Cara Masukkan Topup Celcom (Guna Kad, SMS, PIN Reload Code)


Sudah beli topup, tapi tak tahu cara masukkan topup Celcom? Bila kita mula Google dan mahu rujuk laman web rasmi Celcom, tidak jumpa pula. Memang rasa nak marah, geram pun ada!

Janganlah marah-marah. Senyum dulu.

Mudah sahaja, ikuti cara yang kami kongsikan seperti di bawah.

Langkau artikel ini jika anda mahu tahu cara topup Celcom yang lain seperti Celcom Life App, Maybank2u, 11street, onlinepayment.celcom.com.my dan banyak lagi.

Celcom reload code

Bagaimana cara nak masukkan topup Celcom selepas beli kad?.

Sama juga seperti mahu berkongsi kredit di atas, ia tidaklah sesukar mana.

Berikut ialah cara untuk reload menggunakan SMS.

Cara masukkan topup Celcom dari kad topup

Berbeza dengan Soft Pin, kad topup bukan dicetak serta merta secara on-demand.  Ia dalam bentuk kad yang juga boleh dibeli di mana-mana kedai berhampiran.

  1. Beli dahulu kad topup yang mengandungi nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Taip REC16-digit pincode dan hantar ke 2888
  5. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli

 

Cara masukkan topup Celcom dari softpin

Soft Pin ialah baucar yang dicetak secara serta merta. Contohnya, beli dari 7 Eleven.

  1. Beli dahulu baucar topup yang mengandungi nombor nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Dail *122*16-digit pincode# daripada telefon bimbit anda
  5. Contoh: *122*128852818385651
  6. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli

 

Macam mana jika PIN tidak sah?

Anda sudah beli softpin di 7 Eleven melalui MOL, guna ePay di Celcom Centre atau Celcom Blue Cube. Walau bagaimanapun, sudah cuba masukkan tapi masih lagi tidak berjaya.

Menurut sumber Celcom, anda pergi pergi semula tempat anda beli topup tadi. If PIN tadi telah digunakan, mereka perlu buat laporan pada Celcom ataupun vendor yang menguruskan sistem itu.

Cuma, jika masalah seperti ini berlaku, mereka mungkin tidak boleh memberikan PIN baru serta-merta. Ini kerana mereka perlu buat siasatan terlebih dahulu.

Jika masih lagi menghadapi masalah, klik pautan ini untuk bantuan: https://www.messenger.com/t/celcom .

Selain itu, boleh hubungi 1111 dan bercakap dengan Customer Service.

 

Topup tahan berapa lama?

Menurut komuniti ini lagi, tempoh sah bagi kredit Celcom adalah bergantung kepada jumlah atau nilai reload tersebut.

Jika nilai reload ialah RM5, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 5 hari.

Begitu juga jika nilai reload ialah RM10, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 10 hari.

 

Akhir kalam

Cara nak masukkan topup Celcom

Apa yang anda baca di atas ialah yang telah kami ringkaskan dan alih bahasa dari laman web komuniti Celcom di sini.

Panduan itu memang ada, cuma kadang-kadang kita tak jumpa.

Semoga dengan adanya panduan mudah ini, hari anda kembali ceria dan tidak lagi marah-marah.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • GrabPay e-wallet
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment