Semakan Bantuan Prihatin Nasional (Check BPN 2020)

Sekiranya anda menepati kriteria kelayakan untuk menerima BPN dan langsung tidak perlu buat permohonan, tentu tertunggu-tunggu bagaimana untuk buat semakan Bantuan Prihatin Nasional.

Jemput baca perkongsian kami seperti di bawah.

Sedikit mengenai BPN

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan kepada pangkalan data atau database Bantuan Sara Hidup.

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Jemput rujuk BPN 101 untuk mendapatkan pengumpulan maklumat mengenai langkah-langkah permohonan Bantuan Prihatian Nasional dari mula sehingga akhir.

Semakan Bantuan Prihatin Nasional

Sebelum itu, pastikan buat semakan samada status permohonan BPN diterima atau tidak.

 

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang, gaji bawah RM2000

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Bujang

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
    • Status LULUS:
      Bermakna anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
  10. Jika anda bujang dan bergaji bawah RM2000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM800
  11. Bayaran Fasa 1 RM500 akan dibayar pada bulan April 2020
  12. Bayaran Fasa 2 RM300 akan dibayar pada bulan Mei 2020
  13. Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
  14. Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank

 

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang, gaji RM2000 – RM4000

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional M40 Bujang

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
    • Status LULUS:
      Bermakna anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
  10. Jika anda bujang dan bergaji antara RM2000 –  RM4000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM500
  11. Bayaran Fasa 1 RM250 akan dibayar pada bulan April 2020
  12. Bayaran Fasa 2 RM250 akan dibayar pada bulan Mei 2020
  13. Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
  14. Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank

 

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Berkahwin, gaji bawah RM4000

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Berkahwin

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
    • Status LULUS:
      Bermakna anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
  10. Jika anda sudah berkahwin dan isi pendapatan bawah RM4000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM1600
  11. Bayaran Fasa 1 RM1000 akan dibayar pada bulan April 2020
  12. Bayaran Fasa 2 RM600 akan dibayar pada bulan Mei 2020
  13. Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
  14. Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank

 

Semakan Bantuan Prihatin Nasional Berkahwin, gaji antara RM4000 – RM8000

Berikut ialah cara untuk buat semak status Bantuan Prihatin Nasional B40 Berkahwin

  1. Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Pastikan status semakan Bantuan Prihatin Nasional yang dipaparkan ialah:
    • Status LULUS:
      Bermakna anda layak untuk terima duit BPN.
      Tidak perlu buat apa-apa permohonan.
  10. Jika anda sudah berkahwin dan isi pendapatan antara RM4000 – RM8000, pastikan amaun kelulusan BPN ialah RM1000
  11. Bayaran Fasa 1 RM500 akan dibayar pada bulan April 2020
  12. Bayaran Fasa 2 RM500 akan dibayar pada bulan Mei 2020
  13. Jika masih belum dapat kelulusan, teruskan buat semakan setiap hari untuk memastikan duit BPN sudah masuk
  14. Juga buat semakan samada duit sudah masuk ke dalam akaun bank

 

Semakan Status Pembayaran BPN di bpn.hasil.gov.my

Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Akan keluar Captcha
  4. Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
  5. Klik butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
    • Info Tambahan
  7. Harap bersabar jika belum ada apa-apa maklumat
  8. Sila buat semakan seterusnya di lain hari

 

Semakan Status Pembayaran BPN di mybsn.com.my

Jika anda pilih untuk masukkan duit ke BSN, untuk buat semakan bayaran ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layarai MyBSN di https://www.mybsn.com.my
  2. Klik Login
  3. Masukkan Username dan Password
  4. Lihat baki terkini

 

Maksud Status Semakan Permohonan BPN

Ada empat (4) status semakan permohonan BPN. Untuk mendapatkan bantuan, anda perlu mendapat status LULUS

Semakan Status BPN LULUS

  1. Untuk melihat paparan maklumat yang lebih terperinci, anda perlu Log Masuk BPN
  2. Sekali lagi, sila layari laman web rasmi untuk semak BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
  3. Klik Log Masuk pada bahagian Menu
  4. Masukkan Nombor Mykad anda
  5. Anda akan dipaparkan dengan paparan Kunci Keselamatan
  6. Jika paparan ini adalah sama seperti yang didaftarkan dahulu, sila klik Ya
  7. Jika paparan ini tidak sama dengan apa yang didaftarkan dahulu, klik Tidak
  8. Ini adalah penting sebagai satu langkah keselamatan agar tidak maklumat anda tidak diceroboh
  9. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  10. Klik Log Masuk
  11. Jika semuanya baik, anda akan dapat Log masuk
  12. Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan

 

Semakan Status BPN TIDAK LULUS

  1. Jika status permohonan BPN anda tidak lulus, tidak perlu Log Masuk
  2. Selepas masukkan Nombor Mykad anda, klik butang Carian
  3. Masukkan aksara CAPTCHA seperti dipinta
  4. Status TIDAK LULUS akan dipaparkan
  5. Butang ALASAN TIDAK LULUS juga akan dipaparkan
  6. Sebarang persoalan kenapa Bantuan Prihatin Nasional anda tidak lulus, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN
  7. Anda juga boleh ajukan permohonan baru BPN

 

Semakan Status BPN TIADA REKOD

  1. Jika status BPN ialah TIADA REKOD, anda perlu buat permohonan baru
  2. Klik butang Permohonan Baru
  3. Hanya jika anda berstatus TIADA REKOD boleh mengisi borang permohonan ini
  4. Isikan Maklumat Pemohon dengan lengkap
  5. Isikan Maklumat Pasangan (jika sudah berkahwin) dengan lengkap
  6. Isikan Maklumat Anak dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  7. Isikan Maklumat Waris dengan lengkap di ruangan yang disediakan
  8. Di bahagian Pengesahan Captcha, sila masukkan aksara Captcha dengan betul
  9. Klik butang Sahkan Captcha
  10. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  11. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  12. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  13. Selepas tekan butang Hantar, akan ada pilihan untuk anda mendaftar akaun untuk membolehkan anda Log Masuk untuk melihat perincian
  14. Jika mahu, klik Ya untuk mendaftar akaun BPN
  15. Jika tidak, klik Tidak
  16. Klik butang Cetak untuk mencetak borang permohonan BPN yang telah didaftarkan
  17. Jika anda memilih untuk mendaftar akaun BPN, anda dikehendaki mendaftar Kata Kunci Keselamatan dengan memilih lima (5) pilihan soalan keselamatan
  18. Format kata kunci keselamatan hanyalah huruf dan nombor sahaja
  19. Aksara khas dan simbol adalah tidak dibenarkan
  20. Kata Laluan juga perlu didaftarkan untuk urusan Log Masuk pada masa akan datang.
  21. Kekuatan password atau Kata Laluan yang anda masukkan akan ditentukan oleh warna
  22. Warna Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk diteka dan digodam adalah yang berwarna hijau
  23. Sebarang pertanyaan untuk pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional baru, sila ajukan kepada Kementerian Kewangan Malaysia atau LHDN

 

Semakan Status BPN TIDAK LAYAK

  1. Tidak perlu login
  2. Hanya perlu ke portal https://bsh.hasil.gov.my
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  4. Tekan Carian
  5. Jika status BPN ialah TIDAK LAYAK, anda tidak perlu buat permohonan baru
  6. Kemungkinan besar anda berada dalam golongan T20
  7. Kita berikan bantuan ini kepada yang lebih layak

 

 

Akhir kalam

Kami faham, anda perlukan duit bantuan itu segera.

Sabar.

Kami yakin kerajaan kini berhempas pulas untuk memberikan servis terbaik kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19 ini.

Diharapkan agar perkongsian cara semak Bantuan Prihatin Nasional serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.

Bagi yang layak menerima duit BPN, untuk mengelakkan dari terlepas pandang, sila rujuk tarikh bayaran BPN dan pastikan baca cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional.

Semoga bermanfaat.

46 thoughts on “Semakan Bantuan Prihatin Nasional (Check BPN 2020)”

  1. sebeleum tukar bsh saya penerima brim ..Tak tau kenapa bsh fasa pertama xmasuk akaun saya..tetapi mendapat Surat tunai Kat bank..masalahnya Hanya bini saja boleh pergi tunai Kat bank bsn..lepas tu I pergi buat permohonan kemaskini bagi bsh ..status pemohonan sudah diterima ..datang pulak Surat fasa 2 tunai atas nama bini I..saya xpaham kenapa Tak ikut data brim saya terus masuk bank I..soalan saya adakah bpn akan dimasukan akaun saya..atau sama sekali Kena tunai atas bini I Kat bank bsn..ia betul menyusahkan saya sebab bini I kat rumah bapa mertua ..jadi xboleh keluar pergi bank..lagipun Kena Surat ada Kat tangan saya..duit tunai fasa 1 Dan 2 pun belum ditunaikan lagi..boleh tolong x selesaikan masalah saya terima kasih

    Reply
    • Saya juga menemui masalah yg Sama. Sebelum bsh, br1m saya terima tiada masalah. Selepas tukar ke bsh, fasa1 saya dpt, selepas Tu tidak lagi. Masa masuk laman, tidak lulus /tiada rekod. Saya dah cerai, masa br1m saya dah bagi Surat cerai original kepada lhdn dan juga Surat mahkamah anak ditanggung saya. Sekarang Minta lagi pulak .

      Reply
  2. Seamat pagi.. Saya nak buat semakan secara atas talian tetapi semakan saya telah disekat kerana terlupa password. Macam mana saya mohon untuk release sekatan tu supaya saya dapat semakan semula melalui atas talian.

    Reply
  3. Assalamualaikum.. Mngapa bsh fasa 1 sya dpt(istri yg kna terimah) tetapi fasa 2 sya x dpt.. Bolh bgi pncerahan? Dan mcam mna plk dengan klayakn saya untuk mnerimh bpn ada kh sya lyak atau tidak.. Tq

    Reply
  4. Nak,selamat petang saya nak buat semakansaya telah disekat kerana terlupa password.macam Mana saya nak mohon release sekarang itu supaya saya dapat semakan semula melalui atas talian

    Reply
  5. Salam,
    Saya suami isteri telah bersara. Kami layak menerima RM500 tiap seorang. Adakah kami juga layak menerima M40 kerana pendapatan isi rumah kami antara RM4,001 – RM8,000. Semasa kami berkerja pernah mendaftar dan bayar cukai pendapatan. Bagaimana nak buat penyemakan?

    Reply
  6. Assalam…

    (Mesej Dari 62000 Ke Peti Mesej Maxis Saya)..
    RM0.00 LHDNM: Anda lulus menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Bayaran akan dibuat pada April & Mei 2020. Anda tidak perlu membuat semakan atau permohonan…

    Adakah Perkara Ini Benar?Sekadar Bertanya Kerana Keliru Dengan Nombor Penghantar Mesej Tersebut…

    Perlukan Pencerahan…Terima Kasih…?

    Reply
    • hi nk tanya, dalam ‘papar borang’ tu boleh x kalau nk tukar no akaun dan no hp?.. takut nk tekan takut kang dari lulus jadi apa2 ntah..tapi sy perlu update akaun dan hp number baru..yg lama dah x aktif kedua nya..or papar borang sekadar utk tengok saja tanpa sebarang petukaran mklumat..

      Reply
  7. Asmkm…maaf bertanya..sblum ni sy prnh dpt BRIM pakej bujang..byran trkhir thun 2019 100rm..skrg sy xpasti sama ada prlu memohon@hny mgmaskini mklmt..sbb duit 100 tu msa Pm najib(bjg thun 2019)…lpastu btkar krjaan ph..bntuan plak hny bujang 40keatas & 18keatas oku..skrg ni mklmt sy msh ada dalam data Lhdn@xda??mcm mna nk buat skrg ni utk dptkn 800bjng bdsarkn mslh sy ni….

    Reply
    • Saya pun sama tergolong dlm bujang atas 21thn dan income below 2000. Tdi saya ada check kat BPN dlm Hasil, status saya “Permohonan Diterima”. Sya pelik sbb blm isi pepe borang utk Prihatin ni, yg bsh bujang sya tau la sya xdpt, so sya ingt kena isi lg borang. Tpi bla check situ tulis diterima. Mgkn dorg ambik data kita yg bujamg ditggalkan drpd bsh lama tu.

      Reply
  8. kenapa ya, dalam sistem mengatakan saya masih belajar? hakikatnya saya telah lama bekerja. padahal brim sebelom ni saya layak dapat sebagai individu bujang.

    Reply
  9. Salam,

    Lepas saya tekan butang Hantar, tidak ada apape yang keluar. Skrin jadi kosong. Dah banyak kali cuba. Nak buat mcm mn ya?

    Reply
  10. ASSALAMMUALIKUM HARI INI SUDAH MASUK HARI KEEMPAT SY BUAT PERMOHONAN BARU.SEBAB TIADA REKOD..TAPI HARI PAGI INI SAYA CEK STATUS MASIH LAGI PERMOHONAN DITERIMA DAN ADA TANDA !!!! BEGINI..ADAKAH PERMOHONAN SAYA DILULUSKN ATAU ADA YANG TIDAK LENGKAP..DAN SEBELUM NI SYA DAPAT BRIM..SEJAK TUKAR KEPADA BSH LANGSUNG TAK DAPAT APA APA BANTUAN.SEDANGKAN SAYA TAK BERKERJA .SUAMI KERJA OUN TIDAK TETAP..INI SOALAN SAYA HARAP DAPAT BERI JAWAPAN SEPRTI DIAJUKAN.TERIMA KASIH

    Reply
  11. Kenapa status Lulus tapai nilai dapat duit tu Rm 00.00 kiranya tak dpt selalu nya kalau bujang rm800 tpi yg ni tulis rm 00.00

    Reply
  12. Assalamualaikum, hye. Maaf just nak tanya, saya buat semakan untuk saudara saya di kampung, then saya cuba buat untuk semakan diri sendiri. Dia kata kat situ memang permohonan saya berjaya & dia tulis jumlah sekali berapa yg saya akan dapat. Then saya semak sekali lagi, dia kata saya tiada dalam rekod. Kenapa ya?

    Reply
  13. Sekejap “LULUS”, Then lepas check lagi sekali “TIADA REKOD”. Apakah maksud ni? Then check lagi “LULUS” pulak katanya, Then check lagi “TIADA REKOD” pulak. So LULUS ke TIADA REKOD yang sebenarnya???

    Reply
  14. Suami lulus status bujang sblum nie dia pernah dpt brim slpas kwin kmi tdk ada m’mohon bsh sampai lh skrg mcm mana cara nya kemaskini status permohonan bujang pegi perkahwinan

    Reply
  15. Saya dan suami baru sama-sama bersara kerajaan pada 1.1.2020. Apabila saya semak permohonan suami dicatat TIDAK LULUS, alasan tidak layak sedangkan pendapatan isi rumah antara RM4000 hingga RM8000. Apabila saya (isteri) mengisi borang tercatat pula maklumat pasangan sudah ada. Apa yang harus saya lakukan?

    Reply
  16. Saya ada terima SMS 62000 Lulus, tapi bila saya buat semakan TIADA REKOD, saya kena buat permohonan baru ke?
    Terimakasih

    Reply
  17. Kenapa ya suami saya dapat bpn status bujang ya?sedang kn da berkahwin ank 5 orang.sedang kn masa brim dapat yg berkahwin tp masa mohoh bsh x dapat…mcm mana ya nk kemas kini nk masuk kn data dah berkahwin?

    Reply
  18. Status permohonan, permohonan diterima, tetapi ada tanda seruan & arahan kemaskini permohonan,
    hantar semula & telah disahkan permohonan telah dikemaskini. Bila disemak semula, status masih sama dan ada tanda seruan & kemaskini permohonan. Tidak pasti apakah maklumat yang masih perlu dikemaskini

    Reply
  19. Permohonan BPN saya TELAH DITERIMA THEN PENGESAHAN WARIS DiHANTAR..THEN DA DIKEMASKINI…to sahaja…ulang cek balik ari2 sama jugak jawapan ye.. Permohonan saya LULUS ATAU TIDAK Saya pun tak tau..Minta Pencerahan..

    Reply
  20. Kenapa sy sebagai waris.. pergi cash di bank bsn mcm2 dia nk mintak . ic adk sy tak ada pd sy . sy bawak surat beranak untuk mengesahkan bahawa adk sy berada dlm tahanan tp tetap nk kn ic adk jugak . Menyusahkan sebelom2 ini tak susah pon sy nk ambil . bawak surat beranak original pihak bank photostat surat beranak sy bagi ic sy sebagai waris terus dapat

    Reply
  21. I’m Chia Fiew I apply for BSN, until now no any feedback, I check online can get the money , but until now I check my account no money in .Pls take note tq

    Reply
  22. Slmt mlm,nk tnnya mcm Mana klau status Kita tu dalan proses
    Maksudnya ape?
    Lulu’s ke tdk Lulus pemohonan ye.
    Boleh bagitau?

    Reply
  23. Assalammualaikum. Saya nak bertanya thadap kemusykilan yg blaku. Saya ada seorg kenalan, seorang ibu muda yg mempunyai dua org anak, yg dimana anak keduanya baru shj dilahirkan beberapa hari yg lepas. Tidak mempunyai suami yg dimana ia tjadi atas sebab lelaki tidak btggungjwb dan mghilangkn diri.. kini, ia benar2 teramat susah shgga mahu membeli baju baby, wipes, dan lampin pun tidak mampu hendak dibeli, nak mbendung baby pun tiada kain yg lembut melainkan hanya dibalut menggunakan towel yg saya bawa semalam. ahli keluarga nya tidak mahu mbantu dari segi kewangan wlwpn hanya 1sen sekalipun. Saya yg menyedari tentang pkara ini mjadi sayu dan x mampu mbendung aliran airmata apabila melihat pkara ini blaku,, ahli keluarga si ibu ini ada dtg iaitu,mak kpd si ibu muda ini,, bukan ingin btanya khabar, malah dimarahi dgn suara menekan tanpa orang lain mendengari pbualan mereka. Dtg hanya x sampai 5 minit, terus pergi. Tidak dibelikan apa2 makanan, air, mahupun brg2 asas baby sprti wipes, lampin dan sebagainya yg harus ada apabila melahirkan. Si ibu muda ini bharap BPN nya sudah masuk ke dlm akaun bank beliau berikutan teramat berharap pada bantuan itu kerana ia lgsg tidak mpunyai income mahupun aliran kewangan sampingan yg lain. Sehingga kini, status BPN si ibu muda ini, berstatus LULUS, rm500. Tapi,sehingga kini, masih lagi tiada apa2 pkmbgn tentang bpn itu. Bantuan drpd JKM pastinya ia boleh meminta tp, ia tidak mahu memohon kerana ia tidak mahu anaknya diambil oleh pihak bkaitan berikutan anaknya tidak sah taraf. Apakah yg perlu dilakukannya lagi tentang bpn tu? Kata, akaun bank akan menerima dgn cpt atau lebih awal tp dgn apa yg blaku pd siibu muda ini, menyebabkan Sya menulis komen ini. Ingin mbntu Sya juga SDG susah kerana tiada income yg masuk spjgg pkp ini. Mohon beri pjelasan krna ada insan yg memerlukan. Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment