelaki setia dan penyayang. Anda boleh nilaikan sendiri.

Ciri ciri lelaki setia

Berikut ialah sedikit ciri ciri lelaki setia yang kami kumpulkan.

 

Selalu mesej bertanya khabar

Dia teringatkan orang di sana. Dia risaukan anda yang jauh dari dia. Kalau suami, sampai-sampai pejabat sahaja, terus Whatsapp isteri kata sudah sampai.

Begitu juga dengan isteri. Saling update diri masing-masing.

Cuma janganlah sweet masa mula-mula sahaja. Mula-mula sahaja beria, lepas itu buat tak tahu.

 

Lelaki setia, telefon dia tiada password

Dia rela berkongsi telefon bimbit dia dengan anda.

Nak tengok apa sahaja mesej, gambar malahan email, dia benarkan. Tak ada yang dia mahu sembunyikan.

Cuma janganlah buat dia pissed-off bila asyik ganggu mahu check telefon bimbit semasa dia mahu guna.

 

Ciri ciri lelaki setia, dia tak malu bersama kita

Bangga bila bercerita tentang anda depan kawan-kawan, tanpa rasa malu.

Dia seronok dapat bersama-sama mengharungi kehidupan dengan anda.

Walaupun ada jenis kawan yang selalu usik jenis takut bini, dia cuma sengih dan ketawa.

 

Kawan-kawan dia, kita kenal

Bukanlah jenis mahu mengongkong, cuma kita kenal perangai dan sikap kawan-kawan dia.

Tentu sekali kita boleh lihat latarbelakang kawan-kawan dia dari tutur bicara dan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Jika kawan-kawan dia baik-baik, biarlah. Dia perlu masa bersama golongan dia juga.

 

Lelaki setia, dia ‘happy‘ berada di rumah

Pada suami, rumah itu adalah syurga bagi dia. Bukan di luar bersama kawan-kawan.

Bukan di gelanggang futsal, bukan di kedai mamak dan bukan di tempat-tempat yang kita tak tahu elok atau tidak untuk yang sudah berstatus suami.

Jika keluar pun, hanya ke surau dan masjid.

Untung kalau dapat jenis begini. Sayang dia ketat-ketat.

Maaf yang masih bujang. Cuba jenguk-jenguk surau dan masjid pada waktu Subuh. Yang datang berjemaah, itulah calon suami terbaik.

Cuma jangan sampai tersambar suami orang.

 

Dia sanggup buat apa sahaja untuk anda

Mintalah apa sahaja, dia akan tunaikan. Cuma kata penyanyi Yuna dalam bait-bait lagu Terukir di Bintang, janganlah minta intan permata. Mahal, tak mampu.

Semuanya indah masa ini.

Tengok bila dah lama bersama; dan sudah beranak pinak.

 

Selalu tanya, “Nak makan apa?”

Ini tandanya dia caring dan concern tentang anda. Mula-mula akan nampak annoying sebab asyik tanya nak makan apa.

Buat isteri, ini tandanya suami seorang yang bertanggungjawab. Dia tak mahu menyusahkan isteri. Dia tidak mahu mood isteri bertukar mejadi Hulk apabila penat kerja, mahu masak lagi. Belum masuk lagi bab dapur yang perlu dibersihkan.

Sesekali, raikan masa bersama untuk makan di luar bersama-sama.

 

Lelaki setia, dia cerita semua rahsia dia

Tanda lelaki setia yang seterusnya ialah, dia tak kisah ceritakan rahsia diri dia.

Ada kisah silam dia yang berat untuk diceritakan pada orang yang tidak rapat. Sebaliknya dengan anda, tanpa selindung satu pun, dia sangat selesa bercerita.

Biasanya, kisah-kisah ini adalah yang memalukan dia. Kalau cerita pada orang lain, mesti diketawakan.

Cuma anda kenalah pandai-pandai buat simpati. Jangan ketawakan dia pula. Bimbang kecil hati.

 

Lelaki penyayang, dia cerita tentang keluarga dia

Kisah adik-beradik dia, kisah mak ayah dia masa muda; dan kisah kucing dia pun dia cerita. Seronok dia berkongsi dengan anda. Ini mungkin salah satu tanda lelaki setia yang ramai orang tak perasan.

Orang yang hidup dalam keluarga yang harmoni, akan memimpin keluarga harmoni juga. Beruntung dalam seseorang yang nilai kekeluargaannya kuat.

Namun, tak semua lelaki begini. Ada yang hidup dalam depresi dan penuh dengan kisah hitam. Selalunya, dia tak ceritakan. Namun, bukan bermakna dia tak setia. Cuma belum masanya lagi.

Jangan merajuk bila si lelaki lebihkan keluarga dia.

Bukankah itu lebih baik?

 

Lelaki penyayang, makin dekat dengan Allah

Inilah tahap tertinggi dalam sesuatu perhubungan. Jika ini berlaku, maka pilihan anda adalah pilihan yang terbaik. Barulah tanda lelaki sayang yang sebenar-benarnya.

Benar, kita bukanlah jenis suci yang tak pernah ada dosa. Namun tidak bermakna kita tidak boleh berkehendak untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

Jika hubungan ini diperbaiki dan sama-sama dituntun ke jalan yang suci, pasti berakhir di jannah.

 

Akhir kalam

Setia itu adalah persepsi individu. Apa yang dia buat mungkin tak mengatakan dia seorang yang setia atau jujur. Tapi percayalah, jauh di sudut hati, ini adalah ciri-ciri lelaki yang baik.

Tanda lelaki setia anda sudah tahu. Mahu kami tambah pula tentang tanda lelaki sayang perempuan? Atau mahu tanda lelaki curang pula?

Kami rasa, tidak perlu lagi buat masa ini. Cukup untuk tanda lelaki setia dahulu buat masa ini.

Cuma perlu diingat, setia lelaki, janganlah kita percaya 100%. Simpanlah sedikit rasa curiga, bimbang-bimbang dia buat hal. Paling tidak, kita bersedia.

Kita tak akan pernah jangka, apa yang mungkin dan bakal berlaku.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment