Kenapa Lelaki Jarang Contact (Mungkinkah Ada Perempuan Lain?)


Pernahkah anda tertunggu-tunggu mesej daripada pasangan anda? Seharian menanti mesej di WhatsApp dan segala bagai sosial media tetapi masih tiada sebarang khabar. Mulalah tertanya-tanya, kenapa lelaki jarang contact? Dan kenapa lelaki jarang mesej di Whatsapp.

Mula tertanya-tanya, adakah dia ada perempuan lain?

Adakah bila lelaki diam, itu adalah antara tanda-tanda dia seorang lelaki ego?

Masa sebelum kahwin dulu, bukan main laju dia reply mesej. Selepas berkahwin, haram satu patah perkataan pun susah untuk dia balas.

Terasa seksa sungguh apabila anda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu dengan sabar dan menerima hakikat yang kali terakhir si dia menghantar mesej kepada anda ialah beberapa jam yang lalu.

Yang ada cuma blue tick. Lebih parah lagi, grey tick.

Kenapa lelaki jarang contact?

Berikut antara beberapa sebab kenapa lelaki jarang contact dan mungkin juga malas untuk call pasangannya.

Lelaki bukan insan yang multi-tasking

Cuba berikan tugasan ini pada lelaki:

Memasak dengan tangan kanan, sambil dukung anak di sebelah kiri dan sekejap-sekejap kemas pinggan kotor dan masukkan dalam sinki.

Boleh?

Menurut BBC, ada kajian yang menyatakan bahawa perempuan lebih bagus dalam multi-tasking berbanding lelaki.

Jadi, janganlah berharap bahawa lelaki boleh balas mesej anda sambil dia buat kerja lain.  Mereka bukan dilahirkan sebagai multi-tasker sejati, seperti anda.

Suruh buang sampah pun nak kena ingatkan 20 kali, inikan pula untuk multi-tasking.

 

Cara lelaki mesej, tak sama dengan perempuan

Pernahkah anda terima mesej pendek yang hanya dia menjawab “k”.

Bagi orang perempuan, jawab “k” itu boleh bikin dia histeria. Penat tulis panjang-panjang untuk menerangkan sesuatu perkara, boleh dia beri “k” sahaja?

Faham tak?

Bagi lelaki, jawapan yang pendek itu lebih baik.

Tepat.

Padat.

Benda boleh dipendek-pendekkan, buat apa panjang-panjangkan?

 

Dia tak ada mood

Tak kiralah lelaki atau perempuan, bila tak ada mood, memang tak akan reply.

Sama sahaja.

In Shaa Allah, bila mood dia sudah okay, lelaki ini akan membalas mesej anda.

 

Dia sibuk

Sama dengan penerangan tentang multi-tasking tadi.

Jika si lelaki ini terlalu sibuk dan fokus dengan kerja dia, dia akan mengabaikan perkara-perkara lain sehingga apa yang dia buat itu selesai.

Barulah kerja itu lebih berkualiti.

Gitu.

 

Dia buat-buat sibuk

Sibuk dan buat-buat sibuk adalah dua perkara yang berbeza.

Bila lelaki buat-buat sibuk, itu bermakna dia tak mahu berkomunikasi dengan anda. Bukan mahu putuskan hubungan, tetapi dia hanya masuk gua mereka.

Gua apa?

Anda kena tahu konsep gua; iaitu satu konsep dalam buku Men Are from Mars, Women Are from Venus tulisan John Gray.

Lelaki akan masuk gua, manakala perempuan akan bercakap.

Apabila lelaki tertekan dan ada masalah, mereka tidak mahu bercakap mengenainya. Mereka masuk ke gua mereka untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Apabila seorang perempuan rasa tertekan, mereka akan bercakap kerana bercakap itu adalah satu penyelesaian. Bercakap itu satu terapi.

Jadi sebagai seorang isteri, berilah suami ruang untuk masuk gua dia sendiri.

“Habis dia je ada gua?”

Ok ok.

Kita pergi ke point seterusnya boleh?

 

Lelaki jarang contact sebab masa tak kena

Usah pening-pening memikirkan mengapa si dia jarang sangat membalas mesej anda, kerana ia boleh jadi ia disebabkan mesej-mesej anda dihantar pada masa yang tak kena.

Wrong timing!

Mungkin si lelaki ini dalam mesyuarat, yang menyebabkan dia tidak sentuh telefon dia. Mungkin juga dia bercakap dengan boss dia.

Apa yang dia boleh buat ialah jeling notification itu.

Notifikasi demi notifikasi tetap naik tanpa henti.

Sambil dalam hatinya berkata “Habislah aku!”

 

Ada jenis lelaki tidak suka berbalas-balas mesej

Ada jenis lelaki yang dia lebih suka bercakap di telefon.

Malas mahu mesej-mesej. Letih mahu taip katanya.

 

Tak layan perkara-perkara remeh

Sifat orang lelaki, memang begini.

Kalau perkara-perkara kecil tentang hati dan perasaan, walaupun ia perkara besar bagi orang perempuan, lelaki malas nak layan sangat.

Orang perempuan pula, janganlah ingat bila lelaki bersifat begini, dia lelaki curang pula.

Kadang-kadang dia mahukan masa sendiri dan buat sungguh-sungguh dengan apa yang sedang dia lakukan.

Balas mesej, dia perlu hati-hati. Itu yang buat kadang-kadang dia stress dan masuk gua.

 

Akhir kalam

Kenapa lelaki balas mesej pendek

Lelaki berkomunikasi untuk menyampaikan sesuatu mesej.

Titik.

Bukan berkomunikasi untuk berkomunikasi.

Faham tak?

Apa-apa pun, berkomunikasilah secara baik. Jangan sampai bergaduh sehingga hancur rumahtangga.

Kalau rumah bersepah, ikut cara kemas rumah dan bersihkan sama-sama.

Rendahkan ego dan terima perbezaan masing-masing.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • bila perempuan takde mood apa perlu buat
  • kenapa si dia jarang tanya khabar kita

Leave a Comment