Cara Transfer Duit Agrobank (3rd Party Account Transfer & DuitNow)

Ini adalah perkongsian mengenai cara transfer duit Agrobank dengan cara yang cepat dan mudah. Jika anda sedang mencari jawapannya, teruskan membaca artikel ini.

Anda tidak perlu was-was dengan panduan yang kami berikan kerana ia adalah selamat dan ada langkah yang diberikan oleh pihak Agrobank sendiri. Walau sedikit berlainan dengan cara untuk check balance Agrobank, langkah-langkahnya tetap mudah dan ringkas.

Izinkan kami berkongsi.

1. Kelebihan transfer duit atau pemindahan segera oleh Agrobank

Ini adalah beberapa kelebihan transfer duit Agrobank:

  • Pemindahan wang segera atau kad kredit dan pembayaran pinjaman kepada penerima pemindahan wang segera ke akaun penerima.
  • Cara yang mudah untuk memindahkan dana dan membuat pembayaran.
  • Tidak perlu beratur di bank.
  • Selamat dan dipercayai.
  • Tiada penggunaan wang tunai.
  • Pengesahan akaun penerima.

 

2. Cara transfer duit Agrobank online melalui DuitNow ke akaun bank berbeza

Berikut merupakan langkah atau cara transfer duit Agrobank ke akaun berbeza yang dikongsikan oleh agrobank.com.my melalui DuitNow perbankan internet:

  1. Log Masuk AGRONet atau AGRONetBIZ.
  2. Masukkan Nama Pengguna.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Pilih Fund Transfer.
  5. Kemudian, sila pilih New Fund Transfer.
  6. Anda akan diberikan beberapa jenis senarai Transfer Type.
  7. Pilih DuitNow.
  8. Pada senarai DuitNow ID Type, pilih Nombor Akaun.
  9. Sila pastikan Nombor Akaun Penerima adalah tepat.
  10. Klik Request TAC untuk mendapatkan 6 digit PIN keselamatan melalui nombor telefon yang telah didaftarkan ketika pendaftaran AGRONet.
  11. Butiran transaksi pelanggan akan dipaparkan.
  12. Klik Print Receipt untuk mendapatkan salinan Resit Pelanggan.
  13. Sila klik Make Another Transaction untuk melaksanakan transaksi seterusnya.
  14. Selesai.

 

3. Cara transfer duit ke akaun Agrobank lain melalui 3rd Party Account Transfer

Jika anda nak tahu cara transfer duit Agrobank anda ke akaun Agrobank yang lain, anda juga boleh menggunakan 3rd Party Account Transfer untuk membuat pindahan wang.

Cara-caranya adalah seperti ini:

  1. Sila buka aplikasi AGRONet Mobile atau layari laman web rasmi Agrobank di sini: https://www.agrobank.com.my.
  2. Pada laman utama, sila tekan RETAIL AGRONet.
  3. Sila baca AGRONet Security Tips yang tertera jika ada dan tekan icon pangkah.
  4. Laman utama Login akan terpapar.
  5. Masukkan Username.
  6. Tekan Login.
  7. Pastikan Phrase akaun anda.
  8. Jika Security Image anda tepat, sila tick pada kotak Yes, this is my Security Image.
  9. Masukkan Password.
  10. Tekan Submit.
  11. Anda telah berjaya masuk ke laman Akaun anda.
  12. Pada bahagian Menu, sila pilih Accounts and Banking.
  13. Pilih sub Fund Transfer.
  14. Pada bahagian jenis transfer, sila tekan New Fund Transfer.
  15. Pada laman utama New Fund Transfer, sila pilih Transfer Type yang ingin dilakukan seperti:
    • DuitNow
    • Own Account Transfer
    • 3rd Party Account Transfer
    • Other Banks Transfer IBG
  16. Sila pilih 3rd Party Account Transfer.
  17. Laman New 3rd Party Account Transfer akan terpapar.
  18. Sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • To Account
    • Amount
    • Remarks
    • Beneficiary Email Address
    • Payment Mode
  19. Tekan Next.
  20. Bahagian Confirmation iaitu ringkasan maklumat anda akan dipamerkan.
  21. Pada bahagian TAC Number, sila tekan Request TAC.
  22. Anda akan menerima mesej TAC Number melalui nombor telefon yang telah didaftarkan.
  23. Masukkan TAC Number yang diberikan ke dalam kotak yang disediakan.
  24. Tekan Confirm.
  25. Tahniah! Transfer duit Agrobank anda telah berjaya.
  26. Sila tekan Print Receipt untuk rujukan anda sekiranya perlu.
  27. Sila tekan Make Another Transaction jika hendak membuat transaksi baru.
  28. Selesai.

 

4. Adakah anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut?

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai cara transfer duit Agrobank yang ingin diajukan. Sila hubungi bahagian Khidmat Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang ingin tahu cara transfer duit Agrobank dengan cepat dan mudah. Kini anda tidak perlu beratur panjang semata-mata untuk masukkan duit ke akaun bank yang berbeza atau akaun Agrobank lain.

Bagi yang belum ada akaun lagi, boleh cepat-cepat daftar Agrobank secara online sahaja.

Sekadar berkongsi, anda juga boleh semak baki akaun Agrobank secara online atau menggunakan mesin ATM.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment