Cara Check Balance Touch n Go Online (Kad TnG Biasa & IC)

Touch n Go merupakan servis pembayaran tol ketika di jalan raya. Adakalanya kita terlupa baki akaun semasa di dalam perjalanan dan ini boleh menyebabkan kesulitan sewaktu pembayaran sekiranya baki akaun anda tidak mencukupi, ini kerana kebanyakkan kaunter tol di jalan raya tidak lagi menerima cash sebagai kaedah pembayaran. Di sini kami kongsikan cara check balance Touch n Go yang mudah. Anda juga boleh daftar RFID bagi memudahkan proses pembayaran di tol.

1. Check balance di Touch n Go eWallet

Ini adalah cara yang paling mudah yang boleh dilakukan secara online.

Untuk check balance Touch n Go di TnG eWallet, anda perlu topup dahulu di kaunter yang disenaraikan di atas. Setelah topup dilakukan, rujuk kepada resit pembayaran supaya maklumat kad anda dapat anda gunakan untuk tambah kad di dalam aplikasi eWallet.

  1. Topup kad Touch n Go anda.
  2. Simpan resit bagi rujukan maklumat kad.
  3. Muat turun aplikasi TnG eWallet di device iOS atau Android anda.
  4. Buka aplikasi anda.
  5. Register akaun TnG eWallet anda.
  6. Di halaman utama, tekan butang Toll.
  7. Kotak cadangan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  8. Klik pada pilihan TNG Card.
  9. Di halaman seterusnyan, klik pada butang Add A New Card.
  10. Kemudian rujuk resit pembayaran topup Touch n Go anda.
  11. Cari maklumat Mfg No di resit pembayaran.
  12. Masukkan Mfg No di kotak 10-digit Serial No.
  13. Isikan nama kad anda di Preferred Card Name.
  14. Klik pada butang Submit.
  15. Anda akan menerima 6 digit OTP number melalui SMS.
  16. Masukkan OTP number di ruangan yang disediakan untuk pengesahan.
  17. Kad Touch n Go and telah pun ditambah di akaun TnG eWallet anda.
  18. Pergi semula ke halaman utama dan ulangi langkah 6 sehingga 8.
  19. Di sini anda akan dapat melihat kad yang telah anda tambahkan bersama baki kad Touch n Go anda.

 

2. Check balance di kaunter tambah nilai TnG

Bagi semakan yang ringkas, anda boleh membuat semakan di mana-mana kaunter tambah nilai yang berhampiran. Antara kaunter yang boleh anda kunjungi ialah:

  • Kedai serbaneka di 7-Eleven atau MyNews.
  • Kaunter pembayaran stesen minyak seperti Petronas atau Shell.

Anda juga boleh check balance selepas topup kad Touch n Go anda di tempat yang disebutkan di atas pada resit pembayaran. Baki kad anda akan terlihat di bahagian resit bawah.

 

3. Boleh check balance Touch n Go yang guna IC?

Bagi yang guna MyKad sebagai kad TnG, anda juga boleh semak baki yang ada melalui cara yang sama seperti di atas.

Ada satu lagi cara lain iaitu terus touch di mana-mana stesen LRT / MRT atau plaza tol. Cuma anda perlu yakin bahawa memang ada baki di dalam IC anda.

 

4. Ada masalah tambah nilai TnG?

Sekiranya proses tambah kad di aplikasi TnG eWallet gagal dan anda tidak dapat untuk check balance Touch n Go menerusi aplikasi ini,anda boleh hubungi servis khidmat pelanggan Touch n Go di 0350223888 atau klik di sini.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara check balance Touch n Go ini dapat memudahkan lagi urusan anda ketika ingin memandu di jalan raya atau menaiki kenderaan awam.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “Cara Check Balance Touch n Go Online (Kad TnG Biasa & IC)”

  1. Saya telah menukar ic baru.pada ic lama masih ada baki T&G. Apa yang perlu saya buat supaya baki di Ic lama berpindah ke Ic baru?

    Reply

Leave a Comment