Cara Tukar Plan Digi Postpaid ke Prepaid (Dan Sebaliknya)


Anda mungkin sudah bosan guna postpaid dan rasa terbeban dengan komitmen bulanan Digi. Kini, anda boleh tukar ke prepaid dengan mudah. Begitu juga jika malas mahu topup prepaid, boleh sahaja tukar ke plan Digi postpaid. Teruskan membaca perkongsian kami mengenari cara tukar plan Digi.

Langkau artikel ini untuk baca cara share kredit Digi.

Sedikit mengenai Digi

Pada zaman sekarang, pembekal servis telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan Digi telah membekalkan pelbagai kemudahan untuk pelanggannya. Antara servis yang terbaik dibekalkan kini ialah plan yang mengandungi pekaj Internet yang terbaik.

Untuk mendapatkan sambungan Internet yang terbaik, plan yang disediakan mestilah mempunyai kuota yang banyak, dan juga kelajuan Internet yang baik, serta harga yang murah.

Antara pembekal terbaik yang dapat menyediakan Internet yang terbaik ialah Digi. Walaupun kelajuan Internet Digi adalah agak perlahan berbanding plan daripada syarikat yang lain, tetapi dari segi harga, Digi masih antara yang termurah.

Bagi pengguna Digi, anda juga boleh menukar plan anda dengan memilih plan yang bersesuaian dengan keperluan anda.

Terdapat dua jenis pertukaran plan yang anda sebagai pengguna Digi boleh lakukan, iaitu:

  • Pertukaran plan daripada prabayar (prepaid) ke pascabayar (postpaid)
  • Pertukaran plan daripada pascabayar (postpaid) ke prabayar (prepaid)

 

Cara Tukar Plan Digi Prepaid ke Postpaid

Anda boleh melakukan pertukaran plan daripada prepaid ke postpaid secara online menerusi aplikasi MyDigi.

Pertama sekali, untuk menukar plan, anda perlu terlebih dahulu mendaftar akaun di MyDigi di MyDigi App.

Daftar Akaun Di MyDigi App

  1. Muat turun aplikasi MyDigi di Google Play Store bagi Android, maka App Store bagi iOS.
  2. Buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, tekan SIGN UP.
  4. Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda.
  5. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki memasukkan One Time PIN. One Time PIN akan dihantar secara SMS ke telefon anda. Setelah mendapat SMS, masukkan One Time PIN tersebut di ruang yang disediakan.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruang yang perlu anda isi.
  7. Pada bahagian MOBILE NO, nombor telefon anda telah tertera.
  8. Pada bahagian FULL NAME, masukkan nama penuh anda.
  9. Pada bahagan EMAIL, masukkan alamat emel anda.
  10. Pada bahagian PASSWORD, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan yang anda ingin gunakan mestilah minimum lapan aksara dan alphanumeric (mempunyai campuran huruf besar dan huruf kecil, nombor dan juga simbol.
  11. Tekan butang SIGN UP.
  12. Kemudian, pada laman seterusnya, anda dikehendaki memilih bahasa. Pilih ENGLISH.
  13. Kemudian, tekan butang PROCEED. Pendaftaran anda berjaya.

 

Menukar Plan Di MyDigi App

  1. Buka aplikasi MyDigi.
  2. Tertera laman utama MyDigi. Pada bahagian atas sebelah kanan, tekan butang untuk Login.
  3. Pada laman seterusnya, pada ruangan MOBILE NO / EMAIL, masukkan nombor telefon ataupun alamat emel anda.
  4. Kemudian, pada ruangan PASSWORD, masukkan kata laluan anda.
  5. Tekan SIGN IN.
  6. Setelah berjaya login, scroll ke bawah, dan pada I want to, pilih Change Plan.
  7. Pada laman seterusnya, pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda.
  8. Tekan Terms & Conditions untuk membaca terma & syarat.
  9. Setelah bersetuju dengan terma & syarat, tekan butang PROCEED.
  10. Pada ruangan seterusnya, sekiranya anda pengguna Prepaid, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan di atas, dan tekan Get TAC. Anda akan menerima nombor TAC secara SMS di telefon anda.
  11. Sekiranya anda pengguna Postpaid, anda akan menerima nombor TAC secara automatik melalui SMS di telefon anda. Masukkan, dan tekan butang Proceed.
  12. Kemudian, pada bahagian atas, tekan Digi Postpaid, untuk scroll plan yang layak dibeli.
  13. Seterusnya, tekan Change Plan.
  14. Pada laman seterunya, tertera maklumat tentang plan yang anda ingin beli. Tekan Checkout untuk meneruskan penukaran plan.
  15. Pada ruangan seterusnya, anda dikehendaki memasukkan butiran pembayaran. Pada bahagian Billing Address, pilih Choose From Address Book sekiranya anda ingin menggunakan alamat asal yang telah didaftar dengan Digi, ataupun pilih New Address untuk menggunakan alamat baru.
  16. Kemudian, tekan Proceed To Payment.
  17. Pada laman seterusnya, pilih butiran bank untuk membuat pembayaran. Anda boleh memilih Credit Carduntuk membayar menggunakan kad kredit, atau Online Banking untuk pembayaran secara online banking.
  18. Kemudian, tekan butang Pay.
  19. Pembayaran anda berjaya. Anda boleh tekan here untuk melihat pesanan untuk penukaran plan anda.
  20. Anda juga akan menerima emel memaklumkan bahawa pembayaran anda telah berjaya.
  21. Proses penukaran plan anda ke postpaid

 

Tukar dari Postpaid ke Prepaid

Penukaran plan Digi dari postpaid ke prepaid hanya boleh dilakukan di Digi Store sahaja. Anda sebagai pendaftar rasmi perlu datang sendiri ke mana-mana Digi Store yang berhampiran dengan anda untuk membuat permohonan.

Anda juga perlu memastikan akaun anda tidak terikat dengan kontrak bagi mengelakkan caj penalti. Anda juga perlu menjelaskan sebarang bil yang sedia ada dahulu sebelum membuat permohonan untuk penukaran plan. Anda boleh semak lokasi Digi Store yang berhampiran dengan anda melalui laman web Digi.

 

Semak Lokasi Digi Store

  1. Layari laman web https://new.digi.com.my/support/digi-store.
  2. Anda akan tiba di laman web Digi untuk bahagian Find a Digi Store. Pada bahagian Filters, tekan logo untuk membuat filter.
  3. Pada bahagian OUTLET TYPE di dalam Filters, pilih Digi Store.
  4. Kemudian, pada ruangan Search by state, city, town and street name, masukkan apa-apa sahaja nama yang berkaitan dengan lokasi anda, seperti bandar, jalan, pekan, mukim atau negeri.
  5. Pilihan akan tertera pada drop-down menu di situ. Tekan pilihan anda.
  6. Scroll ke bawah dan Digi Store yang berkaitan dengan lokasi pilihan anda akan tertera.
  7. Maklumat berkaitan dengan Digi Store tersebut juga akan tertera seperti alamat penuh dan waktu beroperasi.Anda boleh menekan View Details untuk melihat servis-servis dan perkhidmatan yang disediakan di outlet Digi Store tersebut.
  8. Anda juga boleh menekan Get Directions untuk mendapatkan panduan arah ke Digi Store Dengan menggunakan telefon pintar anda, anda boleh memilih Open in Google Maps untuk mendapatkan panduan menggunakan Google Maps, ataupun Open in Waze untuk mendapatkan arah dengan menggunakan Waze.

 

Akhir kalam

Cara tukar pelan Digi

Kesimpulannya, sebagai pengguna Digi, anda masih ada pilihan untuk membuat pertukaran plan.

Anda mungkin inginkan penambahbaikan dari segi perkhidmatan yang disediakan, dan melihat pelan baru menyediakan apa yang anda mahukan, jadi Digi telah menyediakan platform atau cara untuk anda mendapat apa yang anda mahukan pada plan baru.

Buat masa ini, pertukaran plan daripada postpaid ke prepaid masih hanya boleh dilakukan di Digi Store sahaja.

Digi akan membuat penambah baikan pada masa akan datang supaya proses ini boleh dilakukan dengan lebih mudah, terutamanya secara online di MyDigi App.

Kami berharap agar perkongsian artikel cara tukar plan Digi ini dapat membantu anda.

Jemput juga baca cara lajukan Internet di telefon bimbit anda.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • tukar digi postpaid ke prepaid

1 thought on “Cara Tukar Plan Digi Postpaid ke Prepaid (Dan Sebaliknya)”

  1. 1jun2020.
    nak tukar plan postpaid ke plan prepaid. susahkan pelangan.
    kata boleh tukar balik ke plan prepaid masa tamat kontrak (promoter digi center teluk intan, india). last-last di suruh pergi ke center ipoh. orang tak ada masa nak ke ipoh hanya semata-mata nak tukar plan sahaja.

    Reply

Leave a Comment