Cara Daftar i-Saraan KWSP (Caruman EPF Grab & foodpanda)

Satu perkara menarik yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam PENJANA ialah sumbangan kerajaan maksimum RM250 setahun atau dipanggil geran padanan bagi platform ekonomi gig. Kini, semua driver dan rider boleh buat permohonan caruman dengan baca cara daftar i-Saraan KWSP untuk simpanan persaraan di masa tua nanti.

Sedikit mengenai Caruman i-Saraan KWSP PENJANA

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.

Contoh bekerja sendiri adalah pemandu Grab Car, rider Grab Food, rider foodpanda dan lain-lain

Dalam masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. Inilah yang dimaksudkan dengan geran padanan.

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% ke atas caruman anda.

Walau bagimanapun, ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan. Tambahan lagi, sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

Contoh kiraan caruman iSaraan KWSP

Sumbangan kerajaan ialah maksimum RM250 setahun.

Contoh 1: Caruman i-Saraan KWSP RM150 sebulan

Kita ambil contoh di mana anda buat caruman RM150 sebulan.

Jika setahun, RM150 darab 12 bulan.

Jadi, jumlah caruman anda setahun ialah RM1800.

15% dari RM1800 ialah RM270.

Dengan RM1800 setahun, kalau dikira 15% sumbangan maksimum kerajaan, ia sudah lebih dari RM250.

Kesimpulannya, jika anda mencarum RM1800 setahun, jumlah caruman ialah RM1800 + RM250.

 

Contoh 2: Caruman i-Saraan KWSP RM100 sebulan

Kita ambil contoh di mana anda buat caruman RM100 sebulan.

Jika setahun, RM100 darab 12 bulan.

Jadi, jumlah caruman anda setahun ialah RM1200.

15% dari RM1200 ialah RM180

Dengan RM1200 setahun, kalau dikira 15% sumbangan maksimum kerajaan, ia kurang dari RM250.

Kesimpulannya, jika anda mencarum RM1200 setahun, jumlah caruman ialah RM1200 + RM180.  Kami sarankan, lebih baik tinggikan sedikit caruman bulanan.

 

Kelayakan mencarum iSaraan

Berikut ialah syarat kelayakan untuk mencarum dalam i-Saraan KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan(Menghantar borang KWSP 16G(M)

Untuk suri rumah yang telah memohon i-Suri KWSP, anda tidak dibenarkan untuk mencarum dalam iSaraan KWSP. Anda hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu-satu masa.

Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri) sebelum ini, anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan.

 

Cara daftar i-Saraan KWSP

Untuk makluman, cara daftar i-Saraan KWSP ini tidak boleh dilakukan secara online. Anda perlu isi borang dan menghadirkan diri ke mana-mana pejabat KWSP terdekat.

Ikuti langkah mudah permohonan caruman i-Saraan KWSP seperti di bawah:

  • Datag ke mana-mana pejabat KWSP terdekat
  • Bawa MyKad
  • Dapatkan Borang i-Saraan – KWSP 16G (M). Ini adalah untuk pendaftaran kali pertama sahaja.
  • Lengkapkan borang
    Lengkapkan juga Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) semasa buat pembayaran.

 

Cara bayaran caruman secara online

Walaupun pendaftaran tidak boleh dilakukan secara atas talian, pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan online.

Senarai bank yang membenarkan bayaran melalui Perbankan Internet:

  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Bank Muamalat

Kami akan kongsikan cara bayar i-Saraan KWSP melalui Maybank2u dalam artikel yang akan datang.

Tiada had minimum untuk pembayaran. Walau bagaimanapun, had maksimum yang dibenarkan untuk pembayaran i-Saraan ialah RM60,000 sahaja setahun.

 

Kebaikan iSaraan KWSP

Berikut ialah antara manfaat, faedah dan kelebihan iSaraan KWSP.

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap dalam ekonomig gig
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  • Bantuan Kematian: RM2,500 yang tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

 

Maklumat lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi yang khusus untuk i-Saraan di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik dengan langkah kerajaan melalui inisiatif PENJANA yang sudi memberikan sumbangan kepada pekerja ekonomi gig yang semakin popular; terutama semasa PKP baru-baru ini.

Mereka ini tahu, kerajaan masih peduli akan mereka. Mereka juga rasa selamat kerana rasa lebih terjamin dengan adanya skim geran padanan ini.

Bagi abang-abang dan kakak-kakak driver serta rider di luar sana, bersyukurlah atas pemberian ini. Kita kerja elok-elok.

Semoga keluarga kita semua cukup makan dan pakai.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar i-Saraan KWSP (Caruman EPF Grab & foodpanda)”

  1. salam staff kwsp….saya nak bertanya,macam mana daftar i-saraan sebab saya berkerja dengan grab..

    Reply

Leave a Comment