Cara Topup Celcom Online (Maybank2u, CIMB Clicks, Celcom Life App)

Bila kredit prepaid Xpax sudah habis, masa itulah mahu guna data kan? Biasalah, selalunya memang macam itu. Dalam perkongsian kali ini, izinkan kami menerangkan cara topup Celcom online yang mudah, hanya di hujung jari.

Cara topup Celcom

Guna Celcom Life App

Ini cara paling mudah sekali. Cuma, tapi bukanlah untuk yang guna telefon biasa. Hanya untuk yang mempunyai smartphone. Tidak perlu masukkan apa-apa kod topup Celcom.

Cara topup guna Celcom Life App

  • Download Celcom Life App samada Android atau iPhone
  • Install sehingga selesai kesemuanya
  • Jika belum berdaftar, klik Prepaid Self-Registration terlebih dahulu
  • Jika sudah berdaftar, klik Log In with Mobile Connect
  • Masukkan nombor telefon anda di bahagian “Enter your mobile number”
  • Klik Send One Time PIN (OTP)
  • Masukkan nombor PIN tadi
  • Selesai login, klik Buy More
  • Pilih Reload
  • Buat pilihan berapa jumlah amaun untuk topup
  • Teruskan sehingga selesai

Topup guna onlinepayment.celcom.com.my

Ini juga mudah. Cuma perlu klik link ini dan masukkan nombor telefon. Ikut sahaja arahan sehingga ia minta kita buat pembayaran.

Sangat mudah. Sesuai jika malas mahu login ke Maybank2u atau CIMB peribadi.

 

Beli di 11street

Anda perlu ada akaun 11street. Jika belum ada, daftar dulu.
Yang paling popular di sini ialah Xpax RM10 Reload. Semua topup yang dijual di sini akan diberikan 5% diskaun. Jika topup itu berharga RM10, pembeli cuma perlu bayar RM9.50 sahaja.
Klik sini untuk beli.

 

Cara topup Celcom guna Maybank2u

Inilah perbankan paling popular di Malaysia ini ramai. Bukan sahaja boleh topup untuk nombor sendiri, tetapi boleh topup untuk nombor orang lain. Hanya perlu beli dan dapatkan PIN.

Macam mana nak topup Celcom ke nombor lain?

Kalau guna Maybank2u, kita sebenarnya boleh topup Celcom ke nombor lain secara instant. Ini bermakna, tidak perlu dapatkan PIN dan hantar kepada orang yang kita mahu berikan topup tersebut. Cukup sekadar topupkan untuk dia, tahu-tahu sudah ada amaun yang dikehendaki.

Sesuai untuk kawan-kawan yang ingin bantu kawan lain, atau anak-anak yang mahu topupkan prepaid Celcom untuk ibu-bapa di kampung. Juga untuk ibu-bapa yang mahu topupkan untuk anak-anak.

Ikuti penjelasan seterusnya.

Di bawah ini, screenshot yang menggunakan Maybank2u classic. Anda juga boleh gunakan Maybank2u dengan antaramuka baru, atau menggunakan mobile app Maybank2u.

Klik Buy Online > Instant Prepaid Topup

 

Klik Open Instant Prepaid Top Up. Untuk memudahkan topup pada masa akan datang, boleh tambahkan ke Favourite. Pilih Celcom Xpax Pilih amaun yang dikehendaki

Cara topup Celcom guna CIMB

Selain Maybank2u, boleh juga guna CIMB Clicks.

Maaf, kami tidak ada akaun CIMB. Jadi, tidak dapat tunjukkan screenshot untuk panduan anda.

 

Beli dari Celcom bluecube atau dealer

Jika tidak biasa beli online, boleh sahaja singgah mana-mana Celcom bluecube yang ada di seluruh Malaysia.

Lihat senarai penuh di sini: https://www.celcom.com.my/support/store-locator

 

Cara share topup Celcom

Bagaimana cara nak share topup Celcom? Tidaklah susah mana. Dalam kebanyakan masa, kita terlupa formatnya.

Berikut ialah cara share topup Celcom prepaid menggunakan SMS.

  1. Taip *365*3#
  2. Pilih 1 untuk Transfer Credit
  3. Pilih 2 untuk Request Credit.
  4. Jika anda mahu membantu dengan Transfer Credit menggunakan SMS, taip RM<Amaun> dan tekan hantar ke 1<nombor telefon> yang dikehendaki. Pastikan letak nombor 1 di hadapannya.
  5. Contoh: RM5 dan hantar ke 10191234567.
  6. Jika anda dalam kesusahan dan perlukan kredit dengan fungsi Request Credit menggunakan SMS., taip RQ RM<Amaun> dan hantar ke 1<nombor telefon>. Pastikan juga letakkan nombor 1 di hadapannya
  7. Contoh: RQ RM5 dan hantar ke 10191234567.

 

Akhir kalam

Semoga perkongsian cara topup Celcom online ini dapat memudahkan anda untuk tambah nilai prepaid.

Jemput juga baca cara order McDonalds online, jika kelaparan tengah malam.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Topup Celcom Online (Maybank2u, CIMB Clicks, Celcom Life App)”

Leave a Comment