CIMB OctoSavers (Buka Akaun Simpanan Digital Islamik Online)

Akaun Simpanan-i CIMB OctoSavers adalah akaun simpanan Islam digital pertama CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd. Pelancaran ini adalah bersekali dengan kad CIMB OctoDebit MasterCard yang baru.

Apa yang menarik dengan CIMB OctoSavers ?

Malas mahu keluar rumah untuk buka akaun CIMB? Tidak ada masalah.

Akaun-i OctoSavers memang disediakan khusus untuk kemudahan pelanggan-pelanggan baru yang lebih selesa untuk membuat urusan secara online. Ini keran pembukaan akaun CIMB OctoSavers akan dibuat secara online sepenuhnya. Kad debit OctoDebit MasterCard pula akan dihantar kepada pelanggan di alamat masing-masing.

 

Sempena PKP, manfaaatkan e-KYC

Sebelum ini, Bank Islam juga memanfaat garis panduan Kenali Pelanggan Anda secara elektronik (e-KYC) Bank Negara Malaysia (BNM) dengan membenarkan pembukaan akaun Bank Islam secara virtual. Kini, CIMB mengikut langkah yang sama.

CIMB dapat memenuhi keperluan untuk menjalankan usaha wajar pelanggan melalui cara elektronik, termasuk dalam talian dan saluran mudah alih.

Penyertaan digital secara menyeluruh oleh bank-bank di Malaysia akan membantu untuk terus melindungi kesihatan pelanggan semasa pandemik kerana mereka tidak perlu mengunjungi cawangan.

 

Kelayakan untuk buka akaun CIMB OctoSavers

Pelanggan baru warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas boleh membuat permohonan untuk Akaun-i OctoSavers.

Boleh gunakan aplikasi CIMB Apply, yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan Apple App Store.

Proses pengesahan pelanggan melalui e-KYC akan dijalankan melalui aplikasi CIMB Apply ini.

Jika sudah berjaya buka akaun, boleh login CIMB untuk membuat transaksi yang dikehendaki.

 

Pemegang akaun sedia ada, boleh buka akaun CIMB OctoSavers?

Pelanggan CIMB sedia ada yang mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan alamat di Malaysia juga boleh memohon untuk Akaun-i OctoSavers melalui laman web CIMB Clicks.

2 thoughts on “CIMB OctoSavers (Buka Akaun Simpanan Digital Islamik Online)”

Leave a Comment